SEPANG: Pengalaman menguruskan ketibaan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Ahad lepas, menjadikan pasukan MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) lebih bersedia untuk mengendalikan kedatangan vaksin COVID-19 jenis Sinovac esok (27 Feb).
Ketua Pegawai Operasi MASkargo Mohd Zulkefly Ujang berkata walaupun vaksin jenis Sinovac berbeza pengendaliannya berbanding vaksin Pfizer-BioNTech, namun dengan pengalaman, beberapa penambahbaikan dirangka terutamanya berkaitan proses pemindahan vaksin dari pesawat ke trak.
Menurutnya, pesawat Malaysia Airlines MH318 dengan hiasan livery Jalur Gemilang, yang membawa envirotainer mengandungi vaksin jenis Sinovac, akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9 pagi esok dari Beijing, China.
"Dari segi semangat, sangat bermotivasi. Mereka (pekerja MASkargo) bekerja dari pagi ke petang dan untuk ketibaan vaksin kali kedua ini, kami lebih bersedia," katanya kepada Bernama ketika membuat tinjauan proses dry-run bagi menyambut ketibaan vaksin jenis Sinovac, di sini hari ini.
MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd, yang diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan vaksin di KLIA.
Pada Ahad lepas, Malaysia menerima vaksin COVID-19 yang pertama dari jenis Pfizer-BioNTech sebanyak 312,390 dos dan KLIA adalah antara pintu masuk utama kedatangan vaksin berkenaan, selain Johor dan Pulau Pinang.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PM individu pertama divaksinasi, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjalan lancar
Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara individu terawal yang menerima suntikan vaksin berkenaan, sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April melibatkan petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan orang kurang upaya (OKU).
Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.
Menurut Mohd Zulkefly, sebaik pesawat mendarat esok, envirotainer, iaitu bekas khas yang mampu mengekalkan suhu kandungan antara 2 ke 8 darjah Celsius bagi mengisi vaksin Sinovac, tidak akan dibuka sebaliknya dibawa terus ke kawasan i-Secure untuk diperiksa keadaannya dan terus dibawa menaiki trak syarikat Pharmaniaga Bhd.
Pada 13 Januari lepas, Pharmaniaga mengumumkan telah menandatangani perjanjian dengan Sinovac untuk membotol dan mengedarkan 14 juta dos vaksin COVID-19.
BACA: Vaksin Sinovac tiba di Malaysia pada 27 Februari
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter pada 19 Feb lepas berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang dalam proses menilai data klinikal Sinovac.
Vaksin Sinovac telah melepasi ujian klinikal tahap ketiga di beberapa negara termasuk Brazil, Turki dan Indonesia.
Ditanya perasaan beliau dan pasukannya yang menjadi antara barisan penting dalam memastikan vaksin COVID-19 sampai ke Malaysia dengan selamat, Mohd Zulkefly berkata ia merupakan satu perasaan bangga yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata.
"Kami berasa bertuah dan berbangga diberi peluang untuk memberi sumbangan dari segi logistik kepada negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 26 2021

Bekalan pertama vaksin COVID-19 buatan syarikat biofarmaseutikal dari China, Sinovac dijangka tiba di Malaysia esok dari Beijing China. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.

TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Malaysia, China perkukuh hubungan dalam sains, teknologi dan inovasi
Malaysia mengulangi komitmen untuk mewujudkan kolaborasi dengan China dalam bidang STI menerusi Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia CAS hari ini.

Sudan Selatan terima lebih 280,000 dos vaksin untuk tangani kolera
Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa vaksin itu akan diedarkan secara strategik di Negeri Upper Nile dan lokasi keutamaan lain.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.