KUALA LUMPUR: Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Geno Group dan ACO Techtelah mengeluarkan Kertas Putih Versi 1 yang komprehensif untuk meneroka teknologi blok rantai (blockchain) dan penyelesaian ekonomi berasaskan token (tokenomics) dalam ekosistem mobiliti Malaysia.
MARii berkata, inisiatif dan pelaksanaannya merupakan langkah penting dalam menggunakan teknologi terus ke pelanggan (W3-D2C) dikuasakan oleh Web 3 bagi menyokong pertumbuhan perniagaan yang mampan.
Pendekatan tokenomics dikomersialkan yang dibentangkan dalam kertas putih akan melengkapkan penyelesaian MARii dan ACO Tech untuk Platform Perkhidmatan e-Mobility (eMSP), ia merupakan bahagian penting dalam Wawasan Mobiliti Terhubung kerajaan bertujuan mempercepatkan pembangunan xEV infrastruktur di Malaysia seiring dengan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARii, Azrul Reza Aziz berkata, Kertas Putih Versi 1 adalah langkah penting dalam menggunakan teknologi W3-D2C dikuasakan Web 3 dalam persekitaran industri.
"Inisiatif ini menandakan satu langkah penting bagi industri mobiliti Malaysia ke arah kemampanan dan kecekapan lebih baik. Ia sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk mencapai 20 peratus Kenderaan Elektrik (xEV) menjelang tahun 2030, sebanyak 50 peratus menjelang 2040 dan 80 peratus menjelang 2050," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut kenyataan itu, MARii berkata, semua pihak akan memastikan bahawa inisiatif ini akan mematuhi rangka kerja undang-undang sedia ada dan mengekalkan ketelusan penuh.
Mereka juga akan bekerjasama rapat dengan pengawal selia untuk menegakkan integriti dan kesahihan aplikasi industri pertama tokenisasi aset dunia sebenar (RWA) dalam sistem mobiliti elektrik, katanya.
"Penyelesaian tokenisasi RWA digariskan dalam kertas putih berkenaan mengutamakan privasi data dan kedaulatan, membolehkan pengewangan data dan memupuk ekosistem mampan untuk menarik pelabur strategik dan rakan kongsi perniagaan jangka panjang," katanya.
MARii berkata, Kertas Putih Versi 1 itu juga memperincikan cara mendapatkan pembiayaan untuk infrastruktur dan memastikan pulangan pelaburan (ROI) melalui kontrak jangka panjang dengan faedah terjamin.
"Selain itu, pelanggan juga diberi insentif untuk mengambil bahagian dalam membina ekosistem manakala pemilik jenama pengeluar peralatan asal (OEM) boleh berinteraksi secara langsung dengan pelanggan mereka dengan cara yang lebih menjimatkan kos," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Geno, Ian Zhang berkata, syarikat itu komited untuk membantu pelanggannya dalam perjalanan transformasi mereka, beralih daripada industri tradisional dengan penggunaan teknologi termaju melalui inisiatif tersebut.
Kertas Putih Versi 1 menggariskan komitmen kukuh terhadap kemajuan teknologi dan pematuhan kawal selia, memperincikan beberapa aplikasi menggunakan penyelesaian rantaian blok rantai Geno termasuk pengurusan rantaian bekalan, kitar semula untuk ekonomi kitaran dan penjejakan kredit karbon. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024
![MARii, Geno dan ACO Tech keluarkan kertas putih mengenai teknologi blok rantai, tokemonic MARii, Geno dan ACO Tech keluarkan kertas putih mengenai teknologi blok rantai, tokemonic](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718008790_AzrulRezaAziz.jpg)
Azrul Reza berkata, Kertas Putih Versi 1 adalah langkah penting dalam menggunakan teknologi W3-D2C dikuasakan Web 3 dalam persekitaran industri. - Gambar marii.my
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Kerajaan tubuh zon perindustrian industri automotif Kerajaan tubuh zon perindustrian industri automotif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41582288227_TBAUTOMOTIVE.jpg)
Kerajaan tubuh zon perindustrian industri automotif
Pelabuhan Klang diharap menjadi zon yang akan merangsang aktiviti termasuk pengkitaran dan pembuatan semula untuk industri.