Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengarahkan ahlinya supaya memulangkan sepenuh wang tempahan pakej pendakian ekoran pembatalan aktiviti mendaki Gunung Kinabalu mulai 5 Jun hingga 31 Ogos ini.
Naib Presiden (Perjalanan Ke dalam Negara) MATTA, Datuk Tan Kok Liang berkata ejen pelancongan tidak harus mengenakan sebarang caj pembatalan seperti penyedia perkhidmatan, Sutera Sanctuary Lodges, yang mengesahkan akan membayar balik sepenuhnya wang tempahan pakej kepada pelanggannya.
Beliau turut mengingatkan semua ahli supaya bersatu dan membantu membina semula industri pelancongan domestik.
"Memulangkan semula bayaran dengan penuh akan memperkukuhkan profesionalisme dan etika moral kerana pembatalan pendakian Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi pada 5 Jun lepas adalah di luar kawalan kami," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata mana-mana ahli MATTA yang enggan memberi kerjasama dalam soal pembayaran balik sepenuhnya wang tempahan pakej pendakian akan disoal oleh Bahagian Pelesenan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
"Ini bukan masa untuk melaksanakan dasar mengenai caj pembatalan," katanya.
Tan berkata keputusan mengembalikan semula wang tempahan pakej itu dibuat selepas taklimat oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
Antara hadir sama pada sesi taklimat tersebut ialah Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Jamili Nais, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Irene Charuruks dan Pengurus Besar Sutera Sanctuary Lodges, K. Ravi.
Dalam kenyataan sama, Ravi berkata mereka sedang dalam proses mengembalikan wang tempahan pakej pendakian Gunung Kinabalu kepada pelanggan secara berperingkat.
Sementara itu, Jamili berkata kerja-kerja pemulihan dan memperbaiki kemudahan di Gunung Kinabalu akan bermula sejak cepat mungkin, sambil menjelaskan perniagaan adalah normal untuk pakej percutian ke Taman Negara Kinabalu dan Kolam Air Panas Poring.
Pada 5 Jun lepas, Ranau dan kawasan sekitar termasuk Gunung Kinabalu digegarkan dengan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter, menyebabkan 18 pendaki dan malim gunung terkorban.
Bernama
Tue Jun 23 2015
Datuk Tan Kok Liang turut mengingatkan semua ahli supaya bersatu dan membantu membina semula industri pelancongan domestik. - Gambar Fail
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polia
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Kartina terbit dua aplikasi mudah alih pada ketinggian 4,095 meter
Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah dan Kalendar Perayaan dan Festival Sabah telah berjaya diterbitkan ke Google Play Store dan Apple App Store.
Ibu hidap penyakit jantung galas anak kecil tawan Gunung Kinabalu
Penghidap penyakit jantung Amanda Omeychua tidak menjadikan penyakitnya itu sebagai penghalang untuk menggalas anak lelakinya yang berusia dua tahun enam bulan, menawan Gunung Kinabalu.
Pendaki Amerika Syarikat cedera tergelincir di Gunung Kinabalu
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) cedera bahagian pinggang selepas tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu dalam kejadian di Kilometer 6.7, di sini pada Khamis.
Pendaki alami sejuk melampau diusung sejauh 8.5km untuk dapat rawatan
Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa turun oleh MOSAR dari Panalaban selepas turut mengalami simptom muntah-muntah.
Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal
Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu mendapati, keadaan adalah terkawal.
Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu
Runtuhan kecil yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu menyebabkan warna air berubah menjadi keruh di sungai tersebut.
Tanah runtuh di Gunung Kinabalu
Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
Pendaki maut 200 meter dari puncak Gunung Kinabalu
Lelaki tersebut melakukan ekspedisi itu bersama isterinya termasuk sembilan lagi pendaki dan tiga malim gunung dalam kumpulan mereka.
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun
Tokoh korporat Tan Sri Azman Hashim membuktikan usia hanyalah sekadar angka selepas beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lepas pada usia 84 tahun.
Gunung Sinsing diisytihar puncak ketiga tertinggi di Malaysia
Gunung Sinsing di daerah Tambunan berketinggian 2,586 meter daripada aras laut diisytihar sebagai puncak ketiga tertinggi di Malaysia.