Tindakan seorang wanita warga Korea membawa masuk daging wagyu ke negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah membawa padah apabila daging itu di rampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
Daging seberat 22.10 kilogram dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas pada Jumaat malam dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Pengarah MAQIS Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata, wanita berusia lingkungan 40-an itu tiba di balai ketibaan LTAPP pada pukul 10.15 malam dengan membawa masuk daging wagyu itu menggunakan dua bekas polisterin.
Wanita berkenaan, kata Zarina, mendakwa daging-daging berkenaan untuk kegunaan sendiri.
Kesemua daging dianggarkan bernilai RM6,000 itu dirampas dan akan dilupuskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Menurut Zarina, daging itu dirampas kerana tiada sebarang dokumen yang sah seperti permit import daripada MAQIS dan sijil kesihatan dari negara asal.
Beliau berkata, perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada MAQIS adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta MAQIS 2011 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta yang sama.
Katanya, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jan 04 2020
Pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia menunjukkan daging wagyu yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, Jumaat malam. - Gambar ihsan MAQIS
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Piza Jofliam wakil Malaysia bertanding di Itali, dapat 'top 4' daripada 50 peserta!
Dari hobi suka-suka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini pempengaruh berjaya bawa resepi pizanya ke Itali mewakili Malaysia.
Projek daging wagyu jetro bagi tarik rakyat Malaysia ke restoran Jepun
Projek itu, yang berlangsung dari 1 Dis 2021 hingga 15 Jan 2022, melibatkan sembilan restoran Jepun di Lembah Klang.
Selain daging wagyu, ini antara makanan termahal di dunia
Jika anda terfikir untuk melepaskan tuntutan nafsu makan dengan makanan yang mewah dan harganya juga mungkin kurang senang didengari.
MAQIS rampas daging wagyu dari Korea tanpa dokumen sah
Daging seberat 22.10 kilogram dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, pada Jumaat malam dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Malaysia import daging wagyu dari Jepun
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata import daging lembu tahun lepas bernilai kira-kira RM2 juta.