KUALA LUMPUR: Situasi banjir di lima negeri menunjukkan tanda positif setakat petang ini apabila jumlah mangsa di Pahang, Terengganu dan Johor menurun manakala Perak dan Kelantan masing-masing kekal.
Di PAHANG, banjir di daerah Bera pulih sepenuhnya apabila semua sembilan mangsa terakhir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kerayong dibenarkan pulang ke kediaman mereka hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang melaporkan perkembangan itu menjadikan hanya Pekan terjejas banjir setakat petang ini, dengan sebuah PPS iaitu di SK Sinar Mutiara di Sungai Miang beroperasi bagi menempatkan 142 mangsa daripada 36 keluarga.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir pada petang ini menurun kepada 37 orang daripada 10 keluarga berbanding 61 orang daripada 13 keluarga pagi tadi, menurut kenyataan Sekretariat JPBN Terengganu.
Ketika ini, Kuala Terengganu menjadi satu-satunya daerah yang terkesan apabila PPS SK Atas Tol dibuka semula dengan menempatkan kesemua mangsa petang ini manakala banjir di daerah Hulu Terengganu pulih dengan penutupan PPS terakhir iaitu Balai Raya Kampung Kemat, pada 2 petang tadi.
Mangsa banjir di JOHOR berkurangan kepada 91 orang setakat 4 petang tadi berbanding 178 orang pagi tadi, susulan penutupan dua PPS di daerah Kota Tinggi pada 1 tengah hari tadi iaitu Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Bandar Penawar, menurut Sekretariat JPBN.
Empat lagi PPS masih dibuka melibatkan tiga di Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak, Balai Raya Kampung Kuala Paya dan Dewan Komuniti Kampung Tasek manakala satu PPS di Mersing dibuka di Sekolah Agama Pangkalan Batu pada 12.30 tengah malam tadi (15 Dis), melibatkan tiga keluarga.
Di KELANTAN, seramai 2,019 mangsa banjir daripada 637 keluarga di jajahan Pasir Mas sedang ditempatkan di tujuh PPS petang ini, dengan jumlah itu kekal sama seperti direkodkan pagi tadi
Sekretariat JPBN Kelantan memaklumkan 712 mangsa berlindung di SK Tok Deh, SK Kedai Tanjong (47), SK Gual Periok (544), Masjid Mukim Padang Licin (69), PPS Putat Tujoh (157), SK Kubang Kual (256) dan SK Sri Kiambang (234).
Sekretariat JPBN PERAK memaklumkan jumlah mangsa banjir petang ini kekal 104 orang daripada 25 keluarga sejak 8 pagi tadi yang ditempatkan di tiga PPS iaitu SMK Abd Rahman Talib dekat Hilir Perak; SK Padang Serai di Manjung; dan Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali di Perak Tengah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022
Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 91 orang setakat 4 petang tadi berbanding 178 orang pagi tadi. - Gambar hiasan
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.