MARA Digital di Sungai Rambai, Melaka dan Larkin, Johor akan beroperasi awal tahun hadapan dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam peniagaan runcit industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini, seramai 109 usahawan Bumiputera menerima manfaat berniaga di empat buah MARA Digital iaitu di Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor, Ipoh,Perak dan Kuantan.
Beliau berkata kementeriannya akan terus meneliti peluang untuk merealisasikan hasrat mewujudkan sekurang-kurangan sebuah MARA Digital di setiap negeri, kerana produk berkaitan ICT mempunyai pasaran yang luas.
"Matlamat jangka panjang kementerian ialah memperluaskan MARA Digital ke peringkat daerah, selepas berjaya membuka MARA Digital di semua negeri. Bagaimanapun, untuk peringkat daerah, skalanya lebih kecil seperti di arked MARA.
"Kita tidak mahu Bumiputera ketinggalan dalam perniagaan ICT yang merupakan perniagaan alaf baharu sedangkan mereka adalah pembeli terbesar gajet ICT," katanya pada sidang media selepas merasmikan MARA Digital Kuantan di Plaza Gambut di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata kementerian memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri untuk membantu mengenal pasti bangunan milik mereka yang boleh dibangunkan sebagai MARA Digital, seperti di Sungai Rambai yang diwujudkan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).
Ini bagi memudahkan kementerian untuk memberi pengecualian bayaran sewa selama enam bulan kepada usahawan yang menjalankan perniagaan di MARA Digital sebagai tarikan kepada peniaga dan untuk membantu mereka mengukuhkan kewangan sebelum membayar sewa, katanya.
Ismail Sabri berkata sambutan pengunjung ke MARA Digital juga adalah baik merujuk kepada jumlah jualan yang dicatatkan oleh MARA Digital Kuala Lumpur sebanyak RM28.3 juta sejak ditubuhkan pada Disember 2015.
"Kita bagaimanapun mengakui berlaku sedikit kemerosotan di MARA Digital Anggerik Mall Shah Alam kerana kedudukannya yang agak tersorok dan persaingan daripada beberapa pusat beli-belah sekitarnya selain tiada tarikan kedai lain di situ untuk pengunjung datang.
"Proses untuk mengatasinya sedang dilakukan... kita berharap Kementerian Kewangan boleh bersetuju dengan cadangan kementerian untuk mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di situ bagi menarik kehadiran orang ramai yang mahu berurusan dengan jabatan kerajaan," katanya.
Mengulas mengenai MARA Digital Kuantan yang setakat ini menawarkan 18 ruang niaga, Ismail Sabri berkata keunikannya ialah terdapat ruangan jualan produk usahawan desa dan beliau berpendapat idea itu boleh diteruskan di negeri lain.
Katanya, pembeli juga tidak perlu bimbang dengan risiko membeli produk palsu kerana dasar kementerian mewajibkan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam jawatankuasa MARA Digital memastikan ketulenan produk.
Ismail Sabri berkata untuk memastikan Bumiputera memiliki tenaga mahir dalam pembangunan gajet ICT pada masa hadapan, institusi di bawah kementerian seperti GiatMara telah memulakan kursus berkaitan industri itu.
"GiatMara telah mempunyai kursus jangka pendek membaiki telefon pintar manakala Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Universiti Kuala Lumpur ada menyediakan kursus berkaitan kejuruteraan, perisian komputer dan multimedia.
"Kita tidak mahu Bumiputera hanya menjadi pembeli atau penjual dalam bidang ICT tapi turut bersaing dalam perkhidmatan selepas jualan, sebagai pengedar dan pengimport yang menjanjikan pasaran luas," katanya.
Ismail Sabri berkata kajian dilakukan firma penyelidikan pasaran GFK mendapati rakyat Malaysia berbelanja sekitar RM6.8 bilion untuk membeli telefon pintar bagi tempoh Mac 2016 hingga Feb 2017, meningkat daripada RM5.4 bilion pada 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2017
Ismail Sabri berkata sambutan pengunjung ke MARA Digital juga adalah baik merujuk kepada jumlah jualan yang dicatatkan oleh MARA Digital Kuala Lumpur sebanyak RM28.3 juta sejak ditubuhkan pada Disember 2015. -Gambar fail
Pelarasan semula bakal impak 2.5 juta individu - MB Johor
Penyelarasan semula cuti hujung minggu Johor kepada hari Sabtu dan Ahad akan memberi impak terhadap 2.5 juta individu di negeri berkenaan.
Lebih 122,000 murid Tahun Satu gagal kuasai 3M
Antara faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut termasuklah pandemik Covid-19, kemiskinan, dan kanak-kanak berkeperluan khas.
Ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Isnin mengeluarkan amaran ribut petir atau hujan lebat di tujuh negeri.
Penempatan semula guru ditangguhkan - Fadhlina
Keputusan untuk penempatan semula 134 guru sekolah Cina di Pasir Gudang, Johor ke sekolah lain telah ditangguhkan buat sementara waktu sehingga semua isu berkait dengan keputusan itu diselesaikan.
Malaysia fokus isu keamanan dan kestabilan serantau di Sidang Kemuncak ASEAN - Duta
Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN akan memfokuskan kepada beberapa isu utama antaranya melibatkan keamanan dan kestabilan serantau serta integrasi ekonomi serantau.
Program Tuisyen Rakyat Selangor diperluas, tingkat literasi, numerasi murid - MB Selangor
Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) akan diperluas kepada 17,000 murid di negeri ini bagi meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi asas mereka.
Fatwa berkaitan GISB akan diwarta dalam masa terdekat - Exco Selangor
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang menfatwakan amalan dan kepercayaan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebagai menyeleweng daripada akidah Islam sebenar dijangka akan diwartakan d
154 ikan larangan bernilai RM13,000 dirampas di Perak
Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata rampasan terhadap ikan larangan itu melibatkan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.
Harimau Malaya sukar cari lawan, mereka ada komitmen lain - Yusoff Mahadi
Banyak pasukan yang menduduki ranking terbaik dunia menunjukkan minat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya.
Gagal hadir prosiding, 'Hot Daddy' dan dua wanita dikenakan waran tangkap
Hakim menbgeluarkan waran tangkap itu selepas ketiga-tiga tertuduh tidak hadir pada sebutan kes itu hari ini, yang bermula pada 9 pagi tadi.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.