IPOH: Lima belas individu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana membuang sampah secara haram di sekitar bandar raya ini, setakat semalam.
Walaupun sudah diberikan amaran dan hebahan berhubung denda tanpa rayuan itu sebelum ini, namun masih ada segelintir pihak yang dilihat bersikap acuh tak acuh dan pentingkan diri sendiri.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya tegas dalam melaksanakan kompaun itu dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
"Bermula 1 Ogos kita laksanakan (kompaun RM1,000). Sehingga semalam, seramai 15 orang sudah kena denda. Saya tegaskan sekali lagi, tiada diskaun akan diberikan.
"Kebanyakan hot spot sampah haram ini seperti di Pengkalan, Tasek, SPPK dan Batu 8 di Tanjung Rambutan.
"Kita beri pembuang sampah haram ini dua minggu atau 15 hari untuk lunaskan denda itu. Sebarang rayuan kita takkan layan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Serahan Tong Sampah 120 Liter Secara Percuma di Taman Perpaduan Koperasi, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Zon 2, Puteri Holijah Muhamad Rali dan Ketua Whip MBI, Datuk Mazlan Abd Rahman.
Turut sama menjadi tulang belakang kepada program itu, para pekerja pembersihan MBI yang ditugaskan mengagih tong sampah dari rumah ke rumah.
Rumaizi berkata, lebih 800 buah tong sampah diedarkan di taman tersebut hari ini, termasuk di lokasi lain di Tanjung Rambutan.
Ditanya mengenai jumlah peratusan tong sampah percuma yang diagihkan setakat ini, beliau berkata sebanyak 43,000 tong sudah diterima, membabitkan lebih 25 lokasi.
"Kalau pegangan domestik untuk kediaman, sekitar 180,000. Boleh kata hampir 25 peratus sudah diagihkan.
"Sasaran kita hujung tahun ini boleh capai 30 peratus (agihan). Sebenarnya, sasaran untuk kita agihkan tong sampah percuma di bandar raya ini ialah lima tahun.
"Sepatutnya selesai agih pada 31 Dis 2025, itu sasaran awal. Tapi setelah dibuat penilaian semula, kita yakin boleh selesai agihan ini dalam tempoh empat tahun (2024).
"Setakat yang kita edar ini, boleh kata lebih besar daripada sebahagian Majlis Perbandaran punya pegangan kediaman," katanya lagi.
Membuat perbandingan dengan Selangor contohnya, Rumaizi berkata, ia berbeza kerana Perak mempunyai kediaman lebih banyak berbanding kawasan perindustrian.
"Antara kekangan lain ialah pekerja. Dalam masa sama, kita juga perlu pungut sampah bukan sekadar domestik tetapi juga sampah haram.
"Dalam suasana COVID-19 dahulunya, ada sampai tiga hingga empat bulan tidak dapat buat kerja kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi itu antara kekangannya sebelum ini," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, tindakan lebih tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah haram di Ipoh.
Ada di antara Ahli Majlis mahu pelaku kepada isu sampah haram dikenakan tindakan lebih tegas bagi membanteras masalah itu daripada berulang, meskipun sampah itu sudah dikutip.
Aida Aziz
Sat Aug 13 2022
Rumaizi (tengah) hadir bagi merasmikan Program Serahan Tong Sampah 120 Liter Secara Percuma di Taman Perpaduan Koperasi, di Ipoh, hari ini. - Foto Astro AWANI
Pilihan Raya Presiden Syria 4 hingga 5 tahun lagi
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan pilihan raya presiden pertama selepas peralihan kuasa dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun.
WHO seru negara anggota desak Amerika Syarikat batal hasrat keluar
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru pegawai kesihatan negara-negara anggota agar mendesak Washington membatalkan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik diri daripada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Qatar, Turki tolak cadangan Trump 'bersihkan' Gaza
Menteri Luar Qatar dan Turki menentang rancangan kontroversi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk "membersihkan" Semenanjung Gaza.
Israel terus serang Tebing Barat
Rakyat Palestin pada Isnin mengadakan upacara pengebumian tujuh daripada sekurang-kurangnya 22 orang yang terbunuh akibat serangan Israel di wilayah Tebing Barat yang diduduki sejak dua minggu lalu.
Mexico, Amerika Syarikat tangguh pelaksanaan tarif sebulan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump umum penangguhan pelaksanaan tarif baru terhadap Mexico selama sebulan.
Afrika Selatan nafi ‘rampas tanah’ selepas Trump ancam henti salur bantuan
Presiden Cyril Ramaphosa nafi dakwaan Presiden Trump bahawa pihak berkuasa Afrika Selatan sedang "merampas tanah."
Hanya beberapa jam sebelum dilaksana, Trump tangguh tarif ke atas Mexico, Kanada
Trump tangguh tarif ke atas Mexico dan Kanada selepas berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara jiran itu.
Polis buru suspek pecah rumah
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Bandar Baru Bangi di sini pada Sabtu.
Kedah umum 11 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam
Kerajaan Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.
Perang dagang, bekalan beras jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu perang dagang dan penghasilan beras tempatan menjadi tumpuan utama di Dewan Rakyat hari ini. Isu itu dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
CCTV pantau kegiatan buang sampah di laluan Kuala Lipis - Gua Musang
SWCorp Pahang mengambil inisiatif memasang CCTV di beberapa lokasi panas sepanjang laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Kuala Lipis - Gua Musang sejak awal bulan ini.
Kencing: ‘Jangan paksa saya pasang CCTV dalam lif PPR’ - Kor Ming
KPKT bersedia memasang CCTV jika perbuatan vandalisme seperti kencing dan membuang sampah di dalam lif projek PPR masih berlaku.
SWCorp pasang CCTV pantau kegiatan buang sampah merata-rata sempena Aidilfitri di N. Sembilan
Usaha itu adalah hasil kerjasama antara SWM Environment Sdn Bhd dan PBT bagi memberi kesedaran kepada masyarakat agar menggunakan jalan raya dengan berhemah.
'Cik Aida' dicari Ketua Pemuda UMNO akhirnya dijumpai
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh berjaya mengesan individu yang dipercayai membuang sampah di tepi jalan Merlimau-Muar.
Angkara sampah dari 'langit'
Masalah pembuangan sampah dari tingkat atas di bangunan perumahan merupakan antara kebimbangan majoriti penduduk di Rumah Pangsa Blok 2 Desa Mentari.
Buka puasa: Individu kotori tebing Sungai Kelantan boleh didenda RM1,000
Minggu pertama bulan Ramadan dicemari pemandangan jelik sisa sampah dan bekas makanan orang ramai yang berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan di Lembah Sireh di sini.
Indonesia berjaya kurangkan pembuangan sisa dalam laut
Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan negara berjaya mengurangkan 28.5 peratus pembuangan sisa plastik ke dalam laut di negara itu dari 2018 hingga 2021.
Menteri kecam tindakan lelaki buang sampah dalam sungai
Beliau memaklumkan sudah meminta Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar segera menyiasat kejadian berkenaan.
Masih berdegil, 15 dikompaun RM1,000 buang sampah haram - Datuk Bandar
Datuk Bandar berkata pihaknya tegas dalam melaksanakan kompaun itu, dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
''Parok' orang kita, tiada kesedaran sivik!' - Lelaki ini kutip sampah ditinggal pengguna lebuh raya
Rata-rata netizen memberikan maklum balas negatif terhadap kurangnya rasa sayang dalam diri orang ramai terhadap alam sekitar.