TUMPAT: Masjid Kampung Laut berusia lebih 300 tahun dan pembangunan Kampung Laut sebagai kampung warisan dekat sini, telah dicalonkan sebagai objek dan tapak warisan kebangsaan seterusnya bakal diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam kenyataan pada Jumaat berkata pencalonan itu merupakan perancangan jangka panjang bertujuan menjadikan Kampung Laut sebagai pusat pelancongan warisan ikonik dan destinasi 'mesti lawat' di Kelantan.
Projek pembangunan semula kampung berkenaan dilaksanakan di bawah ECERDC bertujuan menjana ekonomi menerusi aktiviti pelancongan, membantu penduduk tempatan meneruskan aktiviti ekonomi lain yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sekali gus menjana semula pertumbuhan sosioekonomi di kawasan sekitar.
Pengurus Besar Pejabat ECERDC Kelantan Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah menerusi kenyataan itu berkata keistimewaan projek itu kerana ia adalah pembangunan mampan yang turut meraikan dan memelihara budaya, warisan dan tradisi kampung tempatan.
"Kampung Laut bakal menjadi muzium hidup bagi masyarakat setempat berpeluang menjana pendapatan melalui aktiviti kebudayaan seperti persembahan wayang kulit dan permainan wau. Usaha ini akan menyuburkan kembali minat generasi muda menghidupkan kembali aktiviti kebudayaan seumpama ini," katanya.
Selain itu, projek pembangunan semula Kampung Laut turut merangkumi Laman Warisan Seni yang dijangka siap awal tahun depan dan akan menyediakan ruang menjual produk tempatan seperti batik, wau dan kraftangan kepada 12 pengusaha.
Sementara itu, ECERDC dalam kenyataan sama memaklumkan Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah telah mengetuai delegasi ke Kelantan sebagai sebahagian daripada Program Jelajah Belanjawan 2022 hari ini, dengan melawat Laman Warisan Serunding Kampung Laut yang merupakan sebahagian daripada projek pembangunan semula kampung itu.
"Penyiapan Laman Warisan Serunding Kampung Laut ini bertepatan masanya dengan kebenaran merentas negeri yang diumumkan baru-baru ini, setelah hampir setahun sempadan negeri ditutup dan menjejaskan sektor pelancongan.
"Saya berbangga kerana ECERDC berpandangan jauh dan meneruskan projek seperti yang dirancang walaupun sewaktu pandemik kerana ia akan memastikan momentum pembangunan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) tidak terjejas dan mewujudkan peluang pekerjaan serta keusahawanan baharu kepada masyarakat setempat," kata Mohd Shahar menerusi kenyataan itu.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan sentiasa menitikberatkan pembangunan yang membawa manfaat jangka panjang untuk rakyat dan akan mempertimbangkan kemungkinan melaksanakan projek yang mampu memperkukuh dan melengkapkan tarikan pelancongan di negeri ini, sekali gus meningkatkan ekonomi tempatan pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 15 2021

Pencalonan itu merupakan perancangan jangka panjang bertujuan menjadikan Kampung Laut sebagai pusat pelancongan warisan ikonik dan destinasi 'mesti lawat' di Kelantan. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Kerajaan sokong Masjid Kampung Laut diwarta, jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Masjid Kampung Laut bakal menjadi warisan sejarah yang bernilai tinggi.

Laman Warisan Kampung Laut dibuka kepada pengunjung
Projek seluas 1.04 hektar di tepi Sungai Kelantan itu melibatkan dua fasa pembinaan.

Mimbar Masjid Kampung Laut tertua di Malaysia
Ada perancangan untuk mencalonkan Masjid Kampung Laut sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Masjid Kampung Laut dipindah ke lokasi asal
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menjelaskan, urusan dan perbelanjaan pemuliharaan warisan ini dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).