Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) akan memperjuangkan jawatan seorang timbalan perdana menteri dari Sabah atau Sarawak sekiranya diberi mandat menerajui tampuk pemerintahan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept ini.
Hal itu terkandung dalam inti pati manifesto parti berkenaan yang dilancarkan Ketua Umumnya Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam satu majlis di sini pada Rabu.
Berucap pada majlis itu, Pandikar Amin berkata manifesto USNO pada pilihan raya kali ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Rundingan Baharu dan Tawaran Baharu USNO 2020, masing-masing menggariskan lima serta lapan elemen.
Beliau berkata rundingan dan tawaran baharu itu dibuat selepas mempertimbang perubahan suasana, pemikiran dan keupayaan masyarakat Sabah serta bentuk perhubungan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan di alaf baharu.
Katanya manifesto USNO ke arah mengangkat martabat dan mensejahterakan rakyat Sabah itu juga antara lain akan memastikan seorang menteri kanan dari Sabah dilantik mengisi kabinet Persekutuan merangkumi Kementerian Kewangan, Pembangunan Luar Bandar, Pendidikan serta Pertahanan.
Pandikar Amin berkata USNO juga mahu memastikan semua ketua jabatan serta agensi kerajaan Persekutuan di Sabah disandang oleh orang Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Awam negeri akan menyelaras pelantikan itu.
Turut digariskan ialah memperkasa keselamatan rakyat dan negeri Sabah yang antara lain memastikan pemberian dokumen pengenalan kerakyatan di negeri itu diurus serta diluluskan kerajaan negeri, katanya.
Beliau berkata pembangunan infrastruktur dan keperluan asas rakyat akan terus diperjuang; mengkaji semula hasil dan royalti petroleum selain memastikan Sabah dibenar meminjam dana serta menerbitkan bon di luar negara dengan jaminan Kerajaan Persekutuan.
Pandikar Amin juga berkata antara tawaran baharu dalam manifesto USNO ialah memastikan kerajaan bersih tanpa rasuah dengan semua urusan kerajaan negeri adalah berasaskan merit dan keperluan rakyat.
Katanya manifesto USNO pada PRN Sabah ke-16 ini juga akan memastikan semua cukai di negeri itu dikutip, dikawal dan diagih oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah sebelum dikongsikan kepada Putrajaya.
USNO juga akan memelihara tanah adat dan hak-hak Bumiputera Sabah selain memastikan budaya, bahasa dan kepercayaan etnik di negeri itu diperkasa antara lain menerusi pembinaan sekolah etnik menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar, katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, bekas Speaker Dewan Rakyat tersebut berkata tuntutan USNO kepada Putrajaya yang terkandung dalam manifesto berkenaan adalah berasaskan perlembagaan, bukan Perkara 20 mahupun Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Aspirasi saya, kalau USNO ditakdirkan memerintah atau (membentuk) kerajaan campuran maka kita akan memberitahu rakyat perkara sebenar seperti tuntutan USNO 2020.
"Tuntutan kita lebih hebat. Kita mahu menuntut bahawa kita mesti dianggap dan dilihat sebagai sama taraf dengan orang-orang di Kuala Lumpur," kata Pandikar Amin yang bertanding di kerusi DUN Pintasan pada PRN Sabah kali ini.
Seramai 47 calon USNO akan bertanding merebut kerusi DUN pada PRN itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Sept sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 22 Sept dengan sejumlah 1.12 juta pengundi layak memilih pada pilihan raya itu.
PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lepas, sehari selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 16 2020

Pandikar Amin berkata, USNO akan memperjuangkan jawatan seorang timbalan perdana menteri dari Sabah atau Sarawak sekiranya diberi mandat pada PRN Sabah kali ini.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.