Kerajaan sedang berusaha mewujudkan zon perindustrian khusus untuk amalan perniagaan pusingan ekonomi bagi industri automotif.
Ketua Pegawai Eksekutif Institiut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARII) Datuk Madani Sahari berkata cadangan buat masa sekarang adalah Pelabuhan Klang - zon industri khusus ini akan merangsang aktiviti termasuk pengkitaran dan pembuatan semula untuk industri.
"Sebagai contoh, bateri hibrid (untuk kenderaan), anda perlu mengitar semula mereka tetapi kita tidak mempunyai keupayaan untuk mengitar semula di sini, malahan, bateri hibrid Volvo, terpaksa dihantar kembali ke Sweden bagi tujuan proses kitar semula.
"Untuk mengelakkan pembaziran logistik, kami merancang membuat kitaran semula di Malaysia, tetapi bagi tujuan ini, kita memerlukan zon dan standard yang betul," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Dasar Automotif Kebangsaan 2020 (NAP 2020) pada Jumaat.
Sebagai sebahagian daripada zon perindustrian yang dihasratkan, Madani juga berharap agar dibina fasiliti untuk menguji kereta tempatan terpakai sebelum dieksport ke pasaran luar negara.
"Kami berharap lokasi ini akan dimuktamadkan dalam tempoh 12 bulan akan datang, yang dijangka mempunyai sekurang-kurangnya 40.46 hektar tanah.
"Kami masih belum mengenal pasti pelabur untuk zon industri buat masa sekarang," tambah beliau lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 21 2020

Cadangan buat masa sekarang adalah Pelabuhan Klang - zon industri khusus ini akan merangsang aktiviti termasuk pengkitaran dan pembuatan semula untuk industri. - Gambar hiasan/freepik.com

Hari Nyepi: Pengangkutan dan telekomunikasi ditutup 24 jam di Bali
Penutupan pada 29 Mac itu bagi menghormati Hari Nyepi yang merupakan perayaan agama Hindu mengikut kalendar Bali.

Bazar Ramadan Sabindo Plaza perkenal makanan etnik di Tawau
Bazar Ramadan Sabindo Plaza di Tawau yang menempatkan lebih 100 gerai makanan dan minuman menjadi simbol keharmonian kerana dikunjungi masyarakat berbilang kaum.

Iran berbincang dengan Arab Saudi, Mesir mengenai Gaza
Arab Saudi terus mengutuk pencerobohan Israel dan menekankan keperluan untuk penyelarasan serantau bagi mengelakkan ketegangan.

Isu 'pengemis jadian' perlu ditangani dengan berhemah
Dalam menangani isu itu, pihak berkuasa turut memerlukan kerjasama daripada masyarakat setempat, bagi memastikan ia dapat diselesaikan dengan baik.

Rakyat Malaysia pemurah, prihatin hulur sumbangan - Nancy
Semakin ramai mendapatkan panduan daripada kementerian serta agensi berkaitan mengenai platform yang sesuai untuk menyalurkan sumbangan.

Produk kecantikan seludup dari Thailand dijual mahal tanpa cukai, kelulusan KKM
Aktiviti ini bukan perkara baharu malah semakin membimbangkan, dengan banyak rampasan besar-besaran dibuat Pasukan Gerakan Am (PGA).

Dua pelajar cedera, langgar tali tangsi layang-layang
Kejadian lebih kurang jam 6.30 petang itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli juadah berbuka di bazar berhampiran.
AWANI Ringkas: Semua sekolah terjejas banjir dapat bantuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penduduk Paris mengundi referendum zon bebas kereta
Penduduk Paris dijemput mengundi pada Ahad untuk menentukan sama ada zon bebas kenderaan akan diwujudkan di kawasan itu, lapor agensi berita Jerman DPA.
Rundingan gencatan senjata sementara perang Rusia-Ukraine berlangsung di Jeddah
Rusia dan Ukraine dijangka membincangkan butiran 'gencatan senjata separa' dalam rundingan yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada Ahad.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

MATEC 2024: Peluang anak muda terokai industri automotif
Tinjaun Astro AWANI mendapati anak-anak muda menyifatkan MATEC 2024 sebagai platform untuk mempelajari selok-belok industri automotif.

SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia
Acara yang sedang berlangsung di di KL Base, Sungai Besi tampilkan legenda automotif Shoji Inoue, Jin Horino dan Daijiro Inada dari Jepun.

Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan

Kemunculan kenderaan perisai Tarantula, Rentaka jadi tumpuan ramai pada Malaysia Autoshow 2024
Penyertaan kali pertama Mildef memberi peluang kepada peminat automotif mendekati kenderaan perisai yang dibangunkan syarikat tempatan itu.

Untung bersih DRB-Hicom susut 15.2 peratus disebabkan caj cukai lebih tinggi
Bagaimanapun, kumpulan itu merekodkan pertumbuhan 5.0 peratus dalam PBT kepada RM210.76 juta berbanding RM200.77 juta sebelumnya.

Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.

Elegan dan premium, Honda lancar CR-V serba baharu
CR-V serba baharu menawarkan pilihan khusus untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelbagai pelanggan.

Pembangunan AHTV di Tanjung Malim tingkat nilai pelaburan hingga RM40 bilion - MB
Faktor utama peningkatan nilai pelaburan AHTV itu dipengaruhi oleh pemindahan operasi Proton dari Shah Alam ke Tanjung Malim.

Proton buka pusat pengalaman digital automotif pertama di Malaysia
'Proton Digital Xperience' (Proton DX) disasarkan untuk menjadi hab bagi peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat umur.