KUALA LUMPUR: Pembentukan masyarakat Madani yang berbudi tinggi perlu dimulakan oleh barisan pemimpin.
Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Dr Afifi al-Akiti berkata, paling mudah untuk melihat ia diterjemahkan ialah menerusi perlakuan wakil rakyat di Parlimen.
Jelas Dr Afifi, pembentukan sesebuah tamadun dilihat daripada ketinggian akhlak dan jika ia menjadi sasaran kerajaan Madani, ia perlu dimulakan oleh barisan kempimpinannya.
"Apabila anda mempunyai budi, ilmu yang benar dan kebaikan, menjadi lelaki dan wanita yang baik barulah anda dianggap bertamadun.
"Dalam bahasa Arab, tamadun bermaksud selesa dengan kehidupan dan gembira. Kalau anda lihat sekarang masyarakat Madani datang dari bahasa Arab maksudnya daripada tamadun, masyarakat berbudi dan berjaya. Apabila anda tidak ada adab, anda tidak tahu di mana anda berada.
"Budi membentuk tamadun, lupakan dahulu tentang membentuk tamadun dalam masyarakat Madani, kita mesti mulakan di sini dalam Parlimen," katanya ketika menjadi panel Program Syarahan Parlimen 2.0 Tahun 2023 bertajuk 'Budi Membentuk Tamadun Dalam Konteks Masyarakat Madani' di Parlimen, pada Sabtu.
Budi, kata Dr Afifi, berasal daripada perkataan sanskrit membawa maksud common sense, namun apabila tiba di Nusantara, perkataan itu ditafsir sebagai satu bentuk tingkah laku berakhlak dan kebaikan.
"Satu lagi perkataan ialah adab. Ia bukan saja bermaksud bertindak dengan betul mengikut situasi tetapi juga bertindak sebagai gentleman atau budiman, serta bertamadun.
"Caranya? Dengan ilmu pengetahuan, kerana ilmu pengetahuan membenarkan kita untuk tahu apa yang patut kita lakukan,"jelasnya.
Tambahnya lagi, tamadun bukan soal kedudukan atau lokasi di bandar dan kampung, tetapi berkaitan pemikiran dan kejayaan menterjemahkannya dalam perilaku.
Justeru, beliau menyenaraikan tadbir urus yang baik, menegakkan kedaulatan undang-undang dan menegakkan keadilan sebagai keperluan dalam masyarakat berbudi atau Madani.
"Tanpa keadilan, kita akan ada masalah kemiskinan. Apabila ada kemiskinan dalam masyarakat, kita tidak boleh cakap ia adalah masyarakat (yang mengamalkan) Islam yang sebenar.
"Malah dengan adanya kemiskinan, ia tidak layak dipanggil masyarakat bertamadun," katanya lagi.
Madiha Abdullah
Sat May 27 2023

Jelas Dr Afifi al-Akiti , pembentukan sesebuah tamadun dilihat daripada ketinggian akhlak.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Masyarakat berbudi harus dimulakan oleh barisan pemimpin
Pembentukan sesebuah tamadun dilihat daripada ketinggian akhlak dan ia perlu dimulakan oleh barisan kempimpinannya.

Mata pelajaran 'budi' wajib di sekolah dan IPT
Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan SriRais Yatim berkata pihaknya sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan supaya sukatan pelajaran budi atau bimbingan budaya diwajibkan di semua sekolah.