KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan baik dalam menjaga keselamatan perairan negara sejak penubuhannya 19 tahun lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, dengan bantuan Maritim Malaysia, empat sektor penyumbang ekonomi maritim iaitu perikanan, pelancongan, perkapalan dan hidrokarbon dapat dijalankan dengan selamat.
"Melihat kepada kepentingan berkenaan, Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyalurkan peruntukan besar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan Maritim Malaysia mempunyai aset baharu yang berkeupayaan tinggi.
"Dalam pada itu, ia juga untuk menyelenggara aset-aset sedia ada agar agensi ini dapat melaksanakan pengawasan dan operasi di Zon Maritim Malaysia dengan sempurna," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Ke 19 (HUT19) Maritim Malaysia di Kuantan pada Khamis.
Bersempena HUT19, tema 'Maritim Perkasa Melestarikan Madani' telah diangkat bagi mencerminkan tekad, komitmen dan keseriusan agensi itu dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara seiring Enam Nilai Teras yang terkandung di dalam Malaysia Madani iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.
Mengulas lanjut tentang aset baharu Maritim Malaysia, Shamsul berkata, Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) telah diserahkan kepada Maritim Malaysia pada 2 Januari lalu.
Katanya, selain itu, KDN baru-baru ini telah mengeluarkan Surat Setuju Terima bagi perolehan empat helikopter bersaiz sederhana model Agusta Westland 189 untuk mempertingkatkan lagi pemantauan udara di kawasan sempadan negara khususnya di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, Maritim Malaysia turut diminta untuk meningkatkan pelaksanaan operasi bersepadu bersama agensi yang berkaitan bagi memastikan perairan negara kekal selamat daripada pelbagai ancaman jenayah.
Untuk rekod pada 2023, lebih 181,000 pemeriksaan, 43,000 penggeledahan dan 1,200 jumlah tangkapan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan Maritim Malaysia.
"Manakala nilai rampasan yang berjaya dikutip sepanjang tahun 2023 adalah kira-kira RM101.9 Juta.
"Bagi Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat), Maritim Malaysia telah melaksanakan sebanyak 237 operasi melibatkan pelbagai insiden di laut pada tahun yang sama.
"Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,369 mangsa telah berjaya diselamatkan oleh agensi ini," katanya.
Astro Awani
Thu Feb 15 2024
Maritim Malaysia diminta untuk meningkatkan pelaksanaan operasi bersepadu bersama agensi yang berkaitan bagi memastikan perairan negara kekal selamat dari pelbagai ancaman jenayah. - Gambar/ Maritim Malaysia
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
KDN rampas penerbitan, alat permainan seks bernilai RM1.2 juta
Sejumlah 19,924 hasil penerbitan dan alat permainan seks dirampas dalam Ops Cetak 1.0 yang dilaksanakan oleh KDN di seluruh negara.
Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai
Keputusan awal dalam Pilihan Raya Presiden ke-14 Iran mendapati Massoud Pezeshkian mendahului setakat ini.
KDN bangunkan pelan induk kawalan keselamatan sempadan
KDN sedang membangunkan Pelan Induk KDN Berhubung Kawalan Keselamatan Sempadan Negara dalam usaha mengukuhkan lagi keselamatan di sempadan.
Ancaman Daesh: Pasukan keselamatan sentiasa siap sedia - Saifuddin
Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dalam menangani sebarang ancaman terutamanya melibatkan elemen kumpulan ekstremis Daesh.
Laporan JNAS: KDN garis tiga perkara untuk lonjak ke Tahap 1
KDN komited untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai Pemerdagangan Orang ke Tahap 1.
Malaysia naik ke Tahap 2 laporan pemerdagangan manusia AS
Peningkatan itu strategik dan signifikan kerana Malaysia sebelum ini dinilai pada Tahap 3 Pemerhatian pada 2023 dan kali terakhir berada di Tahap 2 adalah pada tahun 2017.
Jangan politikkan program penerangan kewarganegaraan - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan sebarang program taklimat dan penerangan berkaitan kewarganegaraan yang dianjurkan di pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).
Lebih 2,000 kes permohonan kewarganegaraan selesai
Kementerian Dalam Negeri menyelesaikan sebanyak 2,373 kes permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan sehingga 24 Mei 2024.
DSA NATSEC Asia 2024 buka peluang integrasi teknologi terkini dalam keamanan negara
Penganjuran DSA NATSEC Asia 2024 memberi peluang kepada syarikat industri pertahanan dan keselamatan tempatan memperkenalkan serta mempamerkan keupayaan masing-masing selari dengan kemajuan teknologi.
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.