KOTA KINABALU: Keterujaan masyarakat Sabah dan Sarawak untuk menjual dan membeli pelbagai juadah 'sungkai' atau 'sungkei' (buka puasa) enak di bazar Ramadan tidak mengalpakan mereka daripada terus melaksanakan prosedur operasi standard (SOP), bagi mengekang penularan COVID-19.
Tinjauan Bernama di bazar Ramadan kedua-dua negeri itu mendapati meskipun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula Jumaat lepas (1 April), para peniaga dan pengunjung masih mempratikkan langkah berjaga-jaga demi keselamatan semua pihak.
Bazar Ramadan di Asia City dan Lintasan Deasoka di sini, merupakan antara 16 bazar di Kota Kinabalu yang mewajibkan pengunjung memasuki bazar itu agar menyimbas kod aplikasi MySejahtera selain memastikan peniaga dan pengunjung memakai pelitup muka pada setiap masa.
Beroperasi bermula 2 petang hingga 7 malam, kedua-dua bazar itu turut dipantau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan pengunjung dan peniaga terus mematuhi SOP yang ditetapkan di bazar berkenaan.
Di SARAWAK, Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi negeri Dr Abdul Rahman Junaidi berkata tahun ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyediakan 69 petak atau gerai di dua bazar iaitu di perkarangan pasar raya Mydin Samariang dan kawasan Satok, bagi memastikan peniaga dan pengunjung dapat mengamalkan penjarakan fizikal tanpa perlu bersesak-sesak.
"Walaupun mendapat kelonggaran dari Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk penganjuran bazar Ramadan namun SOP perlu dipatuhi," katanya selepas merasmikan bazar Ramadan di perkarangan pasaraya terbabit.
Sementara itu, seorang peniaga di bazar berkenaan, Salleh Ahmad, 45, berkata peluang untuk berniaga semula di bazar tersebut memberikan kelegaan kepadanya bagi menambah pendapatan setelah sekian lama ia tidak beroperasi.
Bagi pengunjung bazar, Salbia Iri, 76, pula beliau bersyukur suasana dan bahang bazar Ramadan telah kembali seperti biasa biarpun pilihan juadah yang dijual peniaga berkurang berbanding tahun sebelum pandemik bermula.m
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 03 2022
Orang ramai membanjiri tapak bazar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika tinjauan di Bazar Asia City hari ini. - Gambar/ Bernama
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.