Masyarakat India tidak akan dibiarkan ketinggalan kerana ia akan mengakibatkan keseluruhan corak masyarakat dalam negara menjadi tidak seimbang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata kerajaan memandang serius pelaksanaan agenda reformasi sosial demi memperjuangkan kesejahteraan seluruh rakyat yang memerlukan, termasuk kaum India agar tiada individu yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
"Kita komited untuk melakukan reformasi. Agenda Reformasi kita mencakupi pelbagai aspek khususnya di dalam pentadbiran kerajaan, sistem politik, ekonomi dan sosial," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada sambutan Rumah Terbuka Deepavali Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Ampang, dekat sini malam tadi.
"Pada pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK11 oleh Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), kerajaan tekad dan komited untuk melaksanakan agenda reformasi," tambahnya.
Dr Wan Azizah berkata kerajaan sedar bahawa pelaksanaan agenda reformasi untuk membawa kebaikan kepada rakyat dan negara akan mengambil masa, namun beliau yakin sokongan padu rakyat dan kesungguhan anggota pentadbiran kerajaan baharu akan menghasilkan natijah yang baik.
Bersempena sambutan Deepavali tahun ini, beliau berharap perayaan itu akan mengukuhkan lagi persaudaraan dan penyatuan seluruh rakyat.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menegaskan semangat murni dan kerjasama antara kaum mesti dipertahankan kerana ia menjadi tonggak kekuatan Malaysia sekaligus menjadi teladan dunia.
"Deepavali juga mengingatkan kita untuk membantu, memberikan sinar hidup kepada mereka yang kurang bernasib baik supaya tidak ada kumpulan yang dipinggirkan.
"Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan memperuntukkan RM100 juta dikhususkan untuk menyokong kaum India dalam Belanjawan 2019 dan peruntukan RM50 juta juga disediakan untuk pembangunan dan penambahbaikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara," jelasnya.
Pada majlis itu, Dr Wan Azizah yang juga anggota Parlimen Pandan turut menyampaikan sumbangan barang keperluan harian dan wang tunai kepada 20 individu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 10 2018
Dr Wan Azizah menerima kalungan bungai malai pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan.
Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ini kerana tiada tempoh lanjutan akan dibuat selepas tempoh PKPS yang akan berakhir esok.
Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan
Sesuatu yang manis tidak akan jadi nikmat selama-selamanya dan itulah yang berlaku kepada Hadi apabila selera negatifnya itu akhirnya membawa padah setelah disahkan menghidap penyakit diabetes.
Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi
Dakwaan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira pendapatan Sarawak daripada pelbagai sumber seperti minyak dan gas di samping kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangannya dengan cemerlang.
Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan ketika ini termasuk menyediakan dana bantuan seperti terkandung dalan Belanjawan 2019.
RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly
Kerajaan memperuntukkan RM16 juta di bawah Belanjawan 2019 bagi rawatan pesakit yang menghidap penyakit yang jarang berlaku.
Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata ini juga berikutan faktor turun naik harga minyak berkenaan.
Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.
Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy
Katanya, nasib masyarakat India di negara ini kini lebih diberikan perhatian di bawah pentadbiran kerajaan PH melalui pelbagai usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.
Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai
Pelantikan ini dibuat setelah Kementerian Kewangan menyenarai pendek enam daripada 27 bank yang dicadangkan sehingga 2 November, 2018, kata Lim Guan Eng.