IPOH:Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 319 orang daripada 112 keluarga dengan satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama setakat 9 malam ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata seramai 67 daripada 20 keluarga terpaksa dipindahkan ke Dewan Semai Bakti Felda Ijok bermula pada 5 petang selepas kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan.
"Seramai 55 mangsa dari Kampung Sungai Ara di daerah sama pula masih berlindung di dewan orang ramai kampung itu manakala 34 lagi ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Matang berikutan banjir di kampung berhampiran masih belum surut," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagi daerah Kerian, mangsa yang berlindung di PPS di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai yang dibuka semalam turut meningkat kepada 148 mangsa berbanding 123 mangsa pagi tadi.
Mereka merupakan penduduk dari Kampung Tebuk Panchur, Kampung Alor Setanggok, Kampung Tanjung Bugis serta Kampung Parit Air Itam 2 dan 3, Kampung Ban Pisang, Kampung Padang Lalang, Kampung Parit Abu Hassan Ban dan Kampung Parit Ali Kalang.
Mangsa terbaharu merupakan penduduk dari Kampung Parit Mat Keling dan Kampung Lebai Kadir yang turut terjejas akibat banjir.
Selain itu, di daerah Hilir Perak, sebuah PPS yang dibuka di dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Langkap pada malam Khamis lepas masih kekal menempatkan 15 mangsa dari Kampung Belakang Kilang Kacang dan Kampung Sungai Tukang Sidin.
Cuaca di kebanyakan kawasan di Perak pada malam ini masih hujan berterusan namun pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Sukarelawan masih menjalankan pemantauan di lokasi banjir serta semua PPS terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020

Keadaan banjir di Kampung Parit Air Hitam 3 di Bagan Serai, Perak, yang menyebabkan 11 kampung dengan 60 keluarga dan 142 mangsa dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman. - BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 319 orang malam ini
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 319 orang daripada 112 keluarga dengan satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama setakat 9 malam ini.