SUNGAI BULOH: Seramai 14 'mat rempit' dibawa untuk bersama menunaikan solat Subuh berjemaah selepas ditahan dalam Operasi Pencegahan Samseng Jalanan di Lebuhraya Guthrie pada Sabtu.
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.
IPD Sungai Buloh menerusi kenyataan memaklumkan, pemeriksaan sebelum itu dijalankan melibatkan 108 penunggang motosikal.
"Sebanyak 87 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik selain 14 motosikal disita dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.
"Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai ekzos," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, pendekatan ke arah kerohanian diterapkan kepada penunggang motosikal yang ditahan apabila kesemua mereka dibawa untuk solat Subuh berjemaah.
"Kesemua penunggang motosikal menunaikan solat Subuh di Surau Fazwina IPD Sungai Buloh diimamkan oleh Pegawai Penyiasat BSPT Sungai Buloh, Inspektor Che Hassan Ambok.
"Penerapan elemen kerohanian diterapkan kepada kesemua remaja ini bagi memberikan kesedaran dan pentingnya menghargai nyawa," katanya.
Menurutnya, pihak polis sentiasa mengutamakan kepentingan pematuhan undang-undang jalan raya.
"Polis tidak akan berkompromi dengan kesalahan kelas utama jalan raya terutamanya bagi kesalahan tiada lesen memandu dan tiada cukai jalan serta perlindungan insurans," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 14 2024
!['Mat rempit' dibawa solat Subuh berjemaah selepas motosikal disita 'Mat rempit' dibawa solat Subuh berjemaah selepas motosikal disita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705225222_matrempit.jpg)
'Mat rempit' dibawa menunaikan solat Subuh berjemaah selepas ditahan dalam Operasi Pencegahan Samseng Jalanan di Lebuhraya Guthrie pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Rakam video penunggang motosikal buat salah, kongsi dengan JPJ Rakam video penunggang motosikal buat salah, kongsi dengan JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718191150_TBJPJGAMBAR.jpg)
Rakam video penunggang motosikal buat salah, kongsi dengan JPJ
JPJ akan mengambil pendekatan lebih agresif terhadap penunggang motosikal berikutan kekerapan kemalangan maut membabitkan golongan itu.
![Op Samseng Jalanan: 121 penunggang kena tolak motosikal beramai-ramai ke balai Op Samseng Jalanan: 121 penunggang kena tolak motosikal beramai-ramai ke balai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717905214_tbOpSamsengJalanan.jpg)
Op Samseng Jalanan: 121 penunggang kena tolak motosikal beramai-ramai ke balai
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, operasi berkenaan dijalankan hasil maklumat risikan dan aduan awam.
!['Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya 'Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717818403_TBsuperman.jpg)
'Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya
Cuma sekadar suka-suka. Itu alasan diberi dua penunggang motosikal selepas ditahan pada Sabtu kerana melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.
![Koperal polis cedera dilanggar mat rempit Koperal polis cedera dilanggar mat rempit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694872282_PolisLogoPolisP.jpg)
Koperal polis cedera dilanggar mat rempit
Anggota polis berusia 33 tahun itu patah pada tulang rusuk kiri, bengkak kaki kiri, gegaran di kepala dan luka di badan.
![Padah 'rem' ekzos bising, pelajar kena tolak motor 3.5km ke balai Padah 'rem' ekzos bising, pelajar kena tolak motor 3.5km ke balai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708412068_TBpelajarjpg.jpg)
Padah 'rem' ekzos bising, pelajar kena tolak motor 3.5km ke balai
Sebahagian remaja yang ditahan itu dipercayai merupakan pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa.
!['Mat rempit' dibawa solat Subuh berjemaah selepas motosikal disita 'Mat rempit' dibawa solat Subuh berjemaah selepas motosikal disita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705225222_matrempit.jpg)
'Mat rempit' dibawa solat Subuh berjemaah selepas motosikal disita
Seramai 14 'mat rempit' dibawa untuk bersama menunaikan solat Subuh berjemaah selepas ditahan dalam Operasi Pencegahan Samseng Jalanan di Lebuhraya Guthrie pada Sabtu.
![Trend motosikal tiada brek belakang semakin membimbangkan Trend motosikal tiada brek belakang semakin membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703151444_TBOPERASIMOTOSIKA.jpg)
Trend motosikal tiada brek belakang semakin membimbangkan
Trend mengubah suai motosikal dengan menanggalkan brek belakang semakin membimbangkan dengan rata-rata penunggangnya memberikan alasan kononnya perbuatan itu dapat melajukan kenderaan.
![50 motosikal disita dalam operasi bendung samseng jalanan 50 motosikal disita dalam operasi bendung samseng jalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700969569_samsengjalanan.jpg)
50 motosikal disita dalam operasi bendung samseng jalanan
Polis menyita sebanyak 50 motosikal dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, di sini awal pagi tadi.
![Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700307744_samsengjalanraya.jpg)
Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita sebanyak 16 buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dan Seberang Jaya.
![JPJ sita 45 motosikal dalam operasi khas di BORR JPJ sita 45 motosikal dalam operasi khas di BORR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694322246_JPJOperasi.jpg)
JPJ sita 45 motosikal dalam operasi khas di BORR
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita 45 motosikal dalam Ops Khas Motosikal di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, yang bermula awal hari ini.