Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik masih muda dan mempunyai harapan dalam pentas politik negara, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Presiden PKR itu, ramai lagi ahli politik yang berhenti dan berpatah balik dalam gelanggang itu seperti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau sendiri.
"Saya hendak beritahu yang pertama penghargaan (buat) Dr Maszlee buat pembaharuan. Itu yang dibincangkan walaupun biasa, kita lebih tertumpu kepada isu lebih kontroversial dan saya hargai sumbangan dia, saya ucap selamat maju jaya
"Dia masih muda dan ada harapan, banyak orang berhenti patah balik, Perdana Menteri berhenti patah balik, saya pun berhenti dan patah balik. Ini soal kesungguhan, konsisten dalam perjuangan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Murid Cemerlang UPSR 2016-2019 Sekolah-sekolah Tamil Selangor di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia, di sini pada Ahad.
Anwar berkata demikian sebagai mengulas keputusan Dr Maszlee yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari lalu.
Dalam sidang media pengumuman berkenaan di pejabatnya di Putrjaya, Ahli Parlimen Simpang Renggang itu merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana memberi peluang kepadanya untuk menerajui Kementerian Pendidikan selama 20 bulan.
Dr Maszlee, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Mac 2018 sebelum dipilih menjadi calon di Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sementara itu, Anwar memberi bayangan bahawa nama bekas pemimpin UMNO tidak akan diletakkan di kerusi Menteri Pendidikan yang dikosongkan oleh Dr Maszlee.
Beliau secara berseloroh turut memberitahu, namanya juga tidak termasuk dalam senarai yang akan menduduki kerusi berkenaan.
"Ini kerajaan Pakatan Harapan, maknanya kerajaan Pakatan Harapan.
"Kalau dalam Pakatan Harapan, semangat Pakatan Harapan, manifesto Pakatan Harapan," ujarnya menjawab soalan pemberita mengenai desas-desus kemungkinan bekas pemimpin UMNO yang beralih menyertai parti Bersatu akan menggantikan Dr Maszlee.
Spekulasi bertiup kencang menyebut Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, antara individu disebut-sebut bakal menerajui Kementerian Pendidikan susulan peletakan jawatan Dr Maszlee.
Wan Syamsul Amly
Sun Jan 05 2020
Anwar Ibrahim sifatkan Dr Maszlee Malik sebagai seorang yang masih muda dan mempunyai harapan dalam pentas politik negara.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
"Maszlee masih muda, ada harapan dalam politik" - Anwar Ibrahim
Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik masih muda dan mempunyai harapan dalam pentas politik negara, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.