ALL Nippon Airways (ANA) melakukan inisiatif pertama menggunakan pesawat komersial sebagai kargo.
Penerbangan dari Shanghai ke Tokyo itu membawa bekalan perubatan untuk kes-kes melibatkan COVID-19, termasuk topeng muka, pakaian perlindungan diri dan bekalan lain.
Ia diletakkan di dalam kotak yang diikat rapi di tempat duduk penumpang.
Selain tempat duduk penumpang, tempat letak bagasi juga digunakan bagi mengisi bekalan-bekalan tersebut.
Penerbangan itu mendarat di Lapangan Terbang Haneda pada Rabu.
ANA berharap dapat memenuhi permintaan mengangkut barang antarabangsa seperti penghantaran kecemasan dengan menggunakan pesawat kargo mereka sendiri.
Ia juga berhasrat dapat terus menggunakan tempat duduk penumpang sebagai ruang kargo untuk laluan dari Shanghai ke Tokyo dan memperluas laluan dengan mengambil kira permintaan.
Astro Awani
Thu Apr 23 2020

Kotak berisi bekalan perubatan diikat rapi di tempat duduk penumpang di dalam pesawat ANA yang terbang dari Shanghai ke Tokyo, 22 April, 2020. (Foto AP)
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Penumpang gigit lengan kru kabin, pesawat All Nippon Airways terpaksa berpatah balik
Sebuah pesawat All Nippon Airways Jepun dari Tokyo ke Seattle, Amerika Syarikat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo.

Penerbangan pertama pesawat komersial sebagai kargo, bawa bekalan perubatan
Selain tempat duduk penumpang, tempat letak bagasi juga digunakan bagi mengisi bekalan-bekalan tersebut.