Kes saman aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir terhadap presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 12 lagi selesai selepas wakil ISMA melahirkan kekesalan menyiarkan artikel yang mengaitkan Marina sebagai dalang dalam aktiviti Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango).
Timbalan Presiden ISMA Aminuddin Yahaya ketika membacakan terma-terma kekesalan, menyatakan kekesalan sekiranya artikel dan risalah-risalah yang diedarkan telah menyebabkan kepayahan dan kesan buruk dan memberikan gambaran yang salah terhadap Marina sebagai dalang yang liberal dan antiIslam.
Beliau berkata artikel dan risalah-risalah itu tidak bermaksud untuk memberikan gambaran buruk terhadap Marina.
"Kami menyedari kedudukan beliau sebagai seorang pemimpin masyarakat yang memperjuangkan isu-isu semasa di dalam dan luar negara dengan telus dan disegani ramai," katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman yang kemudiannya merekodkan perintah persetujuan bagi menyelesaikan kes saman itu.
Aminuddin berkata pada 8 Nov 2013, Media ISMA Sdn Bhd telah menerbitkan satu artikel bertajuk "ISMA edar 70,000 risalah dedah dalang Comango" di dalam laman web ISMA di http://www.ismaweb.net dengan pautan laman web ISMA facebook di https://wwww.facebook.com/isma.malaysia yang menyatakan ISMA telah mengedarkan 70,000 helai risalah yang menggambarkan Marina sebagai dalang Comango.
Beliau berkata ISMA mengedarkan risalah-risalah itu di masjid-masjid sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu pada 8 Nov tahun lepas.
Aminuddin berkata artikel dan risalah itu memberi gambaran Marina adalah dalang di sebalik Comango dan beliau adalah tokoh Sisters in Islam (SIS) yang liberal dan antiIslam di Malaysia yang membuat tuntutan untuk menghalalkan seks songsang bagi golongan lesbian, gay dan transgender (LBGT).
Kedua-dua pihak hari ini bersetuju untuk menyelesaikan kes itu melalui proses mediasi yang berlangsung lebih tujuh jam hari ini.
Mahkamah tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.
Selepas prosiding selesai, Marina menangis sambil ditenangkan dan dipeluk oleh suaminya Tara Sosrowardoyo dan anak perempuannya Ineza Roussile.
Pada 16 Jan tahun lepas, Marina memfailkan saman terhadap presiden ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman, Aminuddin dan 11 AJK pertubuhan itu sebagai defendan berhubung artikel dan risalah-risalah itu.
Ketika ditemui di luar mahkamah dan ditanya kenapa beliau menangis selepas prosiding itu selesai, Marina dengan tenang menjawab beliau menangis kerana berasa lega selepas melalui apa yang berlaku.
"Ini merupakan kes mahkamah saya yang pertama. Saya telah menyaksikan banyak kes lain. Saya tidak sedar betapa emosinya apabila orang bercakap tentang karakter dan maruah anda, saya mendapati ia sesuatu yang amat sukar bagi diri saya," katanya.
Ditanya reaksinya sebaik mendapat tahu tentang artikel dan risalah itu yang diedarkan di masjid-masjid, katanya beliau amat terkejut apabila selepas bangun daripada tidur dan melihat nama dan wajahnya disenaraikan sebagai dalang kegiatan Comango.
"Ia benar-benar menyedihkan dan kesal apabila ada orang menggelar anda ini (dalang) dan saya satu-satunya orang Islam dalam senarai itu, sebab itu saya mengambil tindakan ini (saman)," katanya.
Bernama
Mon Aug 17 2015
Timbalan Presiden ISMA Aminuddin Yahaya berkata artikel dan risalah-risalah itu tidak bermaksud untuk memberikan gambaran buruk terhadap Marina (gambar). - Gambar Fail
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.
Legenda rock Ireland 'The Script' kembali gegarkan KL
Peminat dapat menyaksikan persembahan mereka yang penuh tenaga pada Ahad, 9 Februari 2025, jam 8 malam di Mega Star Arena KL.
Pemindahan autonomi MA63 mudahkan Sarawak urus alam sekitar
Pemindahan autonomi MA63 telah mengukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak, sekaligus meletakkan wilayah itu pada kedudukan yang baik untuk menerajui usaha memerangi perubahan iklim.
19 entiti perniagaan di Sarawak berdaftar dengan NREB
19 entiti perniagaan kini telah berdaftar dengan Lembaga Alam sekitar dan Sumber Asli Sarawak (NREB) sebagai mematuhi syarat ordinan alam sekitar (pengurangan kesan rumah hijau) yang mula berkuat kuasa pada Mac lalu.
PRU15: GTA 'underdog' yang mampu beri saingan pada parti gergasi - Aminuddin
Calon-calon PRU15 GTA bersih daripada rasuah, memiliki integriti dan akhlak terpuji.
Desak operasi Crackhouse Comedy Club ditutup terus
Aminuddin Yahaya berkata, lebih 30,000 sokongan diperoleh menerusi petisyen mendesak penutupan sepenuhnya kelab berkenaan.
Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan jenayah Islam - Pembela
Pembela berkata Menteri Undang-undang perlu melihat balik perlembagaan dan mengemukakan pindaan supaya undang-undang ini tidak dicabar lagi pada masa depan.
Rakyat kecewa, letih wakil rakyat senang lompat parti - ISMA
Negara akan menjadi tidak stabil, pelabur akan semakin bimbang dan ramai yang akan keluar dari melakukan perniagaan dan pelaburan di negara kita.
Kenapa pembunuh Adib masih belum ditangkap? - Bapa
Walaupun sedar keputusan inkues terhadap kes anaknya masih belum diterima, namun dia berharap siasatan itu berjalan dengan lancar.
Sokong RUU 355 atau ditolak pada PRU14 - Sekretariat Ummat
Aminuddin Yahaya berkata pihaknya akan berkempen menentang Ahli Parlimen Islam yang menolak pindaan tersebut menjelang PRU-14 nanti.
Dalang Comango: Kes saman Marina selesai
Kes saman aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir terhadap presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 12 lagi selesai selepas wakil ISMA melahirkan kekesalan.