MELAKA: Melaka bakal mempunyai satu lagi tarikan pelancongan apabila terbinanya sebuah masjid terapung berbentuk cangkerang di Pulau Besar yang dijangka bermula pada awal tahun depan, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.
Beliau berkata masjid yang menelan kos RM30 juta itu akan menggunakan bahan aluminium dan mampu menampung seramai kira-kira 1,500 jemaah pada satu-satu masa.
Katanya, projek tersebut masih dalam proses perbincangan dan pembinaan akan bermula selepas mendapat sejumlah dana daripada Kerajaan Persekutuan.
"Reka bentuk masjid yang unik terletak di pulau itu dilihat secara tidak langsung mampu menjadi satu tarikan baharu kepada pelancong dan paling penting menyebarkan syiar Islam di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Tabung Saham Wakaf Pembinaan Masjid Pulau Besar sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Auditorium Masjid Al-Azim di Bukit Palah di sini, hari ini.
Pelancaran tabung yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan berjaya mengutip sebanyak RM200,000 hari ini, melalui saham wakaf masjid berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 19 2021
Selain sebagai pusat penyebaran syiar Islam, pembinaan projek masjid itu nanti secara tidak langsung dilihat mampu menjadi satu tarikan baharu kepada pelancong di Pulau Besar. - Facebook \ Pulau Besar Melaka
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Keindahan bunga 'sakura' bakal warnai Pulau Besar
Landskap Pulau Besar yang selama ini boleh dianggap "membosankan" bakal diceriakan dengan kehadiran bunga "sakura" Malaysia.
Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing bakal dinaik taraf libat RM200 juta
Pulau Besar dan Pulau Sibu di Mersing yang merupakan antara destinasi terkenal tumpuan pelancong bakal dinaik taraf daripada segi kemudahan air dan utiliti dengan melibatkan peruntukan RM200,000 juta.
Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan
Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.
Pulau Besar akan kekal 'syirik' jika tidak dibangunkan
Kerajaan negeri yakin penjenamaan semula Pulau Besar di sini, akan melenyapkan panggilan 'Pulau Syirik' yang sering terkenal dengan aktiviti khurafat di negeri ini.
Melaka tubuh unit penguatkuasaan tetap perangi amalan khurafat di Pulau Besar
Penubuhan unit khas yang akan bermastautin di Pulau Besar itu amat penting agar pihak berkuasa akan dapat mengambil tindakan tegas secara konsisten terhadap mereka yang masih degil.
Nikmat indah taburan pulau bak permata di perairan Mersing
Kunjungan ke beberapa buah permata berharga di perairan Johor khususnya di daerah Mersing membuka mata tentang potensi pelancongan pulau di negeri itu.
Projek 'monopole' TNB bawa peluang pelaburan ke Pulau Besar
Pulau Besar, Melaka kini mempunyai potensi yang lebih besar untuk menarik pelabur dalam pelbagai sektor. Ia dengan siapnya projek bekalan elektrik melalui talian penghantaran atas oleh TNB.