PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk produk haiwan melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Rabu lepas.
Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata produk seberat 20 kilogram dianggarkan bernilai RM200 itu cuba dibawa masuk oleh seorang lelaki warga China berusia dalam lingkungan 30-an.
Beliau berkata produk itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Kastam sekitar pukul 6.30 pagi.
"Konsainan itu terdiri daripada lapan kilogram produk itik dan 12 kilogram sosej lembu mentah yang diletakkan di dalam sebuah bagasi, dan ia berisiko membawa masuk penyakit ke dalam negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya produk itu disita kerana tidak mempunyai permit import serta sijil kesihatan dan sijil halal yang sah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023

Produk seberat 20 kilogram dianggarkan bernilai RM200 itu cuba dibawa masuk oleh seorang lelaki warga China berusia dalam lingkungan 30-an. - Gambar/ Sinar Harian

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

JKDM rampas empat kontena daging babi bernilai RM2.7 juta
Daging tersebut dirampas oleh bahagian penguatkuasaan pihaknya dalam operasi pada 13 Feb lepas di Pelabuhan Utara.

Maqis tahan kemasukan mangga dari Thailand dikesan ada serangga perosak
Kesemua barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM8,640 itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.

MAQIS P. Pinang rampas daging kerbau sejuk beku India bernilai lebih RM262,000
Hasil pemeriksaan ke atas kontena yang membawa produk ruminan daging kerbau sejuk beku di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT).

27 tan tulang ikan tuna sejuk beku dari China dirampas Maqis Pulau Pinang
Rampasan dibuat dalam pemeriksaan di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) pada Selasa lepas.

Maqis tahan seekor kucing British Shorthair dari Rusia
Menurut Maqis Selangor, mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytihar maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan adalah suatu kesalahan.

Maqis Johor rampas anak pokok tanaman hiasan bernilai RM119,200
Kesemua anak pokok dirampas kerana tidak mempunyai permit import yang sah untuk tindakan lanjut.

MAQIS Johor rampas udang harimau sejuk beku bernilai RM6,600
Jumlah udang harimau itu melebihi kuantiti yang diikrarkan dan sehubungan itu sebanyak 1,320kg udang harimau dirampas untuk tindakan lanjut.

Maqis rampas 45,000 anak pokok kayu putih cuba dibawa masuk dari China
Anak pokok kayu putih bernilai RM11,700 itu ditemui di dalam empat bagasi yang dibawa oleh seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 50-an.

MAFI waspada tangani jangkitan LSD ke atas lembu tempatan - Che Abdullah
Sebanyak 12,757 premis telah diperiksa melibatkan 168,734 ekor lembu dan daripada jumlah itu, sebanyak 169 ekor lembu dari 101 premis positif LSD.

Maqis Johor rampas 24,925kg susu formula dari Amerika Syarikat
Sebuah kontena membawa 997 beg susu formula didapati mengemukakan sijil kesihatan yang berbeza dengan nombor siri pada labelnya.