MACHANG: Hasrat seorang lelaki untuk menyiapkan aras atas rumahnya yang dibina sejak tiga tahun lalu tidak kesampaian apabila maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Tok Kaya, Labok di sini pada Isnin.
Kejadian jam 5 petang itu berlaku semasa mangsa, Johari Tahar, 54, sedang melakukan kerja-kerja pertukangan bagi penambahan aras atas rumahnya sambil dibantu isteri.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa sedang bertukang mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori telah memegang kerangka besi bumbung dan kemudian terkena renjatan elektrik.
"Ekoran itu, mangsa tidak sedarkan diri dan tergantung di bahagian bumbung.
"Terkejut dengan kejadian itu, isteri mangsa menjerit meminta pertolongan. Anak saudaranya yang berjiran dengan mangsa telah datang dan menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita.
Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati wayar penyambung telah terkoyak dan telah bersentuhan dengan tetulang bumbung.
Ujarnya, semasa kejadian wayar tersebut disambungan dengan mesin gerudi bagi proses pertukangan di atas bumbung.
Mohd Adli memberitahu, kerja-kerja penambahan pada rumah tersebut telah berjalan sejak tiga tahun lalu oleh mangsa sendiri.
"Mangsa melakukan perkara itu selepas tamat waktu bekerja sebagai pemandu lori.
"Mayat mangsa berjaya dibawa turun dengan bantuan anggota JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) pada jam 7 malam," katanya.
Tambah beliau, lelaki itu disahkan telah meninggal dunia pada jam 7.05 malam oleh penolong pegawai perubatan Hospital Machang.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 11 2023
![Maut kena renjatan elektrik ketika menukang rumah Maut kena renjatan elektrik ketika menukang rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702308837_TBmaut.jpg)
Hasrat seorang lelaki untuk menyiapkan aras atas rumahnya yang dibina sejak tiga tahun lalu tidak kesampaian apabila maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Tok Kaya, Labok pada Isnin. - Sinar Harian
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Penyambungan haram punca warga asing maut kena renjatan elektrik Penyambungan haram punca warga asing maut kena renjatan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710156145_Penyambunganharam.jpg)
Penyambungan haram punca warga asing maut kena renjatan elektrik
Remaja lelaki warga asing yang ditemukan maut akibat renjatan elektrik dipercayai terkena kabel elektrik daripada sambungan haram di kawasan setinggan di Kampung Datu Pangeran Batu 7.
![Remaja maut terkena renjatan elektrik Remaja maut terkena renjatan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710141436_TBRemajamautjpg.jpg)
Remaja maut terkena renjatan elektrik
Seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Kampung Datu Pangeran Batu 7 di sini pada Isnin.
![Nelayan maut terkena renjatan elektrik Nelayan maut terkena renjatan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705404489_Nelayanmaut.jpg)
Nelayan maut terkena renjatan elektrik
Mangsa dijumpai bapanya kira-kira 8.30 pagi tadi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
![Pekerja maut terkena renjatan elektrik di tapak pembinaan Pekerja maut terkena renjatan elektrik di tapak pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704105096_Generic.jpg)
Pekerja maut terkena renjatan elektrik di tapak pembinaan
Seorang pekerja warga asing maut selepas terkena renjatan elektrik di George Town Pulau Pinang.
![Maut kena renjatan elektrik ketika menukang rumah Maut kena renjatan elektrik ketika menukang rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702308837_TBmaut.jpg)
Maut kena renjatan elektrik ketika menukang rumah
Hasrat seorang lelaki untuk menyiapkan aras atas rumahnya yang dibina sejak tiga tahun lalu tidak kesampaian apabila maut terkena renjatan elektrik.
![Kebocoran arus punca insiden renjatan elektrik di gerai burger di Ipoh Kebocoran arus punca insiden renjatan elektrik di gerai burger di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697361995_TBMuhamadNadim.jpg)
Kebocoran arus punca insiden renjatan elektrik di gerai burger di Ipoh
Penemuan itu adalah hasil siasatan pihak suruhanjaya selaras dengan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
![Penjual burger maut: 'Dia anak yang baik, suka belanja mak cik' Penjual burger maut: 'Dia anak yang baik, suka belanja mak cik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697361995_TBMuhamadNadim.jpg)
Penjual burger maut: 'Dia anak yang baik, suka belanja mak cik'
Diana Ismail mengakui masih terkejut dengan berita kematian anak kedua dari tiga beradik itu, Muhamad Nadim Taqwa Abdul Malek, 14.
![Dua pekerja gerai burger maut terkena renjatan elektrik Dua pekerja gerai burger maut terkena renjatan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697330952_TBrenjatanelektrik.jpg)
Dua pekerja gerai burger maut terkena renjatan elektrik
Kedua-dua mangsa yang berusia 30 dan 14 tahun itu merupakan pekerja gerai berkenaan.
![Dua gajah mati kena renjatan elektrik di dusun durian Dua gajah mati kena renjatan elektrik di dusun durian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697282536_TBGAJAHMATITHAILAND.jpg)
Dua gajah mati kena renjatan elektrik di dusun durian
Dua ekor gajah liar yang berumur antara 20 dan 35 tahun ditemui mati akibat terkena renjatan pagar elektrik diletakkan pemilik dusun durian berhampiran Taman Negara Tai Rom Yen di Thailand.
![PRN: Suruhanjaya Tenaga nasihat elak aktiviti berbahaya semasa berkempen PRN: Suruhanjaya Tenaga nasihat elak aktiviti berbahaya semasa berkempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/81458122582_SuruhanjayaTenaga.jpg)
PRN: Suruhanjaya Tenaga nasihat elak aktiviti berbahaya semasa berkempen
Suruhanjaya Tenaga menasihatkan supaya aktiviti berbahaya tidak dilakukan semasa kempen Pilihan Raya Negeri diadakan.