Perpecahan di kalangan umat Islam yang semakin ketara di Malaysia boleh menyebabkan masa depan politik umat Islam di negara itu menjadi tidak menentu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Dr Nasharuddin Mat Isa.
Katanya, jika umat Islam di Malaysia terus berpecah, ia menyebabkan Islam menjadi lemah dan memudahkan anasir tertentu untuk menyerapkan ideologi songsang seperti terrorisme ke dalam fikiran anak-anak muda.
Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Nasharuddin berkata, umat Islam Malaysia harus mengambil iktibar dan pengajaran perpecahan ukhwah yang berlaku di negara-negara Arab.
Keadaan itu telah mengakibatkan anak-anak muda di negara itu kini menjadi anggota pengganas dan seterusnya memusnahkan negara mereka sendiri.
Beliau berkata, antara bibit perpecahan umat Islam di Malaysia ialah apabila mereka berpecah dengan menubuhkan pelbagai parti politik hanya kerana perasaan tidak puashati.
"Sememangnya dalam sistem demokrasi adalah menjadi hak masing-masing untuk menubuhkan parti politik tetapi kita bertanya apakah kepentingannya kepada negara kerana tindakan itu hanya membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam," kata beliau.
Terdahulu, beliau menyampaikan taklimat mengenai pengaruh terrorisme di Malaysia anjuran bersama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dan GMM di sini.
Dalam taklimat itu, Nasharuddin berkata hasil kajian mendapati anak-anak muda yang tidak mempunyai kawan dan bersikap selalu memandang dirinya sahaja yang betul sebenarnya mudah terpengaruh dengan fahaman radikal.
Katanya, disebabkan tidak mempunyai kawan untuk berbincang dan bermain, mereka akan menjadikan internet sebagai kawan dan terpengaruh dengan fahaman radikal menerusi bacaan dalam laman-laman sosial di internet.
Nasharuddin berkata, golongan ibu bapa pula haruslah mendampingi anak jika mengetahui anak mereka tidak mempunyai kawan serta memantau laman-laman sosial internet yang anak mereka layari.
Katanya, tindakan pencegahan boleh dilakukan dari awal menerusi didikan yang betul supaya anak mereka tidak mudah terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pihak kedutaan menganjurkan aktiviti ceramah isu-isu semasa serantau sebagai usaha untuk menjalinkan hubungan dan persefahaman bersama dalam membanteras aktiviti keganasan.
Majlis itu yang dihadiri kira-kira 100 orang turut disertai wakil kedutaan dari Republik Singapura, Brunei dan perwakilan Asean. -- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2016
![Masa depan politik umat Islam di Malaysia jadi tidak menentu akibat perpecahan Masa depan politik umat Islam di Malaysia jadi tidak menentu akibat perpecahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81446002317_NasharudinMatIsa.jpg)
Dr Nasharuddin Mat Isa berkata hasil kajian mendapati anak-anak muda yang tidak mempunyai kawan dan bersikap selalu memandang dirinya sahaja yang betul sebenarnya mudah terpengaruh dengan fahaman radikal. - Gambar Facebook / Fail
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Duta Malaysia minta Sri Dewi Sulistina buat aduan rasmi Duta Malaysia minta Sri Dewi Sulistina buat aduan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468245850_DSZahrainMohamed.jpg)
Duta Malaysia minta Sri Dewi Sulistina buat aduan rasmi
Dakwaan wanita itu kononnya beliau ditahan tanpa sebarang alasan adalah sesuatu yang serius dan pihak kedutaan berharap beliau membuat aduan rasmi bagi membolehkan kes itu disiasat.
![Rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan pemeriksaan, pengawasan ketat Indonesia - Duta Rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan pemeriksaan, pengawasan ketat Indonesia - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468245850_DSZahrainMohamed.jpg)
Rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan pemeriksaan, pengawasan ketat Indonesia - Duta
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata pemeriksaan ketat dan menyeluruh di lapangan terbang adalah prosedur biasa kawalan keselamatan.
![Jokowi dijadual lawat Malaysia 5 Feb ini Jokowi dijadual lawat Malaysia 5 Feb ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/51403256128_295x200.jpg)
Jokowi dijadual lawat Malaysia 5 Feb ini
Malaysia diberi penghormatan oleh Republik Indonesia apabila Presiden Jokowi memilih negara itu sebagai yang pertama untuk lawatan rasmi luar negaranya.
![Zahrain terima watikah pelantikan Duta Besar M'sia ke Indonesia Zahrain terima watikah pelantikan Duta Besar M'sia ke Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/61378390791_295x200.jpg)
Zahrain terima watikah pelantikan Duta Besar M'sia ke Indonesia
Zahrain merupakan Pengerusi Hongkew Holdings Sdn Bhd dan juga penaung kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.