Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini meminta seorang rakyat Indonesia, Sri Dewi Sulistina, supaya membuat aduan rasmi mengenai dakwaan kononnya beliau dianiayai pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan dilarang memasuki Malaysia tanpa sebab.
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata dakwaan wanita itu kononnya beliau ditahan tanpa sebarang alasan adalah sesuatu yang serius dan pihak kedutaan berharap beliau membuat aduan rasmi bagi membolehkan kes itu disiasat.
Katanya pihak kedutaan telah menghubungi Putrajaya bagi mendapatkan maklumat tetapi pihak berkuasa mengesahkan setakat ini tiada sebarang aduan diterima mengenai kes itu.
"Kita tidak dapat menyiasat jika tiada aduan dan wanita itu hanya membuat dakwaan dalam akhbar sahaja," katanya kepada Bernama di sini.
Zahrain berkata memandangkan wanita itu adalah dari Medan, beliau boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan untuk membuat aduan rasmi dan pihak kedutaan memberi jaminan kes itu akan disiasat sebaik menerima aduannya.
Sri Dewi Sulistina, 28, dalam sidang medianya semalam mendakwa diberi layanan buruk ketika hendak berkunjung ke Malaysia dan ditahan oleh pihak Imigresen sebelum dideportasi tanpa sebarang alasan.
Beliau berkata dalam kejadian pada 17 Ogos itu, beliau yang berlepas dari Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, memasuki Malaysia melalui klia2 pada pukul 12 tengah malam waktu Malaysia.
Katanya ketika pemeriksaan Imigresen, beliau diminta masuk ke pejabat Imigresen klia2 dan seorang pegawai Imigresen bertanyakan tujuan memasuki Malaysia kerana pasportnya menunjukkan beliau sering masuk-keluar negara itu.
Setelah menyatakan beliau sekadar bercuti dan mahu bertemu temannya, wanita itu diarah supaya memberi keterangan di Pejabat Imigresen di Jalan Duta.
Katanya pihak Imigresen di Jalan Duta kemudiannya keliru dan menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah.
Sri Dewi Sulistina berkata setelah kembali ke pejabat Imigresen klia2, beliau kemudiannya ditahan dan dimasukkan ke dalam sel tahanan selama dua hari sebelum dihantar pulang ke Medan manakala pasportnya dicop tidak dibenarkan mendarat (Not To Land).
Bernama
Fri Aug 26 2016
![Duta Malaysia minta Sri Dewi Sulistina buat aduan rasmi Duta Malaysia minta Sri Dewi Sulistina buat aduan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468245850_DSZahrainMohamed.jpg)
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata memandangkan wanita itu adalah dari Medan, beliau boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan untuk membuat aduan rasmi. - Gambar fail
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Duta Malaysia minta Sri Dewi Sulistina buat aduan rasmi Duta Malaysia minta Sri Dewi Sulistina buat aduan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468245850_DSZahrainMohamed.jpg)
Duta Malaysia minta Sri Dewi Sulistina buat aduan rasmi
Dakwaan wanita itu kononnya beliau ditahan tanpa sebarang alasan adalah sesuatu yang serius dan pihak kedutaan berharap beliau membuat aduan rasmi bagi membolehkan kes itu disiasat.
![Rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan pemeriksaan, pengawasan ketat Indonesia - Duta Rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan pemeriksaan, pengawasan ketat Indonesia - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468245850_DSZahrainMohamed.jpg)
Rakyat Malaysia tidak perlu panik dengan pemeriksaan, pengawasan ketat Indonesia - Duta
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata pemeriksaan ketat dan menyeluruh di lapangan terbang adalah prosedur biasa kawalan keselamatan.
![Jokowi dijadual lawat Malaysia 5 Feb ini Jokowi dijadual lawat Malaysia 5 Feb ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/51403256128_295x200.jpg)
Jokowi dijadual lawat Malaysia 5 Feb ini
Malaysia diberi penghormatan oleh Republik Indonesia apabila Presiden Jokowi memilih negara itu sebagai yang pertama untuk lawatan rasmi luar negaranya.
![Zahrain terima watikah pelantikan Duta Besar M'sia ke Indonesia Zahrain terima watikah pelantikan Duta Besar M'sia ke Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/61378390791_295x200.jpg)
Zahrain terima watikah pelantikan Duta Besar M'sia ke Indonesia
Zahrain merupakan Pengerusi Hongkew Holdings Sdn Bhd dan juga penaung kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.