KOTA KINABALU: Isu bekalan air di University Utama Square UUC tiada kaitan dengan Jabatan Air Negeri Sabah JANS.
Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebaliknya berkata isu yang ditularkan penduduk sebelum ini terletak di bawah bidang kuasa pengurusan UUC dan bukan JANS.
Bung Moktar dalam satu muat naik di laman sosial miliknya memaklumkan berkenaan penafian tersebut.
BACA: Penduduk UUC kesal air tiada, bil pula melambung
Pada masa sama Bung Moktar turut berkongsi carta infografik senarai penyelesaian jangka pendek isu bekalan air di negeri itu.
Antara yang disenaraikan adalah, JANS perlu menghantar lori tangki sepanjang 24 jam sehingga pam Loji Rawatan Air Telibong 1 siap dibaiki.
Bagi isu bekalan air di UUC pula Bung Moktar berkata penambahan lori tangki perlu ditambah bagi membantu penduduk terjejas bukan melalui bulk meter serta diuruskan pengurusan terbabit.
Bagi JANS pula, Bung Moktar meminta agar jabatan terbabit sentiasa mengemaskini dan memaklumkan kepada kementerian status semasa kawasan yang terjejas bekalan air.
Dalam pada itu Astro Awani dimaklumkan, Pengarah Jabatan Air Sabah, Edward Lingkapo dijadual mengadakan sidang media khas bagi menghuraikan isu bekalan air secara menyeluruh pada Isnin depan.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Nov 18 2021
Bung Moktar meminta pihak pengurusan UCC menguruskan penambahan lori tangki bagi membantu penduduk terjejas - Foto BERNAMA
Beri bantuan khas RM2,000 kepada penjawat awam
Kira-kira 5,376 penjawat awam di negeri Kedah bakal menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.
[TERKINI] Hanya tiga pintu sempadan Kelantan-Thailand diwartakan
Bermula 1 Disember ini hanya tiga pintu sempadan Kelantan-Thailand yang diwartakan.
Tiada lagi khemah biru, aktiviti berkelah kembali seronok di Port Dickson
Keindahan pemandangan Pantai Teluk Kemang yang dahulunya terhalang dengan deretan khemah biru kini dapat dinikmati seluas-luasnya.
Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
Mulai 1 Dis ini sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan negara akan ditahan.
Masalah air di Kelantan selesai menjelang 2028
Isu bekalan air di negeri Kelantan dijangka selesai menjelang 2028 melalui 54 loji rawatan air (LRA).
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
AWANI Ringkas: 5,376 penjawat awam Kedah terima bantuan khas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Saloma Kuala Lumpur perkenal inisiatif bantu artis veteran, golongan memerlukan
Restoran Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan tabung khas untuk membantu mengurangkan beban golongan seni tanah air yang memerlukan.
Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Korea akan memperkukuh jalinan dua negara menjelang ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Korea.
Sabah bentang enakmen baharu libatkan isu air - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibawa ke peringkat sidang DUN Sabah selepas tempoh Proklamasi Darurat tamat.