Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di sembilan daerah di Pahang kembali meningkat kepada 7,186 orang daripada 1,935 keluarga pagi ini berbanding 6,830 orang daripada 1,872 keluarga malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Pahang Zainal Yusoff berkata daerah Lipis masih mencatatkan pemindahan paling ramai melibatkan 2,395 orang daripada 652 keluarga.
Beliau berkata Jerantut mencatatkan seramai 1,200 orang daripada 366 keluarga diikuti Rompin (1,001 orang daripada 277 keluarga), Temerloh (913 orang daripada 224 keluarga), Kuantan (548 orang daripada 119 keluarga),
"Pekan (496 orang daripada 114 keluarga), Maran (310 orang daripada 93 keluarga), Raub (227 orang daripada 65 keluarga) dan Bera (96 orang daripada 25 keluarga)," katanya.
Sementara itu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka turut bertambah kepada 115 buah berbanding 102 sebelum ini dengan Lipis merekodkan jumlah PPS paling banyak iaitu 29 buah.
Di Temerloh, terdapat 25 PPS, Jerantut (18), Raub (sembilan), Pekan (lapan), Bera (tujuh), Rompin (tujuh), Kuantan (enam) dan Maran (enam).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2017
Daerah Lipis masih mencatatkan pemindahan paling ramai melibatkan 2,395 orang daripada 652 keluarga. - Gambar fail
[TERKINI] GISB: Siasatan kini libatkan 10 peruntukan undang-undang
Siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings yang sebelum ini hanya melibatkan empat peruntukan undang-undang kini telah meningkat kepada 10 peruntukan.
Tunggu Majlis Raja-Raja perkenan pandangan muzakarah MKI
Jelas Datuk Mohd Na'im, terma pandangan hukum digunakan berikutan Jawatankuasa Fatwa MKI tiada kuasa mengeluarkan fatwa kerana ia hanya boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri.
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
Protes di Pakistan: Polis lepaskan gas pemedih mata suraikan perhimpunan anti-kerajaan
Polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan anti-kerajaan oleh penyokong bekas Perdana Menteri Imran Khan yang dipenjara berhampiran kawasan D-Chowk di Islamabad.
Warga emas ditemukan maut di kebun disyaki dipijak gajah
Seorang lelaki warga emas ditemukan mati di kawasan kebunnya disyaki akibat dipijak gajah di Kampung Basung, Hulu Terengganu.
Anwar tekankan keperluan perkukuh hubungan ketenteraan Malaysia-Pakistan
Anwar memuji "peranan Angkatan Tentera Pakistan dalam keamanan dan kestabilan serantau, mengakui profesionalisme dan pengorbanan mereka dalam memerangi keganasan".
Pulangkan semula kekayaan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin yang mengaut kekayaan dari hasil negara, agar mengembalikannya semula kepada rakyat dan negara.
Kerajaan tumpu tatakelola basmi kemiskinan
Kerajaan Madani memberi tumpuan kepada tatakelola bagi memastikan bantuan untuk membantu rakyat miskin sampai kepada golongan sasaran.
GISB sesat atau tidak? Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Selepas Majlis Raja-Raja beri perkenan kepada pandangan hukum terbabit, maka negeri-negeri akan bawa pandangan hukum itu kepada jawatankuasa fatwa negeri dipengerusikan oleh mufti negeri masing-masing
AWANI Ringkas: Kerajaan perluas rangkaian pusat kanser
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
121 mangsa banjir di Perak masih berlindung di tiga PPS
Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pada Sabtu, terdapat dua daerah yang terjejas iaitu Kerian dan Taiping.
Mangsa banjir di Selangor dan Perak menurun, Kedah meningkat sedikit petang ini
Di Selangor, jumlah mangsa banjir yang berlindung di tujuh PPS pada petang ini mencatatkan penurunan kepada 1,241 mangsa.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.