Pada 26hb Januari yang lepas, portal berita tempatan Malaysia Kini mengeluarkan berita yang menyatakan bahawa penerbit buku FIXI bakal menerbitkan manuskrip Hikayat Raja Babi yang telah pun berusia hampir 240 tahun, dihasilkan pada 1775.
Menarik untuk diperhatikan bahawa manuskrip ini dihasilkan atas usaha pengarang sendiri, seorang pedagang Jawa yang bernama Usup Abdul Kadir. Berbeza dengan manuskrip Melayu yang lain seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang merupakan penulisan yang dihasilkan untuk menjulang pentadbiran Istana.
Buku yang bakal diterbitkan pada bukan April nanti bakal memberi harapan kepada rakyat umum di negara kita. Melalui berita penterjemahan itu, pelbagai soalan mulai timbul daripadanya. Adakah isinya jelas berbeza dengan hikayat yang lain sezamannya, adakah ianya merupakan salah satu tulisan yang turut memberikan penghargaan yang tinggi kepada sistem feudalisme?
Dan adakah ini merupakan salah satu langkah pertama bagi penerbit mandiri yang lain untuk memulakan proses penterjemahan bagi buku-buku yang lain, yang lebih enak dan kritikal daripada segi intinya?
Pihak Daily Seni berjaya menemuramah Amir Muhammad, selaku peneraju utama syarikat penerbitan FIXI tentang projek terbaru iaitu transliterasi manuskrip lama.
Kenapakah ‘Hikayat Raja Babi’ dipilih untuk diterbitkan semula oleh syarikat penerbitan FIXI, jikalau ingin dibanding dengan manuskrip Melayu yang lain?
Sebab ia belum dirumikan dan saya tertarik dengan tajuknya. Saya nak tahu: Betul ke babi tu jadi raja? Bagaimana? Adakah ia babi sebenar atau sekadar metafora? Dan sebagainya. Syukur, semua soalan dijawab apabila saya membaca naskah rumi.
Adakah syarikat penerbitan FIXI ingin memainkan peranan sebagai jambatan diantara generasi anak muda dan hasil karya kerajaan lama, dimana kebanyakkan sumber yang lama tidak lagi mempunyai daya tarikan yang menarik?
Itu satu impian yang terlalu murni dan tinggi, Kami sekadar nak kongsi keseronokan dengan pembaca kami tanpa mengira umur.
Adakah pendekatan seperti ini merupakan suatu pendekatan untuk meningkatkan minat anak muda untuk menghargai pembacaan buku-buku lama, sebagai proses pengukuhan minda anak muda dari segi konteks sejarah mereka?
Saya rasa buku seharusnya 'dibaca' dan bukannya 'dihargai'. Sesiapa saja boleh membaca dan membuat penilaian sendiri, ia demokratik begitu. 'Penghargaan' sekadar retorik -- contohnya, memberi pingat atau anugerah setelah orang itu mati.
Melalui berita yang dilaporkan di Malaysia Kini, En. Amir menyebut tentang perbezaan manuskrip Hikayat Raja Babi, iaitu hikayat ini dihasilkan bukan dibawah arahan Istana. Apakah perspektif menarik yang dapat dipelajari dan difahami oleh para pembaca nanti?
Apa yang menarik ialah ia diusahakan oleh pengarangnya sendiri, jadi ia boleh dilihat sebagai "karya independen" waktu itu. Dia bebas menulis apa saja sebab ia untuk hiburannya sendiri dan ia dibaca pun oleh ahli keluarga dan kawan-kawannya; ia tidak diperdagangkan. Ia bukannya bertujuan untuk menggembirakan Sultan atau penjajah jadi tidak ada agenda membodek.
FIXI Retro sebelum ini juga pernah menerbitkan hasil penulisan Usman Awang, apakah karya-karya lain yang dapat dikirakan berbaloi untuk diterbitkan semula oleh pihak penerbitan FIXI?
Sebelum ini kami terbitkan novel P. Ramlee (SITORA HARIMAU JADIAN) dan kumpulan cerpen Usman Awang (YANG NAKAL-NAKAL). Dari segi jualan, tidaklah sebanyak novel-novel kontemporari yang kami terbit. Ia lebih untuk meraikan sesuatu yang pernah wujud dan mungkin masih dapat dinikmati oleh pembaca kami. Selepas ini Fixi retro akan terbitkan karya Hamzah Hussein yang pernah menjadi penulis cerpen dan juga penulis skrip untuk Cathay Keris khususnya pada tahun 1960an. Karyanya sangat urban, penuh dengan gangster, pelacur dan romantisme kota.
Apakah kayu ukur utama bagi syarikat penerbitan FIXI di dalam menentukan karya yang harus diterbitkan semula?
Sama ada ia seronok dibaca atau tidak.
Apakah halangan utama yang dihadapi oleh pihak FIXI untuk menterjemahkan karya manuskrip ‘Hikayar Raja Babi’?
Saya rasa perkataan lebih sesuai ialah 'transliterasi' dari Jawi ke Rumi dan bukan terjemahan, sebab bahasanya tetap sama. Cabaran utama ialah mendapatkan orang yang pandai baca Jawi lama. Nasib baik ada Aryshad Pendang yang sudi buat. Dia juga telah mengajukan satu lagi karya Jawi untuk diusahakan.
Syarikat penerbitan FIXI telah pun membuat perjanjian urus niaga dengan syarikat Primeworks untuk menghasilkan beberapa filem, apakah berita terbaru yang pihak FIXI boleh kongsikan dengan para pembaca?
Mereka pernah minat dengan satu lagi novel kami MURTAD tapi sinopsisnya tak diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem. Sebab tu saya lebih suka terbit buku berbanding buat filem; di dunia buku, tidak ada lembaga penapisan sebegitu. Orang yang buat filem dan tonton filem dianggap oleh penguasa sebagai mempunyai IQ yang lebih rendah berbanding pembaca buku. Syukur, ini bukan masalah saya.
Berikut adalah sedikit sedutan ataupun pengenalan ‘Hikayat Raja Babi’ yang bakal dipasarkan pada bulan April nanti.
Demikianlah cetera dikonon raja sebuah negeri di gunung berapi Rantau Panjang
Tebing Berukir. Syahdan akan namanya Seri Sultan Tahir Syah. Peri beberapa lamanya baginda di atas takhta kerajaan itulah syahdan berapa ratus banyak menterinya dan beribu-ribu banyak hulubalangnya.
Bagindalah raja yang bernobat tujuh kali sehari dan tabal tujuh kali semalam dan disembah oleh menteri, hulubalang. Disembah rakyat hina-dina, tentera berlok-lok kati bejana.
Ada kepada suatu hari baginda semayam di balairong dihadap oleh segala raja-raja, menteri, hulubalang yang beribu-ribu banyaknya semuanya dengan senjatanya masing-masing dengan perhiasan, maka Baginda Sultan fikirlah di dalam hatinya :
“Wah! Sayang sekali kebesaranku ini akan terbuanglah gerangan kerana aku tiada berputera. Oh! Malangnya badanku tuan”.
Lalu baginda memberi titah kepada Raja Mangkubumi :
“Ayuh kekanda! Tolong bicarakan kita hendak berputera. Ingin pulak rasanya kita.”
Maka Raja Mangkubumi pun sujud menyembah. Sembahnya:
“Daulat Tuanku Girgayu! Sebenarnyalah titah Yang Maha Mulia itu sahaja terjunjung di atas batu kepala yang diperhamba.”
Setelah sudah memberi titah, maka Seri Sultan Raja Besar pun berangkatlah naik ke mahligai baginda, semayam di merong peranginan dihadap siti dayang-dayang perwahara mendera berjawatan. Maka beraturlah segala gundik sultan datang menghadap baginda itu.
Sebermula akan Raja Mangkubumi pun menyuruhkan Bentara empat puluh orang pergi kepada segala raja-raja yang besar-besar kerajaan meminang anak segala raja-raja akan jadi permaisuri semuanya dikahwini oleh baginda kerana baginda sangat hendak berputera itu.
Daily Seni
Wed Jan 28 2015
Manuskrip berusia 240 tahun, Hikayat Raja Babi dirumikan oleh Buku FIXI.
Persiapan sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar
Beberapa laluan di sekitar Bandaraya Kuching akan ditutup sempena sambutan ambang tahun baharu 2025 akan ditutup bagi memastikan aliran trafik sentiasa terkawal sepanjang acara sambutan ambang tahun baharu 2025 lancar.
Papa Rock teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
Penghibur legenda Datuk Ramli Sarip tersentuh apabila diberi peluang untuk menghiburkan peminat rock dalam edisi sulung Konsert Rock In The Jungle yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak.
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Gaza ditutup susulan serangan Israel - WHO
Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Semenanjung Gaza, Hospital Kamal Adwan, telah menghentikan operasinya selepas serangan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Rumah perantaraan beri peluang banduan baiki kehidupan
Satu pejabat parol daerah atau rumah perantaraan diwujudkan di lahad datu bagi menambah kemudahan prospek untuk mengakses perkhidmatan pemulihan dan sokongan diperlukan secara langsung.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Disember 2024.
Ewon mahu terus laksana tugas, enggan layan pertikaian
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan pihak yang mempertikai pelantikannya sebagai Pengerusi PH Sabah.
Sabah komited kurangkan kada pengangguran
Inisiatif Kerajaan Sabah memperbanyakkan program pembangunan kemahiran dan latihan industri menampakkan hasil positif apabila kadar pengangguran di negeri itu pada suku ketiga 2024 mencatatkan penurunan.
SOGIP terima RM29.87 pelaburan, mula operasi 2026 dan 2027
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027.
Thailand, Malaysia sasar perdagangan AS$30 bilion menjelang 2027
Malaysia dan Thailand mengukuhkan hubungan bilateral dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2027.
Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Bukayo Saka, dijangka akan diketepikan selama lebih dua bulan selepas menjalani pembedahan kecederaan hamstring, kata pengurus pasukan itu, Mikel Arteta.
Lambakan platform penstriman, sukarkan pemilikan hasil karya asli - Amir Muhammad
Cetak rompak satu isu yang berterusan kerana tiadanya titik pertemuan untuk menyelesaikannya di semua peringkat.
Buku Fixi anjur Anugerah Poster Filem Terbaik
Anugerah ini diwujudkan untuk meraikan bakat warga Malaysia yang terlibat dalam bidang rekaan dan promosi, yang memainkan peranan penting dalam kerja seni.
9 fakta menarik mengenai Buku Fixi
Selepas empat tahun ditubuhkan dan puluhan senarai bestseller, karya-karya Buku Fixi kian membanjiri kedai-kedai buku seluruh negara.
Manuskrip Hikayat Raja Babi, dari jawi ke rumi
Amir Muhammad, selaku peneraju utama syarikat penerbitan FIXI bercerita tentang projek terbaru iaitu transliterasi manuskrip lama.
Buku Fixi menang anugerah Pesta Buku Antarabangsa London
Industri buku Amerika Syarikat menang tiga anugerah tetapi Buku Fixi, syarikat yang didirikan tiga tahun lalu, meraih anugerah utama.