Seawal jam 7 pagi, Menteri Pendidikan Maszlee Malik sudah berada di SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang untuk menyempurnakan Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM): Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019.
Selesai di situ, beliau bergegas ke Semenyih untuk melawat tapak projek SK Taman Pelangi yang diluluskan pembinaannya pada Oktober 2018 selepas enam tahun penduduk setempat memohon pembinaannya.
Maka timbul persepsi bahawa kehadiran Maszlee ke kawasan itu adalah bagi ‘memulakan kempen lebih awal’ mewakili Pakatan Harapan (PH) memandangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih tinggal kurang sebulan lagi. Namun beliau menafikan perkara itu.
“Kita telah merencana program sejak dari awal dan bukan hanya di Beranang. Semalam saya di Johor Bahru, hari sebelumnya di Putrajaya, dan di merata Malaysia.
“Program yang dilakukan oleh KPM berterusan setiap tahun, tidak kira ada PRK atau apa sahaja yang berlaku,” tegasnya ringkas.
Programnya di situ berlangsung sehari selepas Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengadakan Program Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang.
Seperti Maszlee, Ahli Parlimen Muar itu turut menafikan kehadirannya ke DUN Semenyih bukan untuk ‘memberi dedak’, tetapi bagi memenuhi janji kepada penduduk yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon PRK Semenyih pada 16 Februari, tarikh mengundi awal pada 26 Februari dan hari mengundi pada 2 Mac depan.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya dari PH, Bakhtiar Mohd Nor, 57, kerana serangan jantung pada 11 Januari lalu.
Sementara itu, Maszlee memaklumkan bahawa projek SK Taman Pelangi yang berkeluasan 10 ekar dan bakal memuatkan lebih 700 pelajar itu dijangka siap pada 19 Oktober 2020 dengan menelan kos RM20.7 juta
Projek itu katanya sebahagian daripada peruntukan RM67.58 juta yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) bagi pembangunan pendidikan di Selangor.
“Kejayaan projek ini adalah hasil perjuangan panjang Persatuan Penduduk Taman Pelangi, Semenyih sejak 2012 yang hanya berjaya direalisasikan setelah kerajaan PH mengambil alih.
“Akan ada banyak lagi projek pembinaan sekolah yang tergendala akan kita percepatkan kelulusannya nanti,” maklumnya.
Israr Khalid
Mon Feb 11 2019

Timbul persepsi bahawa kehadiran Maszlee ke kawasan itu adalah bagi memulakan kempen lebih awal. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kes dera kanak-kanak: 11 individu dipanggil beri keterangan
Polis merakam keterangan 11 individu berhubung siasatan kes dera melibatkan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun di sebuah rumah di Beranang pada Isnin lalu.

Dua pelajar Kolej Profesional MARA maut kemalangan
Dua pelajar kolej maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah Nissan Navara di Lebuhraya Senai-Desaru awal pagi tadi.

Dzulkefly cadang bina satu lagi klinik di Semenyih
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan supaya dibina sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih bagi memastikan penduduk di kawasan ini mendapat kemudahan perubatan kesihatan.

Maszlee nafi program di Semenyih adalah 'kempen awal' menuju PRK
Kata Menteri Pendidikan, programnya di kawasan itu telah direncana sejak awal tanpa menjangka berlakunya Pilihan Raya Kecil atau sebarang kejadian lain.