Mangsa banjir yang kehilangan atau mengalami kerosakan pada Mykad disebabkan bencana banjir boleh terus membuat yang baharu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tanpa laporan polis.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said berkata kebiasaannya setiap dokumen peribadi yang hilang memerlukan laporan polis, namun memandangkan beban dan masalah yang dihadapi mangsa banjir, mereka dikecualikan berbuat demikian.
"Permohonan gantian dokumen pengenalan itu juga akan dibuat secara percuma bagi membantu mangsa banjir yang menghadapi kesukaran.
"Cuma ada soal jawab antara pegawai dan mangsa bagi memastikan mereka memang terbabit dengan banjir," katanya kepada pemberita dalam program 'JPN Dihati Rakyat' di Perkampungan Sungai Isap Dua, di sini, hari ini.
Katanya, program itu merupakan sebahagian daripada tindakan jabatan untuk merakyatkan perkhidmatan awam.
Beliau berkata, sekiranya mendapat sambutan, JPN akan melanjutkan tempoh pembukaan kaunter bagi permohonan Mykad baharu di Kuantan yang akan turut dilakukan di negeri-negeri lain yang terjejas banjir.
Katanya, proses permohonan Mykad baharu itu juga akan mengambil tempoh seminggu.
Banjir yang bermula 2 Dis lepas di Pahang membabitkan pemindahan lebih 40,000 mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan banjir di sembilan daerah yang terjejas selain turut meragut tiga nyawa.
Bernama
Wed Dec 18 2013
ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta
Inisiatif dipimpin Yayasan ASEAN dan disokong geran AS$5 juta daripada Google.org, dilancarkan pada Forum Peluang AI Asia Tenggara pada Rabu.
Pelaksanaan Akta 852 galak persekitaran sihat, selamat untuk semua
Rakyat Sarawak menyifatkan akta yang diwartakan pada 2 Feb lepas itu penting untuk melindungi kesihatan orang ramai.
Ketua Hak Asasi Manusia PBB gesa kekangan elak konflik meluas di Timur Tengah
Turk merayu semua Negara bertindak tegas mencegah konflik yang lebih luas di Timur Tengah dengan akibat yang berpotensi memusnahkan orang awam.
FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.
Korea Selatan bawa balik rakyat di Israel, Asia Barat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berkata keutamaan ketika ini adalah untuk melindungi keselamatan rakyat negara itu dan mengambil semua langkah yang perlu
'berhenti atau terima akibat lebih dahsyat' -Iran
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Rabu memberi amaran kepada Israel untuk segera menghentikan jenayah kemanusiaan yang dilakukan atau bakal berdepan dengan akibat yang lebih dahsyat. Perkara itu dinyatakan Pezeshkian sehari selepas Iran melancarkan lebih 150 peluru berpandu balistik yang disasarkan ke arah Tel Aviv.
Komando Israel telah beroperasi di Lubnan sekian lama
Ini pula rakaman visual yang menunjukkan tentera Israel giat melaksanakan apa yang dipanggil mereka sebagai 'operasi darat' di selatan Lubnan.
Polis Denmark siasat dua letupan berhampiran kedutaan Israel
Pihak berkuasa Denmark masih menyiasat punca letupan tersebut, dan setakat ini tiada sebarang kecederaan.
Taufan Krathon menuju ke Kaohsiung
Penduduk yang tinggal di Kaohsiung dalam keadaan bersiap siaga berdepan ancaman taufan Krathon yang dijangka berlaku bila-bila masa sekarang. Malah, ribut dan ombak kuat membadai kawasan pesisir bandar Taiwan itu.
Trump tarik diri daripada temu bual pilihan raya di CBS "60 Minutes"
Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Republikan, Donald Trump membatalkan temu bual televisyen di saluran CBS, umum program "60 Minutes" di platform X pada Rabu.
Hujan lebat: Sembilan mangsa di Kampar ditempatkan di PPS
Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan, Kuala Dipang.
Mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit
Semua mangsa dari daerah Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu itu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).
Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Nepal
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Nepal susulan banjir dan tanah runtuh akibat hujan berterusan yang menjejaskan rangkaian sistem perhubungan di negara itu.
Banjir: Kerajaan usaha salur segera bantuan pesawah - Mohamad
Kerajaan berusaha mempercepatkan penyaluran bantuan awal melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk para pesawah yang terjejas akibat banjir di Kedah, baru-baru ini.
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Mangsa banjir di Kedah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 765 orang daripada 253 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 451 orang daripada 160 keluarga pagi tadi.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa di PPS meningkat kepada 463
Pertambahan itu berbanding 164 mangsa daripada 58 keluarga di dua PPS di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, setakat jam 6 petang semalam.
Banjir Kedah: Ibu, anak pulang dari beli sarapan dikhuatiri lemas
Menurut bomba, Salmah dan anaknya dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras.
Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat
Air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, melebihi paras bahaya.
Tiga lagi PPS ditutup, mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 609 orang
Tiga PPS yang ditutup adalah SMK Tunku Temenggung dan SK Ayer Puteh di daerah Pendang, serta SK Tualang di daerah Pokok Sena.
Lebih RM4 juta diperuntuk hadapi Monsun Timur Laut di Terengganu
Sebanyak RM4.2 juta diperuntuk bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) di Terengganu yang dijangka bermula bulan depan.