Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi 33 skim perkhidmatan bukan kerana skim perkhidmatan terbabit tidak penting tetapi ia tidak lagi menepati kriteria tertentu pemberian elaun tersebut.
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Suhaime Mahbar menjelaskan, BIPK diwujudkan pada 1992 berikutan kekurangan bekalan tenaga kerja dalam sektor tertentu ketika itu yang bertujuan untuk menarik graduan berkhidmat dengan kerajaan.
"Kritikal bukan bermaksud tugas itu sukar, tetapi kepakaran itu sukar untuk diperolehi.
"Contohnya, dahulu tidak ramai graduan perubatan, jadi elaun ini diwujudkan untuk menarik mereka berkhidmat dengan kerajaan. Tetapi ketika ini permohonan untuk menjadi pegawai perubatan berjumlah 24,756, melebihi keperluan perjawatan iaitu 15,268," katanya kepada Bernama.
Selain bidang perubatan, Suhaime berkata skim perkhidmatan seperti arkitek, pegawai laut, jurutera dan juruterbang juga tidak lagi menepati kriteria pemberian asal BIPK kerana bilangan yang memohon jauh lebih tinggi daripada keperluan semasa jawatan.
Suhaime menjelaskan pemansuhan sesuatu elaun bukanlah satu perkara baharu, sebaliknya kajian setiap lima tahun dilakukan bagi menentukan ia mengikuti keperluan semasa.
BACA: Pemansuhan BIPK: Mutu perkhidmatan awam terjejas - Cuepacs
BACA: Pemansuhan BIPK hanya libatkan lantikan baharu tahun depan
Menurutnya, sebanyak 27 jenis elaun telah dimansuh, digabung atau dijenamakan semula sejak 1992 kerana tidak mengikuti prinsip dan kriteria pemberian.
Antaranya Elaun Berkelakuan Baik, Elaun Bisa Ular, Elaun Khas Jurutrengkas, Elaun Keretapi Mel, Elaun Bukit dan Elaun Galakan Akauntan, katanya.
"Kerajaan sentiasa akan menimbangkan permohonan dan membuat kajian semakan elaun keseluruhan perkhidmatan awam berdasarkan prinsip-prinsip tertentu," katanya.
BACA: Syed Saddiq pulangkan elaun, protes pekeliling JPA
BACA: MBM bantah pemansuhan elaun kritikal doktor, petugas kesihatan
Beliau memberikan contoh pada era Revolusi Industri 4.0, mungkin wujud skim perkhidmatan penganalisis data raya dan mungkin perlu diwujudkan semula BIPK bagi menarik pakar dalam bidang itu berkhidmat dengan kerajaan.
Mengulas mengenai pandangan bahawa pegawai perubatan sepatutnya terus menerima elaun itu atas faktor tugas yang sukar, Suhaime berkata ramai yang tidak mengetahui sebenarnya mereka layak untuk menerima 22 lagi elaun dan kemudahan lain berdasarkan tugasan yang dijalankan.
Antaranya Elaun Pentadbiran Hospital, Elaun Tugas Atas Panggilan Bagi Pegawai Perubatan, Bayaran Insentif Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan, Elaun Waktu Bekerja Fleksi Bagi Pegawai Perubatan Siswazah serta Bayaran Insentif Pakar, kata beliau.
"Apa yang perlu difahami ialah elaun-elaun yang diberikan tidak bersifat kekal dan boleh ditarik balik mengikut keadaan semasa, tetapi ramai yang menganggap ia sebagai hak mutlak mereka," kata Suhaime.
--BERNAMA
Bernama
Thu Dec 26 2019
![Mansuh BIPK kerana tidak lagi tepati kriteria tertentu pemberian elaun Mansuh BIPK kerana tidak lagi tepati kriteria tertentu pemberian elaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51577401214_TBSuhaimeMahbar.jpg)
Suhaime ketika ditemu bual wartawan Bernama berkenaan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya, 26 Dis, 2019. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Cuepacs mahu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dikekalkan Cuepacs mahu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dikekalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577803473_AdnanMat.jpg)
Cuepacs mahu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dikekalkan
Perkara itu dilihat masih dalam keadaan sementara dan akan menimbulkan konflik pada masa akan datang.