MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966 oleh Parlimen melalui Akta MARA hasil daripada Ketetapan Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama pada tahun 1965.
Setelah sekian lama wujud, ramai antara kita yang sudah lupa bahawasanya MARA dipertanggungjawabkan di bawah aktanya untuk melabur, membangun, memfasilitasi dan mendorong aktiviti-aktiviti perindustrian dan komersial untuk mencapai mandat pembangunan sosioekonomi Orang Melayu dan Bumiputera di seluruh pelusuk Persekutuan Malaysia, terutama sekali di kawasan luar bandar.
Mandat yang luas ini bermaksud MARA juga akan menjalankan aktiviti tersebut di dalam sektor pertanian dan perternakan.
Masalahnya MARA sejak tiga dekad yang lalu boleh dikatakan telah leka dan lalai dalam hal ini.
Sebagai contoh program keusahawan di MARA dengan jelas menyatakan sektor pertanian dan penternakan adalah dikecualikan daripada pembiayaan mereka.
Ini amat mengecewakan petani, penternak dan nelayan Melayu dan Bumiputera.
Apabila MARA menubuhkan MARA Corp pada tahun 2016 dan mengumumkan ia akan fokus dalam aktiviti perindustrian dan komersial, telah timbul satu harapan baru yang MARA akan menjalankan tanggungjawab mereka akhirnya.
Namun harapan ini gagal dipenuhi malah nyaris punah pada tahun 2019 apabila Majlis MARA ketika itu mengumumkan hendak menutup MARA Corp dan juga menukar mandat asas MARA sendiri.
Nasib baik perancangan ini tidak dilaksanakan. Beberapa bulan kemudian pengurusan baru yang terdiri dari golongan professional dilantik.
Ini menghidupkan kembali harapan kami untuk melihat Orang Melayu dan Bumiputera menerajui sektor pertanian dan penternakan negara.
Kami yakin masa sudah tiba untuk MARA Corp sebagai syarikat pelaburan induk MARA akan dapat melabur dalam program-program perindustrian dan komersial sektor pertanian dan penternakan berasaskan makanan secara serius dan menyeluruh.
Jika kita lihat kepada sejarah, ia akan menunjukkan pembangunan pertanian di Malaysia mendapat komitmen yang tinggi oleh kerajaan sejak merdeka.
Banyak telah dilakukan untuk mengembangkan dan mempergiat sektor ini melalui beberapa dasar, yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaya dan Rancangan Malaysia setiap lima tahun.
MARA juga pada awalnya memainkan peranan yang besar.
Namun, pada tahun 1980-an, Malaysia sibuk dalam strategi untuk mencapai "status negara maju" melalui penerapan sektor pembuatan dan mempromosikan perindustrian selain dari pertanian sebagai agenda utama dalam pembangunan ekonomi.
Salah satu implikasi dari ini adalah peminggiran sektor pertanian secara mendadak.
Beberapa tahun kebelakangan ini, sektor pertanian mula mendapat semula perhatian di era yang mencabar di mana dunia menghadapi cabaran baru mengenai ketidaktentuan ekonomi, ketidakstabilan politik dunia, dan perubahan iklim.
Pandemik COVID 19 meletakkan pukulan terbaru untuk memberi kesedaran kepada kita tentang kepentingan kecukupan tahap sara diri 100 peratus (SSL) dalam penghasilan makanan negara apabila larangan eksport antarabangsa dikenakan dan rantai logistik tempatan dan dunia terputus dalam masa sukar ini.
Umat Islam di Malaysia pula seolah-olah baru tersedar oleh pembongkaran sindiket kartel daging import dan entah berapa banyak lagi skandal makanan yang pernah kita dengar seperti eksploitasi pasaran ikan pasar selayang, lambakan beras import dan ayam tidak sembelih.
Umat Islam Malaysia perlu akui bahawa kita cukup lemah dalam hal bekalan dan pasaran bahan makanan halal dalam negara sendiri walaupun majoriti petani, penternak dan nelayan di negara ini adalah umat Melayu - Bumiputera - Islam.
Hal ini sebenarnya tidaklah pelik kerana semua orang tahu dalam sistem rantaian bekalan makanan, pihak yang mengeluarkan makanan duduk paling bawah dalam rantaian bekalan dan bukanlah pihak yang akan menguasai industri.
Hanya dengan memperkasakan petani, penternak dan nelayan untuk meningkat naik dalam tangga rantaian bekalanlah yang dapat meningkatkan perkongsian umat Islam dalam mengawal industri bekalan makanan Negara termasuk bekalan makanan import.
Dalam hal ini, boleh dikatakan Felcra dan Felda telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar melalui pembangunan sektor pertanian walaupun diakui masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki kerana mereka terlalu memberi tumpuan kepada hasil tani komoditi seperti kelapa sawit dan getah.
Ini tidak banyak membantu menyesaikan kebergantungan kita kepada bekalan makanan halal dari pihak lain dan tidak membantu Orang Melayu dan Bumiputera menerajui setiap rantaian nilai sektor ini.
MARA pula telah mengecualikan diri dari sektor pertanian dan penternakan. Mereka sepatutnya menjalankan mandat dan tanggungjawab mereka untuk membangun sosio ekonomi Orang Melayu dan Bumiputera melalui sektor ini.
Pergelutan campurtangan politik yang berlaku di MARA Corp baru-baru ini cukup merugikan di kala situasi genting yang sedang melanda negara sekarang.
Masa kita semakin suntuk dan tindakan segera mesti dilaksanakan. Hentikanlah gangguan politik di MARA Corp.
Kembalikan tampuk kepimpinan syarikat kepada pasukan pengurusan asalnya yang terdiri daripada golongan profesional.
Perubahan juga harus dilakukan bermula pada peringkat Lembaga Pengarah.
Buat perubahan ini sebelum segala-galanya terlambat dan kesan ekonomi akibat Covid ini bertambah teruk.
Fitri Amir ialah penyelidik dan aktivis sosio-ekonomi, setiausaha agung di IDRIS Association dan koordinator di Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras Negara (Padi Rescue).
Penulisan artikel ini adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Fitri Amir
Sun Jan 10 2021
Masa sudah tiba untuk MARA Corp sebagai syarikat pelaburan induk MARA melabur dalam program perindustrian dan komersial sektor pertanian dan penternakan berasaskan makanan secara serius dan menyeluruh. -Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang
MARA memaklumkan pihaknya memfailkan writ saman pada 7 Jun 2022 terhadap syarikat yang disyaki menyeleweng dana latihan penerbangan itu.
97,866 peminjam MARA disenarai hitam - Rubiah
Rubiah berkata senarai hitam itu dikenakan terhadap peminjam yang tidak dapat membayar pinjaman dalam tempoh tiga bulan dan hanya terangkum dalam pengurusan MARA sahaja.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.