Kuala Lumpur: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melalui perkhidmatan kuriernya, Pos Laju menganggarkan sebanyak 250 tan bagasi haji akan dikirim oleh jemaah negara yang menunaikan rukun Islam kelima musim ini di Tanah Suci.
Anggaran bagasi itu, kata Pengarah Operasi Pos Malaysia, Zaini Yahman, akan meyantuni lebih daripada 11 juta alamat.
Dalam masa sama, kata beliau, kadar yang ditetapkan pada tahun ini dalam mata wang Arab Saudi iaitu sebanyak 18 Riyal sekilo untuk hantaran ke Semenanjung Malaysia, manakala 23 saudi Riyal untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
“Kaedah pembayaran yang tersedia adalah transaksi dalam Riyal Saudi di kaunter di Mekah dan Madinah atau tunai ketika penghantaran (COD) setelah menerima penghantaran mereka di Malaysia,” jelasnya.
Zaini berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI di Ibu Pejabat Pos Besar Malaysia, di sini, hari ini.
Dalam usaha memudahkan urusan penghantaran barang jemaah, perkhidmatan Pos Laju juga, kata beliau, menyediakan kemudahan kotak yang datang dalam tiga saiz, kecil, sederhana dan besar yang dianggar akan sampai ke destinasi dalam tempoh tujuh hingga 14 hari bekerja.
Bagaimanapun, kata Zaini, untuk pengiriman kitab suci al-Quran pula, prosedurnya agak berbeza kerana ia memerlukan pengendalian khusus untuk menjaga kesucian kitab itu.
“Perkhidmatan ini boleh didapatkan di hotel-hotel terpilih dengan penawaran pengambilan percuma turut disediakan.
“Antara hotel tersebut termasuk di Abraj al-Janadriyah, Qasr al-Janadriyah, Masat al-Badaya, Zwar al-Bit, al-Fajer al-Badya 2, dan Jawharat al-Bit di Makkah serta Emmar Royal di Madinah,” ujar beliau lagi.
Zaini turut memaklumkan, kakitangan Pos Malaysia di lokasi-lokasi berkenaan disokong oleh 30 kakitangan tempatan yang bersedia membantu memenuhi segala keperluan jemaah haji Malaysia.
Sejak 1998, Pos Malaysia telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk meneruskan perkhidmatan sebagai penyedia kiriman pengurusan barangan peribadi jemaah untuk musim haji tahun ini.
Seiring ketibaan musim haji 2024, Pos Laju kekal bersedia untuk memelihara kesucian dan kepentingan ibadah bagi semua jemaah, dengan menawarkan pengalaman perkhidmatan yang dipertingkatkan sepanjang tempoh musim tersebut.
Zaini berkata, Pos Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional komited menyediakan penyelesaian penghantaran komprehensif untuk bagasi dan kotak, sama ada ke Malaysia atau negara-negara ASEAN terpilih.
Nabilah Khaleeda
Tue May 14 2024

Pos Malaysia menganggarkan sebanyak 250 tan bagasi haji akan dikirim oleh jemaah negara yang menunaikan rukun Islam kelima musim ini di Tanah Suci.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pengawasan udara 24 jam sepanjang musim ibadah haji
Pengawasan udara itu penting untuk memantau kepadatan jemaah di satu-satu lokasi bagi mengenal pasti sebarang ancaman kepada keselamatan jemaah.

Teksi terbang mula digunakan pada musim haji tahun ini!
Perkhidmatan teksi udara elektrik itu akan digunakan secara eksperimen untuk pengangkutan jemaah antara Mina, Muzdalifah dan Arafah untuk haji tahun ini.

Arab Saudi perhebat penguatkuasaan, kerah EV berkuasa AI
Lucid akan mempunyai beberapa ciri keselamatan, disokong oleh teknologi AI, dalam usaha pasukan keselamatan Saudi dalam mencapai misi mereka.

Hospital, pusat kesihatan Arab Saudi siap sedia untuk musim haji
Hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.

Bertongkat akibat kanser tulang tidak luntur semangat guru tahfiz tunai haji
Azaha Ahmad hidap kanser tulang sejak berusia 25 tahun dan kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga paras lutut.

Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 April 2024.

Konflik Iran-Israel: Persiapan musim haji 2024 diteruskan setakat ini - Mohd Na'im
Tabung Haji (TH) setakat ini masih meneruskan persiapan bagi musim Haji 2024 seperti yang dirancang susulan ketegangan yang memuncak di Asia Barat.

Arab Saudi ulangi amaran hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit
Kerajaan Arab Saudi mengulangi amaran akan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana individu yang mengerjakan ibadah haji tanpa permit yang sah.

Tren Mekah-Madinah tingkat perkhidmatan 126 kali sehari sepanjang musim haji
Perkhidmatan berkelajuan tinggi Tren Ekspres Haramain akan membuat lebih dari 3,400 perjalanan di sepanjang laluan selama dua jam 20 minit.