KUALA LUMPUR:Walaupun diuji dengan pandemik COVID-19, kemeriahan Maulidur Rasul tetap dirasai sungguhpun disambut secara sederhana dan mematuhi prosedur operasi standard dalam suasana norma baharu.
Di Sarawak, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud merasmikan Taman Islam Darul Hana di Jalan Tun Salahuddin di sini malam tadi sempena majlis sambutan peringkat negeri untuk memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu.
Majlis perasmian itu turut dihadiri isteri Abdul Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan barisan kenamaan negeri.
Sebelum itu Abdul Taib bersama-sama kenamaan lain menghadiri majlis kesyukuran sempena sambutan itu di Masjid Darul Hana yang menjadi sebahagian daripada Taman Islam berkenaan yang siap dibina baru-baru ini dengan kos RM8.6 juta.
Di Perak, sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh dihadiri kira-kira 450 orang termasuk Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Majlis sambutan anjuran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran diikuti pelancaran Buku Modul Remaja Al-Ridzuan yang menyasarkan penyemaian dan pembinaan generasi muda hari ini mendekatkan diri dengan masjid.
Ahmad Faizal turut menyampaikan cenderahati kepada petugas barisan hadapan yang menentang penularan COVID-19 sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah dan berselawat beramai-ramai ke atas Nabi Muhammad SAW.
Ceramah Maulidur Rasul disampaikan Timbalan Mufti Negeri Perak Datuk Zamri Hashim sebelum solat Isyak berjemaah dan diikuti majlis jamuan makan.
Sementara di Pulau Pinang, seorang pesara guru Datuk Abdul Rahman Yob dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1442 Hijrah peringkat negeri.
Anugerah disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang juga merasmikan peringkat negeri itu di Masjid Negeri Pulau Pinang dekat George Town, di sini.
Abdul Rahman yang juga merupakan bekas pesakit kanser usus menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Keusahawanan negeri Datuk Abdul Halim Hussain.
Kira-kira 200 orang jemaah masjid turut serta dalam majlis itu yang disambut secara sederhana sebagai langkah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.
--BERNAMA
Bernama
Wed Oct 28 2020
Tun Abdul Rahman (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada Datuk Abdul Rahman (kanan) pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1442H/2020M malam tadi. --fotoBERNAMA
Wartawan ada hak rahsiakan sumber, polis ada hak siasat - Fahmi
Tindakan polis memanggil tiga wartawan berhubung laporan pertukaran kepimpinan tertinggi dalam pasukan PDRM baru-baru ini, tidak bercanggah dengan hak wartawan untuk membuat laporan.
'Saya dalang utama jatuhkan Tun Mahathir' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan dirinya adalah dalang utama menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Rusia larang penerbangan malam ke Israel selama seminggu
Sebab larangan ini tidak diberikan, walaupun ada kaitan yang jelas dengan serangan udara yang ditakuti oleh Iran ke atas Israel.
Tiada penjualan kilang FELCRA Berhad - Ketua Pegawai Eksekutif
FELCRA Berhad mengesahkan tiada sebarang penjualan terhadap kilang pemprosesan buah kelapa sawit milik syarikat itu seperti didakwa.
Semua kementerian kumpul data prestasi Ekonomi MADANI - Fahmi
Semua kementerian akan mengumpulkan data prestasi atau pencapaian selari kerangka Ekonomi MADANI yang dilancarkan Julai tahun lepas.
Maklumat tidak tepat punca rusuhan di UK?
Pelajar Sarjana University of Brighthon, Dr Mohd Khairul Ikhwan berkongsi pandangan mengenai situasi semasa protes di United Kingdom (UK). Media sosial terus dipersalahkan kerana didakwa menjadi medium menyalurkan maklumat tidak benar.
Remaja menyamar pegawai perubatan dirujuk untuk pemeriksaan psikiatri
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati tindakan remaja terbabit akibat fikiran terganggu.
Suspek serangan surau di Kelana Jaya sudah dikenal pasti
Polis sudah mengenal pasti suspek yang melakukan serangan di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran sebuah sekolah agama rakyat di Jalan SS 5A/10 Kelana Jaya, di sini, pada Jumaat sehingga mencederakan dua wanita.
[TERKINI] Kebakaran: Polis klasifikasikan mangsa maut akibat dibunuh
Kematian pasangan warga emas dan cucu mereka dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh pada Jumaat diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Menteri, ahli politik rejim Zionis pertahan tentera didakwa rogol tahanan Palestin
Al Jazeera melaporkan video kejadian telah disahkan oleh pihaknya.
Lembah Pantai Berselawat gerakkan perubahan dalam komuniti
Menerusi program itu, mesej disampaikan supaya penduduk bersatu padu dalam apa jua cabaran yang dihadapi mengikut ajaran Nabi Muhammad.
Karnival Segalanya Felda di Felda Chemomoi, aktiviti menarik menanti pengunjung
Ia akan turut menampilkan persembahan khas daripada kumpulan nasyid Inteam dan penyanyi Black, sempena sambutan Maulidur Rasul.
PM Anwar undang Ahmad Dhani ke majlis Maulidur Rasul hari ini
Datuk Seri Anwar pula akan hadir konsert DEWA19 pada sebelah malam di Axiata Arena.
Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan
Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.
Ribuan sertai perarakan sempena Maulidur Rasul di Sabah dan Sarawak
Abang Johari dalam ucapannya pada majlis itu berkata Sarawak akan menjadikan Piagam Madinah yang dicetuskan Nabi Muhammad SAW sebagai asas dalam merangka dasar di negeri itu.
Maulidur Rasul: Malaysia capai kejayaan jika berpegang syariat Islam, nilai murni Rasulullah - Agong
Negara akan mencapai puncak kejayaan hakiki sekiranya terus berpegang kepada syariat Islam dan nilai-nilai murni serta akhlak tinggi Rasulullah SAW dalam tadbir urus negara.
Sambutan Maulidur Rasul: Agong seru ambil iktibar kejatuhan tamadun akibat fitnah
Titah Baginda, akhlak mulia Rasulullah SAW telah membawa Islam menjadi kuasa besar serta tamadun yang hebat di dunia.
Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Maulidur Rasul, ajak umat Islam berselawat
Sirah perjuangan dan kehidupan Rasulullah merupakan sumber rujukan amat berharga untuk semua pihak, dalam membangunkan sebuah negara.