GEORGE TOWN: Langkah kerajaan memansuhkan keperluan permit import (AP) terhadap bahan makanan bukanlah satu langkah yang dapat menyelesaikan masalah isu kenaikan harga barangan makanan dan inflasi ketika ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, kerajaan perlu membuat perbincangan yang lebih komprehensif mengenai perancangan dalam menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.
Beliau berkata, isu kenaikan harga barang ini melibatkan kehidupan rakyat, justeru penglibatan semua pihak perlu bagi memastikan isu kenaikan harga barang dapat ditangani dengan sebaiknya.
"Isu kenaikan harga barang ini isu paling utama... ia melibatkan kehidupan rakyat. Saya rasa perlu ada perbincangan dan perbahasan input yang lebih komprehensif.
"Pengalaman kita dalam kerajaan bahawa bukannya satu langkah boleh hapuskan masalah, sebab kenaikan banyak, dan melibatkan banyak faktor seperti sistem perbekalan. Ini melibatkan banyak peringkat," ujarnya.
Mengulas lanjut Anthony berkata, DAP akan mengumumkan pendirian serta cadangan penyelesaian kenaikan harga barang selepas satu kertas dasar berhubung inflasi dan kenaikan harga barang siap kelak.
"Ia bukannya soal AP saja. Walaupun dibuat keputusan serta-merta, saya rasa bukannya langkah itu yang dapat selesai semua masalah. Perlu ada langkah koordinasi di pelbagai peringkat dan kajian.
"Semalam saya minta penasihat dasar, Tony Pua draf kertas dasar DAP berkenaan soal inflasi dan kenaikan harga barang. Selepas kertas dasar siap, kita akan umumkan pendirian dan cadangan kita," ujar beliau.
Anthony berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga barang dan langkah kerajaan yang menghapuskan AP makanan.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada Jumaat.
Kunjungan julung kali terhadap Pengerusi DAP Pulau Pinang itu dibuat selepas beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP Kebangsaan pada Mac lalu.
Hadir sama, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju memansuhkan keperluan permit import (AP) terhadap bahan makanan berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya hari ini bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.
Astro Awani
Fri May 20 2022
Anthony Loke berkata, kerajaan perlu membuat perbincangan yang lebih komprehensif mengenai perancangan dalam menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
Harga bahan ruji, barang keperluan pengguna mungkin naik disebabkan kos operasi tinggi - Maybank IB
Maybank IB tidak menolak kemungkinan berlakunya kenaikan harga bahan ruji serta barang keperluan kesan daripada peningkatan kos pengeluaran dan operasi.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
Hampir 10 peratus usahawan gulung tikar pada April 2020 akibat COVID-19 - Ewon
Kira-kira 8.85 peratus usahawan telah gulung tikar pada April 2020 selepas terkesan akibat pandemik COVID-19 dan kenaikan harga barangan.
Harga telur, ayam dijangka naik selepas 30 Oktober - CAKE
Pelaksanaan apungan harga ayam dan telur dijangka akan menyaksikan kenaikan harga dua barangan ini selepas tarikh 30 Oktober ini.
Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga d
Kerajaan kawal harga barang, tidak mungkin naik - Salahuddin
Beliau turut memberi jaminan langkah kerajaan mengawal penuh barangan tidak bersubsidi, tidak memungkinkan kenaikan harga barang.
Boikot agak keterlaluan, pengguna harus bijak memilih - Presma
Kenaikan harga barang tak dapat dielak atas pelbagai faktor antaranya penggajian pekerja, sewa premis, dan kadar tukaran mata wang.
PRU15: Sebahagian masyarakat sudah penat ikuti isu politik secara dekat
Sebahagian masyarakat mungkin sudah penat dan tidak lagi bersemangat untuk mengikuti perkembangan itu secara dekat.
B40, M40 gemar bantuan tunai, pilih kedai satelit - Kajian
Sebanyak 58.2 peratus isi rumah yang terkesan akibat peningkatan harga pada masa ini memilih bantuan tunai.