KAJANG: Sekumpulan mat rempit menolak motosikal mereka selepas ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di Jalan Kajang Utama 2, di sini pada Ahad.
Menerusi satu rakaman video yang tular, ia memaparkan pergerakan penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu diiring oleh kenderaan polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, menerusi operasi dijalankan, sebanyak 40 buah motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda telah diperiksa jam 6 petang.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan itu, sejumlah 75 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
"Mereka yang diperiksa pada operasi khas ini berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun dan kebanyakan kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu.
"Ekoran tiada lesen memandu, sebanyak 40 buah motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kata beliau, selain tiada lesen memandu, mereka yang ditahan melakukan kesalahan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan ubah suai motosikal.
Tegas beliau, orang ramai terutama ibu bapa diingatkan untuk memantau tingkah laku anak-anak agar tidak terpengaruh dengan gejala tidak sihat.
Selain itu menurutnya, pengguna jalan raya diminta mematuhi undang-undang lalu lintas dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti lumba haram atau menjadi samseng jalanan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 29 2024

Tangkap layar sebuah video tular menyaksikan mat rempit bermandi peluh menolak motosikal selepas ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di Jalan Kajang Utama 2, Kajang, Selangor pada Ahad.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.

Polis sita 60 motosikal Op Samseng Jalanan
Polis menyita 60 motosikal dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.

Lebih 100 'mat rempit' diarah tolak motosikal
Lebih 100 penunggang motosikal terpaksa menolak motosikal kira-kira sejauh satu kilometer selepas dikepung di Senawang, Seremban.

Polis tahan 152 mat rempit, bawa solat Subuh berjemaah, tazkirah
Seramai 152 mat rempit yang ditahan polis di Jalan Tun Razak, di sini, dibawa menunaikan solat Subuh berjemaah dan diberi tazkirah.

'Mat rempit' kena tolak motosikal, polis keluarkan 301 saman di Teluk Intan
Sebanyak 42 motosikal disita selain 301 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Samseng Jalanan dan Operasi Khas Ekzos Bising di Kilometer 43 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, Teluk Intan.

Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.

Polis Pulau Pinang buat operasi di BORR, 'mat rempit' kena tolak motosikal lagi
Polis Pulau Pinang menyita 48 motosikal dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Butterworth dalam usaha menggempur 'mat rempit' dan samseng jalanan.

Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis
Lebih 300 penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

Video tular: Dua maut akibat 'rempit' di Klang
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, dekat sini, 4.30 pagi semalam.

Mat rempit kecundang, berpeluh tolak motosikal beramai-ramai
Sekumpulan mat rempit menolak motosikal mereka selepas ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di Jalan Kajang Utama 2, di sini pada Ahad.