Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah pagi ini terus meningkat kepada 2,873 orang berbanding 2,280 orang malam tadi.
Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah itu meningkat berikutan air naik di beberapa bahagian kawasan pedalaman di daerah Pokok Sena, Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang.
Mereka terpaksa dipindahkan berikutan jumlah aliran air yang banyak dari hulu ke muara sungai tidak dapat ditampung oleh sistem saliran yang ada dan diburukkan lagi dengan sistem perparitan yang tersumbat dan cetek menyebabkan kawasan yang rendah dinaiki.
Kesemua mereka ditempatkan di 21 pusat pemindahan berbanding 17 pusat yang dibuka sebelum ini dan daripada jumah itu, 14 dibuka di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.
Antaranya ialah Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Setar membabitkan 228 orang mangsa, PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (13), PP Dewan Wawasan Kampung Kelompang (30), PP Surau Assyakirin, Kepala Batas (75), PP SK Alor Mengkudu (101), PP SK Bukit Pinang (25), PP Dewan Taman Sri Bagan (94), dan PP SK Seri Gunung (92).
Selain itu, mangsa banjir berkenaan juga ditempatkan di PP SK Kodiang Lama (49), PP Dewan Kampung Lahar (112), PP SMK Mahawangsa (496), PP Dewan Tokong Cina (145), Dewan Kubur Siam (303), dan PP Dewan Lubuk Batu (105) di daerah Kubang Pasu.
Pusat pemindahan lain yang masih beroperasi ialah di Pokok Sena membabitkan PP SK Bukit Hijau yang membabitkan jumlah mangsa teramai iaitu 400 orang, Madrasah Maahd Tarbiyah (113), Dewan Kampung Permatang Limau (35) , Surau Kampung Menerong (18) dan Dewan Lubuk Keriang seramai 66 orang mangsa.
Lebih 100 mangsa banjir kilat ini juga ditempatkan di PP Dewan Kampung Sungai Pial di Kuala Muda dan 260 mangsa di PP Dewan Rakan Sukan Tanah Merah di daerah Pendang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2017
Mereka terpaksa dipindahkan berikutan jumlah aliran air yang banyak dari hulu ke muara sungai tidak dapat ditampung oleh sistem saliran yang ada. - Gambar fail
Sifar rabies menjelang 2030 perlu penglibatan semua pihak
Selari dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerajaan Sarawak menyasarkan untuk mencapai sifar rabies di wilayah itu menjelang tahun 2030.
Jangkitan rabies: Sarawak terus cari penyelesaian inovatif
Sarawak masih mencari penyelesaian inovatif dalam memerangi secara lebih efektif jangkitan rabies di wilayah ini.
1.2 juta hektar tanah disukat, tiga juta geran dikeluarkan
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah menyukat sekitar 1.2 juta hektar tanah sejak 14 tahun lalu, menjadikan hampir 3 juta ekar tanah telah diberikan geran di wilayah itu.
Cadangan pelabuhan di Pulau Bum Bum beri manfaat kepada penduduk
Keperluan menubuhkan pelabuhan dan perkhidmatan feri di Pulau Bum Bum semporna telah dibawa ke pengetahuan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Taman Angkat terbukti bantu polis cegah jenayah
Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat dengan kerjasama rakan kolaborasi dan masyarakat dilihat membantu polis dalam mengekang jenayah.
Pelajar guna guni sebagai bagasi ke universiti akan dibantu
Beban kewangan dan keperluan seorang pelajar, Rafida Zaiddin yang menggunakan guni untuk mengisi barangannya sewaktu pendaftaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan diuruskan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Lima kanak-kanak dan remaja rentung
Lima kanak-kanak dan remaja rentung dalam kejadian kebakaran beberapa rumah setinggan di Jalan Lembaga Pagi, Lorong Burung Keleto Likas pada Isnin.
Sabari diikat, mulut ditutup sebelum dicampak ke dalam sungai - Polis
Polis memaklumkan sehingga kini mangsa masih gagal dijumpai dan usaha mencari masih dilakukan.
Pantau Agenda Reformasi: Gema suara Malaysia di pentas dunia
Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangi Islamofobia. Tindakan segera di peringkat global perlu dilakukan.
[TERKINI] Pendapatan Astro meningkat dengan aliran tunai bebas RM171 juta
Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) mencatat prestasi kukuh pada suku kedua tahun kewangan 2025, dengan pendapatan meningkat dua peratus suku-ke-suku kepada RM787 juta.
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Mangsa banjir di Kedah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 765 orang daripada 253 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 451 orang daripada 160 keluarga pagi tadi.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa di PPS meningkat kepada 463
Pertambahan itu berbanding 164 mangsa daripada 58 keluarga di dua PPS di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, setakat jam 6 petang semalam.
Banjir Kedah: Ibu, anak pulang dari beli sarapan dikhuatiri lemas
Menurut bomba, Salmah dan anaknya dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras.
Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat
Air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, melebihi paras bahaya.
Tiga lagi PPS ditutup, mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 609 orang
Tiga PPS yang ditutup adalah SMK Tunku Temenggung dan SK Ayer Puteh di daerah Pendang, serta SK Tualang di daerah Pokok Sena.
Lebih RM4 juta diperuntuk hadapi Monsun Timur Laut di Terengganu
Sebanyak RM4.2 juta diperuntuk bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) di Terengganu yang dijangka bermula bulan depan.
Jumlah mangsa di Kedah terus catat penurunan
Kesemua mangsa masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka di empat daerah.
Mahasiswa perlu maklum kepada universiti jika terjejas banjir - Zambry
Setakat ini hanya mahasiswa yang mengundi pada PRK Mahkota diberi kelonggaran untuk mendaftar lewat ke universiti awam masing-masing.
Banjir Kedah: 6,809 mangsa di 33 PPS pagi ini
Jumlah itu meningkat sedikit berbanding 6,792 mangsa daripada 2,171 keluarga yang dilaporkan pada jam 12 tengah malam tadi.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.