Masih banyak tanggungjawab kerajaan pusat yang masih belum dilaksanakan seperti dalam isu royalti dan pembinaan lebuhraya di Kelantan menyebabkan kerjasama antara PAS dan UMNO sukar dilaksanakan kata Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya berkata, sikap kerajaan pusat terhadap kerajaan Kelantan amat jelas menyebabkan pemimpin PAS sangsi adakah benar-benar UMNO serius mahu bersatu atau hanya mainan politik.
"Orang yang serius mesti menunjukkan keseriusan dan keikhlasannya. Bukan berkata mahu bersatu tetapi pada masa sama menikam dari belakang.
"PAS dengan pengalaman yang begitu lama dalam bidang politik, mereka tahu mainan ini.
"Bagi saya kena ada give and take. UMNO perlu lebih rasional dalam konteks Islam dan Melayu, kerana yang merana pun orang Melayu di Kelantan," katanya dalam satu temubual yang disiarkan di portal rasmi ISMA.
Mengulas cadangan agar PAS dan UMNO mewujudkan kerajaan perpaduan bagi memulihkan keadaan di Kelantan yang teruk dilanda banjir, Aminuddin berpendapat ia sesuatu yang bagus sebagai permulaan kepada kesatuan yang lebih baik lagi di masa-masa hadapan.
Katanya, cadangan kerjasama dua parti yang mewakili orang Melayu itu bukan perkara yang baru dan mudah untuk dilaksanakan.
"Sudah tentu kena ada mukaddimah-mukaddimah yang kita rasakan perlu sebelum mencapai perpaduan yang sebenarnya yang mungkin diingini oleh semua rakyat di negara ini.
"Kita tahu, untuk mempertemukan UMNO dengan PAS bukan satu perkara yang mudah dan sesimple yang sesetengah orang mungkin jangkakan. Sudah banyak peristiwa yang menyebabkan berlaku ketidakselarian antara UMNO dan PAS," katanya lagi.
Beliau berpendapat untuk menjayakan kerjasama antara UMNO dan PAS memerlukan elemen tolak ansur antara kedua-dua pihak, tidak boleh mana-mana pihak meminta perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pihak satu lagi.
Ketika Kelantan dilanda banjir besar baru-baru ini, pemilik akhbar Sinar Harian, Datuk Husamuddin Yaacub melontarkan cadangan supaya PAS dan UMNO membentuk sebuah kerajaan campuran di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Irwan Muhammad Zain
Sat Jan 17 2015
Banyak perkara menjadi persoalan kepada PAS yang masih belum diselesaikan oleh UMNO
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
Negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
#MalaysiaMemilih: Kalau PH menang, PPBM akan ketuai kerajaan - Wan Saiful
PPBM akan memainkan peranan sama seperti mana UMNO mengetuai kerajaan dalam Barisan Nasional (BN).
Semai semangat pelajar menjelang peperiksaan - WeMalaysia Australia
Pelajar Malaysia di Australia tidak pernah lupa untuk saling membantu dalam proses memupuk silaturrahim dalam kalangan mereka dan menyemarakkan semangat menjelang musim peperiksaan.
Dalang Comango: Kes saman Marina selesai
Kes saman aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir terhadap presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 12 lagi selesai selepas wakil ISMA melahirkan kekesalan.
'Perkara ini tidak perlu dipanjangkan' - Amy Search
Laman Facebook menjadi medan perluahan pendapat apabila pakar motivasi, Muhammad Lukman bertindak mengherdik kumpulan Search.
Masih banyak yang belum diselesaikan antara UMNO dan PAS - ISMA
ISMA berpendapat sikap kerajaan pusat terhadap kerajaan Kelantan amat jelas menyebabkan pemimpin PAS sangsi.
Biar pihak berkuasa jalankan tugas siasatan ke atas BFM 89.9 - Presiden ISMA
Pihak stesen radio bisnis BFM 89.9 hari ini menafikan dakwaan bahawa kandungan program mereka menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Cukup! Cukuplah sentimen anti-Cina, anti-Kristian - Saifuddin
Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat bahawa rakyat Malaysia seharusnya berusaha bersama-sama untuk perpaduan dan menegakkan kebebasan bersuara.
Kenyataan perkauman ISMA bukan pandangan politik Melayu
Pandangan politik daripada ISMA tidak pernah mewakili majoriti suara orang Melayu di Malaysia seperti yang didakwa oleh presiden ISMA.
Jangan siasat ISMA bawah Akta Hasutan - Ahli Parlimen DAP
Sebagai parti yang berprinsip, DAP perlu menentang sebarang usaha menggunakan Akta Hasutan terhadap ISMA.