KAMPAR: Masih ada pengusaha industri pelancongan di Perak yang belum bersedia sepenuhnya untuk menerima kunjungan pelancong, walaupun aktiviti itu dibenarkan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 di negeri yang berada di Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pihaknya dimaklumkan proses vaksinasi yang belum selesai dalam kalangan pekerja, menjadi antara faktor utama beberapa penggiat industri pelancongan seperti pengusaha penginapan dan inap desa, belum bersedia menerima pelancong.
"Oleh itu, saya meminta kepada mereka yang terlibat iaitu daripada segi penginapan dan inap desa, mesti memastikan mereka bersedia sebelum membuka premis-premis ini kepada pelancong," katanya kepada pemberita pada Pogram Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Bersama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, di Kampung Changkat Tin di sini hari ini.
Beliau berkata, semua pengusaha industri pelancongan terutama dalam perkhidmatan penginapan diingatkan supaya memastikan mereka bersedia sepenuhnya, sebelum menerima pelancong dan bertanggungjawab memastikan kelonggaran diberi tidak memudaratkan masyarakat secara keseluruhan.
Katanya para pelancong turut dinasihatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, sekali gus kebenaran melancong dapat dinikmati secara bersama dalam jangka masa yang panjang.
"Sekiranya kita ada kes-kes atau kluster yang timbul daripada aktiviti ini, semestinya ia akan memberi impak kepada kebenaran merentas daerah bagi tujuan pelancongan, jadi cukup penting untuk kita semua memainkan peranan dan memastikan tangungjawab kita," katanya.
Mengenai program MOVAK di Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau itu, Nolee Ashilin berkata seramai 1,200 orang penduduk terpilih dijadualkan menerima vaksin selama dua hari, sebagai usaha pihak kerajaan untuk menjayakan program imunisasi khususnya di kawasan-kawasan luar bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021
Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, pihaknya dimaklumkan proses vaksinasi yang belum selesai dalam kalangan pekerja, menjadi antara faktor utama beberapa penggiat industri pelancongan belum bersedia. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Langkawi bakal diserikan dengan Festival Mahsuri Disember ini
Festival Mahsuri bertujuan menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama untuk pengalaman budaya bertaraf dunia.
Premis tentukan daftar masuk dan keluar hotel, pilihan di tangan pengguna - Saarani
Pengunjung boleh memilih premis yang menawarkan waktu daftar masuk dan keluar yang dirasakan lebih berbaloi.
MOTAC akan bincang langkah keselamatan bas persiaran bersama MOT - Tiong
Tiong berkata, beberapa kemalangan jalan raya melibatkan bas persiaran memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan.
Festival Makanan Malaysia 2024 tawar hidangan pelbagai rasa, diplomasi budaya ke Brunei
Festival Makanan bertujuan untuk mempromosikan masakan Malaysia kepada masyarakat Brunei dan mengukuhkan diplomasi budaya.
Pelaburan, eksport kukuh pacu pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia kepada 5.3 peratus
Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
GM Klang sasar enam juta pengunjung sempena Tahun Melawat Selangor 2025
Pelbagai kempen termasuk menerusi media sosial telah dirangka dan akan dilaksanakan mulai bulan ini bagi menarik lebih banyak pelancong.
ITC perkasa konsep pelancongan mesra Muslim, didampingi pemain industri antarabangsa
Ia seiring dengan keterbukaan pelancong terhadap konsep mesra Muslim termasuk dari negara bukan Islam seperti Korea, China, Jepun dan Eropah.
Sabah tarik kehadiran 2.1 juta pelancong dari Januari hingga Ogos
Sabah berjaya menarik kehadiran 2.1 juta pelancong dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.