Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan supaya dibina sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih bagi memastikan penduduk di kawasan ini mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik.
Beliau berkata cadangan ini sebagai penambahan kepada usaha menambah baik fasiliti di dua klinik kesihatan sedia ada di pekan Semenyih dan Beranang yang telah lama dan uzur.
Katanya, dua klinik di pekan Semenyih dan Beranang tidak boleh diperluaskan kerana kekangan tempat dan oleh itu dicadangkan sebuah lagi klinik penjagaan kesihatan premier, pencegahan dan penjagaan keluarga disediakan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Bilik Gerakan Bukit Mahkota 1, di sini, malam Isnin.
Dalam pada itu, katanya, Hospital Kajang, yang merupakan hospital terdekat di Semenyih, juga akan ditambah baik fasilitinya termasuk pembinaan sebuah klinik wanita dan kanak-kanak yang jaraknya hanya 800 meter dari hospital tersebut.
Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali dilaporkan menjadikan pembinaan hospital di Semenyih sebagai agenda utama jika menang PRK itu memandangkan ia merupakan permasalahan paling banyak diutarakan oleh masyarakat setempat di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 25 2019
![Dzulkefly cadang bina satu lagi klinik di Semenyih Dzulkefly cadang bina satu lagi klinik di Semenyih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61540278772_DZULKEFLYAHMAD.jpg)
Penambahan klinik kesihatan di Semenyih bagi memastikan penduduk di kawasan ini mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik.
![Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740001659_TBPezeshkian.jpg)
Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Kes dera kanak-kanak: 11 individu dipanggil beri keterangan Kes dera kanak-kanak: 11 individu dipanggil beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658476785_DeraKajangkanakk.jpg)
Kes dera kanak-kanak: 11 individu dipanggil beri keterangan
Polis merakam keterangan 11 individu berhubung siasatan kes dera melibatkan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun di sebuah rumah di Beranang pada Isnin lalu.
![Dua pelajar Kolej Profesional MARA maut kemalangan Dua pelajar Kolej Profesional MARA maut kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81564824229_PelajarMaut.jpg)
Dua pelajar Kolej Profesional MARA maut kemalangan
Dua pelajar kolej maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah Nissan Navara di Lebuhraya Senai-Desaru awal pagi tadi.
![Dzulkefly cadang bina satu lagi klinik di Semenyih Dzulkefly cadang bina satu lagi klinik di Semenyih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61540278772_DZULKEFLYAHMAD.jpg)
Dzulkefly cadang bina satu lagi klinik di Semenyih
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan supaya dibina sebuah lagi klinik kesihatan di Semenyih bagi memastikan penduduk di kawasan ini mendapat kemudahan perubatan kesihatan.
![Maszlee nafi program di Semenyih adalah 'kempen awal' menuju PRK Maszlee nafi program di Semenyih adalah 'kempen awal' menuju PRK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41547245197_MaszleeMalik.jpg)
Maszlee nafi program di Semenyih adalah 'kempen awal' menuju PRK
Kata Menteri Pendidikan, programnya di kawasan itu telah direncana sejak awal tanpa menjangka berlakunya Pilihan Raya Kecil atau sebarang kejadian lain.