KUALA LUMPUR: Polisi serta dasar yang menyeluruh berkait sekuriti makanan perlu dilaksanakan kerajaan selepas memutuskan untuk memansuhkan Permit Import (AP) makanan.
Pakar pemasaran dan polisi pertanian, Datin Paduka Dr Fatimah Mohamed Arshad berkata, krisis tiga penjuru yang berlaku ketika ini iaitu pandemik COVID-19, perubahan iklim dan perang Rusia-Ukraine bakal memberi impak kepada Malaysia.
"Saya yakin krisis akan berlaku, sama ada besar atau kecil, itu tidak pasti, tapi krisis akan berlaku.
"Selain daripada masalah yang dihadapi dengan pasaran antarabangsa, kita (Malaysia) sendiri juga tidak bersedia kerana kita import beras 30 peratus atau satu pertiga, import daging lembu hampir 80 peratus, import kobis 90 peratus - kobis pun kita tak boleh nak keluarkan dan 60 peratus import makanan laut," katanya ketika ditemu bual Niaga AWANI.
Jelasnya, nilai import makanan pada tahun 2021 adalah bernilai RM63 bilion dengan kadar defisit meningkat sehingga RM28 bilion.
Walaupun menyambut baik dasar baharu kerajaan itu, Fatimah dalam masa sama bimbang bakal berlaku jurang harga yang besar antara barangan tempatan dan import sekiranya berlaku lambakan.
"Katakanlah beberapa harga agrokomoditi terlalu rendah, mungkin kerajaan boleh fikir untuk mengenakan cukai import supaya harga tidak terlalu besar jurang di antara harga tempatan dan harga import.
"Ataupun kerajaan boleh melaksanakan kuota import supaya kita dapat pastikan berapa yang perlu diimport sekali gus mengelakkan lambakan," katanya.
Beliau juga mahu pelaksanaan pemantauan yang menyeluruh terutama berkait ketelusan pendaftaran pengimport termasuk mewujudkan pangkalan data import dan pengeluaran negara bagi mengetahui sekiranya berlaku kekurangan atau lambakan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu May 19 2022
![Mansuh AP makanan: Perlu polisi menyeluruh tangani krisis Mansuh AP makanan: Perlu polisi menyeluruh tangani krisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652947439_TBIKANSEGAR.jpg)
Polisi serta dasar yang menyeluruh berkait sekuriti makanan perlu dilaksanakan kerajaan selepas memutuskan untuk memansuhkan Permit Import (AP) makanan. - Gambar hiasan Astro AWANI
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Mansuh AP makanan bukan penyelesaian atasi kenaikan harga barang - DAP Mansuh AP makanan bukan penyelesaian atasi kenaikan harga barang - DAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653030219_TBANTHONY.jpg)
Mansuh AP makanan bukan penyelesaian atasi kenaikan harga barang - DAP
Kerajaan perlu membuat perbincangan yang lebih komprehensif mengenai perancangan dalam menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.
![Mansuh AP makanan: Perlu polisi menyeluruh tangani krisis Mansuh AP makanan: Perlu polisi menyeluruh tangani krisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652947439_TBIKANSEGAR.jpg)
Mansuh AP makanan: Perlu polisi menyeluruh tangani krisis
Polisi serta dasar yang menyeluruh berkait sekuriti makanan perlu dilaksanakan kerajaan selepas memutuskan untuk memansuhkan AP makanan.
![Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652855907_TBISMAILSABRI.jpg)
Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri
Pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.