KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan semula inisiatif membantu rakyat dan perniagaan yang pernah diperkenalkan sebelum ini susulan hadirnya Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata kerajaan tidak pernah berhenti daripada membantu rakyat dan sentiasa berusaha memikirkan penyelesaian bersama.
"Dengan hadirnya PPN, inilah masa yang tepat untuk kita kembalikan inisiatif sebegini (seperti sebelum ini) bagi membantu rakyat dan perniagaan," katanya menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau pada Ahad.
Beliau berkata perbincangannya dengan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Negara Malaysia telah diadakan minggu ini.
"Teringat kembali peristiwa tahun lalu, bila kerajaan ini pertama sekali dalam sejarah perkenalkan i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat hadapi cabaran COVID-19.
BACA: Kerajaan dijangka umum bantuan i-Sinar, moratorium, diskaun bil elektrik
"Kita adalah negara terawal di dunia memperkenalkan inisiatif sebegini. Pada mulanya digasak oleh suara-suara yang membangkang," katanya.
Tengku Zafrul berkata namun selepas itu ada dalam kalangan mereka yang sedar kesan positif pada rakyat dan mula menyokong program tersebut.
"Alhamdulillah mereka sedar," katanya.
i-Sinar merupakan kemudahan pengeluaran dari Akaun 1 untuk ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
i-Lestari pula merupakan satu program KWSP bagi pengeluaran dari Akaun 2.
Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021
Tengku Zafrul berkata, beliau telah berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Negara Malaysia minggu ini. - Gambar fail
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Ekonomi Malaysia antara yang terbaik di dunia – Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia yang mampan menjadikan Malaysia antara beberapa negara di dunia yang menunjukkan pertumbuhan pantas terutama ketika ketidaktentuan ekonomi global.
PRK DUN Mahkota: Tengku Zafrul optimis undi awal berpihak kepada BN
Tengku Zafrul berkata, BN meletakkan calon yang berkualiti, berkredibiliti dan berpengalaman berkhidmat di DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Jangan terlalu selesa, harus pulang mengundi - Tengku Zafrul
Beliau berkata, hal ini kerana sekitar 50 peratus pengundi bekerja di luar, yang dilihat sebagai antara cabaran dihadapi Barisan Nasional.
Perkhidmatan, pembuatan sumbang sebahagian besar pelaburan RM160 bilion pada separuh pertama 2024
Tengku Zafrul berkata lonjakan pelaburan itu disokong oleh 2,948 projek pelaburan yang dijangka mencipta kira-kira 79,187 peluang pelaburan baharu.
Perbincangan FTA GCC diteruskan, muktamad perjanjian dua hala UAE akhir tahun - Tengku Zafrul
Malaysia akan meneruskan perbincangan FTA dengan GCC dan memuktamadkan perjanjian dua hala dengan UAE pada akhir tahun ini.
Malaysia ketuai koordinasi perbincangan semakan FTA ASEAN-India November ini - Tengku Zafrul
Malaysia akan mengetuai koordinasi antara negara ASEAN dan India bagi mengadakan perbincangan untuk meningkatkan aspek perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara kedua-dua pihak.
Malaysia sedia penuhi peningkatan permintaan India bagi minyak sawit - Tengku Zafrul
Malaysia bersedia memenuhi peningkatan permintaan India bagi minyak sawit menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat pengimport utama.
Malaysia berada di landasan tepat capai unjuran KDNK 4.0-5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Antara faktor peningkatan KDNK bagi suku kedua adalah peningkatan ketara pelaburan swasta kerana pelabur semakin yakin dengan prospek ekonomi negara.
MITI sasar tarik RM300 bilion pelaburan hijau menjelang 2030 - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar menarik pelaburan hijau bernilai RM300 bilion menjelang 2030 untuk mencapai komitmen pelepasan karbon sifar bersih Malaysia.
Malaysia perlu terus peranan ‘neutral’ untuk jadi lokasi pelaburan utama - Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia bersifat terbuka dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan semua negara, kata Tengku Zafrul.