KLUANG: Polis sudah merakamkan keterangan 20 individu bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang banduan lelaki di penjara Kluang di sini pada 28 Jun lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, individu berkenaan terdiri daripada ahli keluarga, lima banduan dalam sel yang sama, doktor serta pakar dan kakitangan penjara.
"Ketika ini pihak polis masih menunggu satu lagi laporan yang memerlukan masa dan ini akan merumuskan hasil siasatan nanti," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini pada Selasa.
Pada 28 Jun lalu, banduan berkenaan, Kim Shih Keat, 36, dijadualkan bebas daripada penjara namun dikejarkan ke sebuah hospital di sini kira-kira jam 7.30 pagi selepas ditemui pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.
Menerusi sidang akbar pada 25 Julai lalu, Kamarul Zaman dilaporkan berkata, polis Johor memberi jaminan siasatan menyeluruh sedang dilaksanakan berhubung kematian Shih Keat, seorang pemilik kedai kopi.
BACA: Siasatan kes kematian banduan: Jabatan Penjara sedia beri kerjasama
Kamarul Zaman berkata, hasil siasatan kes itu adalah berdasarkan laporan bedah siasat dan patologi, yang menjurus kepada sebab kematian individu berkenaan.
Dalam satu sidang media sebelum itu, ahli keluarga kepada Shih Keat memohon agar laporan bedah siasat dan kimia berhubung kematian lelaki berkenaan, dapat didedahkan segera.
Shih Keat dijadualkan bebas daripada penjara setelah menjalani hukuman penjara selama tujuh hari dan denda RM15,000 kerana didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk oleh Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, pada 22 Jun lalu.
Bagaimanapun, keluarga lelaki berkenaan yang dalam perjalanan untuk mengambil Shih Keat, mendakwa mendapat panggilan pada waktu pagi, hari yang sama daripada pengurus rumah mayat yang memaklumkan dia telah pun meninggal dunia. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 02 2022
Polis Johor pada 25 Julai lalu memberi jaminan siasatan menyeluruh sedang dilaksanakan berhubung kematian seorang banduan lelaki di Penjara Kluang, bulan lepas. -Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mati di penjara Kluang: Polis rakam keterangan 20 individu
Individu berkenaan terdiri daripada ahli keluarga, lima banduan dalam sel yang sama, doktor serta pakar dan kakitangan penjara.