Malaysia Airlines (MAS) menyemak semula dasar bagasi daftar masuknya.
Berkuat kuasa 28 Mei, penumpang dibenarkan mendaftar masuk maksimum dua bagasi percuma, masing-masing seberat 30 kilogram (Ekonomi), 40 kilogram (Bisnes) dan 50 kilogram (Kelas Satu).
Syarikat penerbangan negara itu juga menyemak semula beberapa kadar baharu untuk bayaran bagasi berlebihan muatan mengikut kadar blok setiap 5 kilogram.
Untuk perjalanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kadar baharu ialah RM45, antara Semenanjung dan Sabah atau Sarawak (RM55), Asean (RM70), Asia Selatan/China (RM100), Asia Utara/Australia, New Zealand dan Timur Tengah (RM115) dan Eropah RM170.
"Semakan semula itu terpakai untuk semua tiket, tanpa mengira tarikh dikeluarkan untuk perjalanan dari 28 Mei, 2014 dan seterusnya," kata MAS dalam satu kenyataan.
Ia berkata peruntukan bagasi bayi yang kini 10 kilogram satu dan pengangkutan air Zamzam dari tanah suci, tidak berubah.
Bagi penumpang yang mengerjakan Umrah dan Haji, peruntukan khas 10 kilogram setiap botol 10 liter air Zamzam dibenarkan dari Jeddah-Kuala Lumpur dan destinasi seterusnya.
Peruntukan itu adalah tambahan kepada Elaun Bagasi Percuma dua bagasi setiap satu seberat 50 kilogram untuk Kelas Satu, dua beg setiap satu 40 kilogram untuk Kelas Bisnes dan dua beg setiap satu 30 kilogram bagi Kelas Ekonomi.
Ahli Enrich dan oneworld layak memperoleh berat muatan tambahan berdasarkan status keahlian mereka.
Bernama
Mon May 26 2014
Syarikat penerbangan negara itu juga menyemak semula beberapa kadar baharu untuk bayaran bagasi berlebihan muatan.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Pos Laju jangka urus 250 tan bagasi jemaah haji tahun ini
Anggaran bagasi itu akan meyantuni lebih daripada 11 juta alamat.
Syarikat tampil dakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 milik mereka
Siasatan sedang dijalankan polis untuk memastikan wang itu benar milik syarikat terbabit.
Elak tertukar bagasi, pelajar UPSI hasilkan penanda beg bantu jemaah umrah
Penghasilan penanda beg yang menggunakan getah elastik, velcro tape, benang sulam, labuci, manik dan butang melibatkan lima pelajar.
22 ular dirampas daripada wanita yang tiba dari KL di Lapangan Terbang Chennai
Penumpang wanita itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan AirAsia pada Jumaat.
Mayat dikerat 5, disumbat dalam bagasi ditemukan
Pihak polis mengesahkan penemuan mayat tanpa kepala yang ditinggalkan dalam sebuah bagasi di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara di sini pagi Selasa.
Penerbangan pertama pesawat komersial sebagai kargo, bawa bekalan perubatan
Selain tempat duduk penumpang, tempat letak bagasi juga digunakan bagi mengisi bekalan-bekalan tersebut.
Gara-gara bawa burung kering naik pesawat, bagasi penumpang dirampas
Pihak berkuasa Amerika Syarikat merampas sebuah bagasi penumpang yang memuatkan paket berisi burung kering di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles , berhampiran Washington DC, Amerika Syarikat (AS).
Demi hiburkan penumpang, pramugari sanggup 'menyorok' dalam ruang simpanan bagasi
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tersebut berkata pramugari itu hanya ingin menghibur dan berseronok dengan penumpang.
Video tular: Campak air zamzam, kakitangan Pos Malaysia digantung kerja
Pos Malaysia Berhad di laman media sosial Facebook, pihaknya juga turut memohon maaf di atas kejadian terpencil tersebut.
GTR AirAsia perkenalkan pusat kawalan digital pertama di Malaysia
Dengan mendigitalkan operasi, proses kemasukan pintu akan dilaksanakan melalui telefon pintar oleh kakitangan perkhidmatan pelanggan.