PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia seperti yang dikenakan sebelum ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.
"Saya percaya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan umumkan secara terperinci… kita bersetuju tadi tiada AP import lagi untuk bahan makanan.
"Ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport bahan makanan masuk ke negara kita. Jadi kalau dulu ada AP lembu, AP daging (dan) macam-macam lagi, mulai hari ini kita tiada AP lagi," kata Ismail Sabri.
Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 “Semarak Aidilfitri, Keluarga JPM dirai” di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai cadangan yang dibuat oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan kerajaan mengaktifkan semula Majlis Khas Jaminan Makanan, beliau berkata, MAFI telah diminta untuk mengemukakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek dengan segera bagi mengurangkan kesan yang dialami akibat krisis perang Rusia-Ukraine.
Bakan, jelas Perdana Menteri, Kabinet hari ini juga turut meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengambil tindakan segera dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang meningkat ketika ini.
Beliau berkata, kerajaan menyedari situasi ketika ini menyebabkan faktor kenaikan kos sara hidup yang dialami agak sukar dielakkan disebabkan krisis dan isu global termasuk inflasi yang melanda dunia ketika ini.
“Seperti yang kita tahu ini fenomena global akibat peperangan antara Rusia dan Ukraine yang memberi kesan kepada seluruh dunia.
“Kalau kita tengok negara lain dari segi inflasinya terus meningkat, hanya kita Malaysia sahaja yang kekal di paras 2.2 peratus. Negara lain seperti Amerika Syarikat sudah sampai ke tahap 8.7 peratus,” katanya.
Mengulas mengenai desas-desus yang mengatakan bahawa sekumpulan kartel industri ternakan ayam merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes terhadap kerajaan yang dikatakan lambat membayar subsidi harga ayam sebanyak 60 sen, beliau berkata, MAFI perlu mempercepatkan proses pembayaran sekiranya benar berlaku sedemikian.
“Saya dimaklumkan mereka belum buat tuntutan daripada penternak. Saya tak tahu salah siapa, jumlah yang dikeluarkan itu memang agak kecil berbanding peruntukan yang sedia ada.
“Saya dapat laporan ada prosedur-prosedur tertentu yang agak melewatkan jadi kita minta supaya MAFI percepatkan dari segi pembayaran,” tegas beliau lagi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed May 18 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan bersetuju untuk memansuhkan Permit Import (AP) makanan berkuatkuasa serta-merta. - Gambar Astro AWANI
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
MAQIS tahan anjing baka Pomeranian
Anjing berkenaan cuba dibawa masuk oleh satu pasangan warga Iran yang menaiki penerbangan dari Turki.
Tidak ada hasrat tamatkan sistem AP secara berperingkat - Tengku Zafrul
Sistem itu masih berkuat kuasa walaupun kerajaan membenarkan Tesla Inc, menjual kereta di negara ini tanpa peraturan AP biasa.
Kerajaan lulus 37 syarikat import 285,700 tan metrik gula putih tahun ini - KPDN
Kerajaan telah memberi kelulusan kepada 37 syarikat untuk mengimport 285,700 tan metrik bekalan gula putih bertapis sepanjang tahun ini, menurut KPDN.
MAQIS Selangor tahan 23 tan daging lembu dari Brazil
Pemeriksaan yang telah dilaksanakan mendapati dagangan yang dibawa masuk itu tidak mempunyai permit import yang sah dikeluarkan oleh MAQIS.
Bekalan ayam kembali stabil susulan langkah proaktif kerajaan - Ronald Kiandee
Ronald Kiandee berkata, ketika ini, bekalan ayam berada pada kapasiti 106 peratus daripada keperluan negara.
Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).
Mansuh AP: MPN mahu kerajaan jaga kepentingan pengusaha makanan, pertanian
MPN memohon kerajaan menjaga kepentingan para pengusaha sektor makanan dan pertanian negara agar pemansuhan keperluan AP terhadap bahan makanan nanti tidak membawa kesan negatif kepada golongan itu.
Maqis rampas 45,000 anak pokok kayu putih cuba dibawa masuk dari China
Anak pokok kayu putih bernilai RM11,700 itu ditemui di dalam empat bagasi yang dibawa oleh seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 50-an.
MAQIS rampas 48 tan udang dari Iran
Hasil pemeriksaan rutin dilakukan oleh pegawai penguat kuasa pada 12.30 tengah hari itu mendapati dua kontena terbabit membawa 4,000 kotak udang sejuk beku tanpa permit import yang sah.
Bekalan ayam cukup, tidak perlu keluar permit import
Bekalan ayam bagi pasaran tempatan dijamin mencukupi dan tiada keperluan untuk kerajaan mengeluarkan permit import (AP) bagi barangan berkenaan.