ALOR SETAR: Permasalahan lebih 20,000 penduduk di kawasan Kuala Kedah terutama di Kampung Tepi Laut, Kampung Laksanama, Taman Bersatu dan Pekan Kuala Kedah berhubung bekalan air dijangka selesai awal 2023.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, krisis bekalan air itu akan berakhir selepas kerja-kerja pemasangan jajaran paip baharu atau 'bypass' dari Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang yang menelan belanja sebanyak RM431 juta dimulakan.
Tambah beliau, melalui projek pemasangan jajaran berkenaan, bekalan air terawat yang ada di LRA Pelubang dapat disalurkan ke kawasan terlibat yang mana sebelum ini bergantung kepada paip-paip lama bagi memenuhi keperluan dan permintaan penduduk.
"Insya-Allah (melalui projek ini) dapat selesai (masalah bekalan air), kerana (di LRA Pelubang) kita ada lebihan air terawat di loji sedia ada… di situ ada air yang boleh dibekalkan , tinggal lagi kita nak tekan (salurkan) (kepada penduduk).
“Melalui paip lama (ia) tak boleh pi dah (sukar dilaksanakan) kena ada paip baharu… paip baharu Insya-Allah akan dapat bekalkan air itu sebelum loji baharu siap, jadi LRA yang baharu siap, loji lama (pun turut) dapat bekalkan," katanya.
Muhammad Sanusi berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang, di Stargate di sini, pada Khamis.
Tambahnya, fokus kerajaan negeri juga turut terarah kepada usaha mengurangkan masalah air tidak terhasil (NRW) selain merencana pembangunan infrastruktur agar seiring dengan keperluan sedia ada.
"Sebelum sampai 2040 kita kena bina (dan selesaikan projek) yang sedang kita bina ini (terutama melibatkan infrastuktur baharu bagi mengatasi masalah air),
"Kita kena rancang juga semasa tahun 2040 dan ke atas itu apa lagi (perlu kita laksanakan), kita tidak mahu hidup dalam keadaan kita ketinggalan 15 hingga 20 tahun daripada keperluan infra kita terlalu sedikit berbanding keperluan," ujar Menteri Besar lagi.
Abd Hadi Che Awang
Thu Jun 16 2022
![Masalah bekalan air lebih 20,000 penduduk Kuala Kedah dijangka selesai tahun depan Masalah bekalan air lebih 20,000 penduduk Kuala Kedah dijangka selesai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655358937_TBMBKEDAH.jpg)
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merasmika Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang, di Stargate, Alor Setar pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Masalah air di Kelantan selesai menjelang 2028 Masalah air di Kelantan selesai menjelang 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732424257_lojirawatanair.jpg)
Masalah air di Kelantan selesai menjelang 2028
Isu bekalan air di negeri Kelantan dijangka selesai menjelang 2028 melalui 54 loji rawatan air (LRA).
![Penduduk Lembah Klang lega masalah air beransur pulih Penduduk Lembah Klang lega masalah air beransur pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721812276_Isuair.jpg)
Penduduk Lembah Klang lega masalah air beransur pulih
Penduduk Kampung Segambut Bahagia lega apabila masalah gangguan bekalan air telah selesai pagi ini apabila bekalan air mula disalurkan sejak jam 8 pagi tadi.
![Kerajaan Pulau Pinang mohon maaf masalah air di Sungai Bakap Kerajaan Pulau Pinang mohon maaf masalah air di Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719724186_ChowKonYeow.jpg)
Kerajaan Pulau Pinang mohon maaf masalah air di Sungai Bakap
Chow Kon Yeow menegaskan kerajaan negeri tidak menganaktirikan sesiapapun dan memohon maaf kepada penduduk Sungai Bakap yang berdepan masalah air sejak lebih enam tahun lalu.
![Masalah air UMS dijangka selesai selewatnya awal tahun depan - KPT Masalah air UMS dijangka selesai selewatnya awal tahun depan - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717849402_JOHORBAHRU.jpg)
Masalah air UMS dijangka selesai selewatnya awal tahun depan - KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) optimis masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada awal tahun depan.
![MTRK gesa kerajaan Kelantan cari penyelesaian tangani segera isu air MTRK gesa kerajaan Kelantan cari penyelesaian tangani segera isu air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715866498_tbgangguanbekalana.jpg)
MTRK gesa kerajaan Kelantan cari penyelesaian tangani segera isu air
Telaga tiub bukanlah jalan penyelesaian kerana air yang di dalam tanah kebanyakan keruh selain kos yang agak tinggi.
![PETRA mohon tambahan peruntukan RM100 juta selesai masalah air di Sabah PETRA mohon tambahan peruntukan RM100 juta selesai masalah air di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709693366_FadillahYusof.jpg)
PETRA mohon tambahan peruntukan RM100 juta selesai masalah air di Sabah
Peruntukan itu adalah tambahan daripada RM300 juta yang telah diluluskan secara pinjaman oleh Jemaah Menteri pada 27 September tahun lepas.
![Pembinaan telaga tiub di UMS dijangka siap Mac - Zambry Pembinaan telaga tiub di UMS dijangka siap Mac - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700129191_TBDATUKSERIDRZ.jpg)
Pembinaan telaga tiub di UMS dijangka siap Mac - Zambry
Pembinaan telaga tiub bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap pada Mac ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
![Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686219801_TBAzamiMohdNor.jpg)
Kelantan bentuk jawatankuasa khas selesai masalah air - Exco
Pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.
![SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686213247_TBazambakijpg.jpg)
SPRM bantu pantau dana RM320 juta selesai isu air Sabah - Azam Baki
SPRM akan memantau pengurusan dana sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.
![Hajiji optimis bantuan kerajaan percepatkan rancangan selesai masalah air di Sabah Hajiji optimis bantuan kerajaan percepatkan rancangan selesai masalah air di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682841614_AnwarIbrahimHajij.jpg)
Hajiji optimis bantuan kerajaan percepatkan rancangan selesai masalah air di Sabah
Dana itu akan digunakan untuk pelaksanaan enam program merangkumi 20 projek di seluruh negeri.