KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang membabitkan 847 keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi tadi, kepada kepada 232 membabitkan 67 keluarga petang ini.
Semua mereka adalah penduduk yang terjejas di daerah Kuantan dan Jerantut sehingga jam 4 petang.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa terdiri daripada 79 lelaki, wanita (81), kanak-kanak (62), bayi (10), warga emas (15) dan dua orang kurang upaya (OKU).
"Di Kuantan, PPS Balai Raya Kampung Pahang menempatkan 30 mangsa; Dewan Melati Penjara Penor (66); Balai Raya Kampung Sungai Soi (18) dan Dewan Mat Kilau (106).
"Sementara itu, sebuah PPS dibuka di daerah Jerantut hari ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak yang menempatkan 12 mangsa banjir.
"Selain itu, kesemua empat PPS yang dibuka di daerah Pekan sebelum ini yang menempatkan 110 mangsa telah ditutup dan mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing ekoran banjir telah surut," menurut kemas kini portal berkenaan.
Dalam pada itu, menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin dan Sungai Pahang di Paloh Inai, Pekan masih merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya.
Selain itu, enam sungai merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut; Sungai Pahang di Sungai Yap Jerantut; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh ; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran ; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan dan Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan.
Empat sungai merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Sungai Pahang di Waterfront, Bera; Sungai Pahang di Lubuk Pasu, Temerloh dan Sungai Pahang di Kampung Chenor, Maran.
Norfarhiza Mohd Atar
Wed Feb 08 2023

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa terdiri daripada 79 lelaki, wanita (81), kanak-kanak (62), bayi (10), warga emas (15) dan dua orang kurang upaya (OKU). - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.

Sebabkan kematian Syed Muhammad Danial, lelaki kekal dipenjara 16 tahun
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang bekas pekerja teknologi maklumat kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Banjir di Sabah semakin buruk, Melaka beransur pulih
Situasi banjir di Sabah bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan banjir (PPS) petang ini manakala keadaan di Melaka beransur pulih.

Banjir dahsyat landa Indonesia
Ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah akibat banjir dahsyat yang telah melumpuhkan Jakarta.

Enam maut selepas ribut landa dua bandar di Argentina
Ribut yang melanda turut menyebabkan banjir besar dan memaksa pemindahan kecemasan dari kediaman dan pusat kesihatan.

Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang pagi ini
Kesemua mereka melibatkan penduduk yang terjejas di dua daerah, iaitu Melaka Tengah dan Jasin, dengan mangsa ditempatkan di lima PPS.

Paetongtarn, Anwar bincang mitigasi banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan
Paetongtarn dan Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan mengenai tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan pada Khamis.

RM55 juta diperuntukkan selenggara sistem pengairan saliran pertanian seluruh negara
Sejumlah RM55 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di seluruh negara di bawah KPKM tahun ini.

11 rumah di Teluk Kemang terjejas banjir, satu PPS dibuka
Kawasan Pasir Panjang turut terjejas, dan polis telah memantau serta membantu penghuni berpindah ke tempat selamat.