RANAU: Mahkamah Anak Negeri (MAN) perlu melakukan transformasi kepimpinan dalam membudayakan sikap profesionalisme bagi meningkatkan perkhidmatannya di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Joachim Gunsalam.
Beliau berkata sikap profesionalisme yang tinggi itu dapat meningkatkan keyakinan dan persepsi orang awam terhadap kualiti sistem penyampaian perkhidmatan MAN.
"Transformasi kepimpinan memerlukan tekad, komitmen dan usaha yang berterusan dari semua pihak yang berkaitan," katanya.
Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata demikian sempena perasmian penutupan Kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-Ketua Adat Cemerlang Siri 5 Tahun 2024 di sini pada Khamis.
Beliau berkata kementeriannya melalui Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) mengambil berat akan keperluan ketua-ketua adat yang merupakan antara komponen penting MAN dalam memastikan perkhidmatan mereka diperkasakan.
MAN yang ditubuhkan secara rasmi melalui Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah 1992 merupakan satu sistem perundangan tradisi di Sabah antara lain bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat terutamanya melibatkan adat seperti perkahwinan, pewarisan dan tuntutan harta.
Joachim berkata melalui kursus itu, ketua-ketua adat boleh menyampaikan perkhidmatan sesuai dengan apa yang mereka telah pelajari, sekali gus dapat mencerminkan imej dan budaya korporat MAN yang cemerlang.
Beliau menyeru ketua-ketua adat agar sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran semasa, inovatif dalam mencari peluang bagi mendedahkan diri kepada perkara-perkara baharu serta agresif dalam mempelajari ilmu.
Seramai 203 peserta menghadiri kursus tersebut yang melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Kundasang, Karanaan dan Paginatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024

Joachim berkata sikap profesionalisme yang tinggi itu dapat meningkatkan keyakinan dan persepsi orang awam terhadap kualiti sistem penyampaian perkhidmatan MAN. - Foto X/@JapenSabah

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

MAN perlu amal budaya profesionalisme - Joachim
Mahkamah Anak Negeri (MAN) perlu melakukan transformasi kepimpinan dalam membudayakan sikap profesionalisme bagi meningkatkan perkhidmatannya di negeri ini.