Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan beliau ada menerima suapan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Dalam sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Guan Eng menegaskan tuduhan terhadapnya adalah bermotifkan politik.
Beliau turut mempersoalkan dimanakah berlakunya rasuah kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah bertanyakan perkara itu kepadanya.
“Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah terima sebarang suapan dan ini tidak ditanyakan SPRM di mana suapan saya.
“Dia (SPRM) tak pernah bertanya mana suapan saya sama ada dalam bentuk wang ringgit atau dalam akaun saya.
“Ini sebabnya saya akan melawan tuduhan rasuah ini sebab saya rasa ia bermotifkan politik,” kata bekas Menteri Kewangan itu dalam sidang media, di sini pada Jumaat.
Tambah Ahli Parlimen Bagan itu, tuduhan tersebut juga bertujuan untuk memburukkan imejnya sebagai Ahli Parlimen pembangkang.
Terdahulu, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta suapan berhubung Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.
Beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Jenayah 9 di hadapan Hakim Azura Alwi atas dakwaan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Mengikut pertuduhan, beliau itu semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang telah meminta suapan iaitu balasan berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak.
Suapan itu adalah sebagai upah bagi membantu syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.
Seksyen 16 (a) (A) dan Seksyen 23 Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Guan Eng dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin bagi pertuduhan di bawah dakwaan Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Hakim Mahkamah Seksyen Jenayah 9, Azura Alwi turut mengarahkan pasport antarabangsa dan diplomatik Guan Eng diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sekali lagi akan didakwa pada 10 Ogos di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di bawah akta yang sama.
Selain itu, Guan Eng juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di bawah akta yang sama pada 11 Ogos ini bagi kes berlainan pula.
Wan Syamsul Amly, Ridauddin Daud
Fri Aug 07 2020
!['Mana suapan wang ringgit, mana akaunnya?' - Guan Eng 'Mana suapan wang ringgit, mana akaunnya?' - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41596779450_LimGuanEng.jpg)
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng tiba di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta pagi ini. Lim akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 berhubung kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. - fotoBERNAMA
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714684717_ChowKonYeowKetua.jpg)
Pulau Pinang adakan bengkel dengan pemegang taruh muktamadkan jajaran LRT
Bengkel itu dijangka dilaksanakan seminggu dua lagi supaya kerja-kerja melibatkan projek infrastruktur transformatif dapat dijalankan.
![Paras air Empangan Air Itam di tahap ketiga kritikal - Chow Paras air Empangan Air Itam di tahap ketiga kritikal - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709280861_TBEMPANGANAIRITA.jpg)
Paras air Empangan Air Itam di tahap ketiga kritikal - Chow
Paras takungan air di Empangan Air Itam dikesan mencecah tahap ketiga kritikal dengan bacaan 30.8 peratus hari ini.
![Ketua Menteri P.Pinang saman Tan Kok Ping berhubung kenyataan jual tanah Ketua Menteri P.Pinang saman Tan Kok Ping berhubung kenyataan jual tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704364150_TBChowKonYeo.jpg)
Ketua Menteri P.Pinang saman Tan Kok Ping berhubung kenyataan jual tanah
Chow berkata tindakan saman fitnah itu diputuskan susulan tiada percubaan oleh Tan untuk meminta maaf atau menarik balik kenyataannya.
![Chow elak main politik, fokus beri perkhidmatan kepada rakyat Chow elak main politik, fokus beri perkhidmatan kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700387115_ChowKonYeow.jpg)
Chow elak main politik, fokus beri perkhidmatan kepada rakyat
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menjelaskan beliau mengelak daripada bermain politik yang keterlaluan sepanjang 37 tahun menjadi ahli DAP.
![Bantahan konsert TikTok : Penganjur setuju pindah ke Batu Kawan - Chow Kon Yeow Bantahan konsert TikTok : Penganjur setuju pindah ke Batu Kawan - Chow Kon Yeow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692945827_TBChowKonYeow.jpg)
Bantahan konsert TikTok : Penganjur setuju pindah ke Batu Kawan - Chow Kon Yeow
Penganjur Konsert Viral Lagu Tik Tok bersetuju untuk berpindah lokasi dari Dewan Millenium Kepala Batas ke Stadium Batu Kawan susulan bantahan.
![Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691898412_TBChowKonYeow.jpg)
Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang
Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua selepas memenangi kerusi DUN Padang Kota pada PRN yang berlangsung semalam.
![PRN: Ketua Menteri P.Pinang pertahan kerusi Padang Kota PRN: Ketua Menteri P.Pinang pertahan kerusi Padang Kota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686955674_TBCHOWKONYEOW.jpg)
PRN: Ketua Menteri P.Pinang pertahan kerusi Padang Kota
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
![PRN: Chow Kon Yeow calon Ketua Menteri Pulau Pinang - DAP PRN: Chow Kon Yeow calon Ketua Menteri Pulau Pinang - DAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687864430_ChowKonYeow.jpg)
PRN: Chow Kon Yeow calon Ketua Menteri Pulau Pinang - DAP
Pengerusi PH, Anwar Ibrahim merestui keputusan DAP namakan Chow Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua.
![Wan Saiful bercita-cita jadi KM Pulau Pinang - Nie Ching Wan Saiful bercita-cita jadi KM Pulau Pinang - Nie Ching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688942802_NieChing.jpg)
Wan Saiful bercita-cita jadi KM Pulau Pinang - Nie Ching
Teo Nie Ching memulangkan paku buah keras kepada Wan Saiful yang dilihat cuba mencampuri urusan DAP.
![Pulau Pinang kekal komited pelihara tapak warisan - KM Pulau Pinang kekal komited pelihara tapak warisan - KM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688729154_ChowKonYeow.jpg)
Pulau Pinang kekal komited pelihara tapak warisan - KM
Kerajaan Pulau Pinang kekal komited memelihara tapak warisan dalam negeri kerana ia amat penting bagi generasi akan datang.