KUALA LUMPUR: Usaha Malaysia menghasilkan sendiri vaksin COVID-19 menjadi jalan terbaik yang sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada negara kuasa besar bagi mendapatkan bekalan pelalian tersebut pada masa hadapan.
Langkah segera ke arah itu perlu dilakukan, susulan wujud pelbagai isu termasuk masalah kekurangan stok selain negara penerima vaksin, terpaksa membayar kos yang tinggi bagi mendapatkan keperluan bekalan tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu laporan pada 19 Jun lepas dipetik berkata, sebilangan besar negara miskin termasuk seluruh benua India, sub-Sahara Afrika, Amerika Latin dan Asia Barat, terpaksa menangguhkan program inokulasi vaksin COVID-19 kerana kekurangan dos.
Keadaan ini menyebabkan individu yang sudah menerima satu dos suntikan terpaksa menunggu lebih lama sebelum mereka mendapat suntikan kedua.
Laporan WHO itu turut menyebut, situasi berkenaan berlaku apabila negara yang memiliki sumber kewangan dan yang menghasilkan produk (vaksin) memiliki akses kepada vaksin.
Turut menyedihkan apabila tindakan negara kaya seperti Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) membolot bekalan vaksin COVID-19, menyebabkan negara lain termasuk Malaysia lambat menerima bekalan itu sehingga menjejaskan usaha mempercepatkan kadar vaksinasi kepada penduduk.
Luahan itu disuarakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin yang turut menegaskan, Malaysia mampu membuka pusat pemberian vaksin (PPV) yang besar seperti di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun bekalan vaksin perlu dipastikan mencukupi.
Namun, kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba baru-baru ini bahawa Malaysia sedang membangunkan vaksin pertama bagi melawan pandemik COVID-19 dengan kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), memberi harapan kelangsungan bekalan vaksin untuk rakyat.
Pensyarah Kanan di Kluster Kesihatan Persekitaran, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nurul Yuziana Mohd Yusof berkata kemunculan koronavirus SarsCoV-2 penyebab COVID-19, sepatutnya membangkitkan kesedaran kepada Malaysia supaya satu tindakan proaktif dilakukan dalam mempergiatkan usaha penghasilan vaksin di negara ini.
Ikhtiar ini bukan sahaja untuk membendung COVID-19, sebaliknya boleh meningkatkan usaha memerangi penularan variasi virus baharu lain yang berkemungkinan akan wujud pada masa akan datang.
"Virus COVID-19 ini merupakan amaran untuk kita mempersiapkan diri dan memperkukuhkan benteng kesihatan negara dengan membangunkan vaksin kita sendiri.
"COVID-19 ini muncul selepas 17 tahun wabak SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk), malahan wabak MERS-CoV (Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah) pada 2012 juga disebabkan oleh kumpulan koronavirus.
"Ini menunjukkan kebarangkalian untuk koronavirus muncul kembali sebagai pandemik baharu (masa akan datang) adalah tinggi," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sekiranya Malaysia mampu menghasilkan vaksin COVID-19, ia sekali gus dapat menyelesaikan pelbagai kemelut berkaitan vaksin termasuklah isu kekurangan bekalan disebabkan kebergantungan tinggi dari negara pengeluar.
Katanya, masalah seperti itu wujud apabila negara pengeluar perlu memenuhi keperluan populasi tempatan dan pada masa sama turut berperanan membekalkan atau menjual vaksin kepada negara lain pada skala sangat besar, yang ini akan memberi tekanan kepada kedua-dua belah pihak.
"Seperti yang kita lihat pada situasi COVID-19 sekarang, ia merupakan krisis kesihatan satu dunia, tidak kira negara maju atau negara miskin.
"Oleh sebab itu, sebagai negara yang sedang membangun, kita boleh mengurangkan kebergantungan terhadap vaksin luar dengan membangunkan industri pembuatan vaksin tempatan bagi membolehkan masyarakat kita mempunyai akses secara langsung terhadap vaksin.
"Dengan wujudnya industri pembuatan vaksin, kita boleh menjamin kesejahteraan generasi negara.
"Ini kerana, apabila kita mempunyai pengalaman dan templat bagi proses penghasilan vaksin, ia secara tidak langsung boleh disesuaikan dengan apa-apa jenis patogen (kuman).
"Selain itu, usaha ini juga akan dapat memperkasakan sumber tenaga manusia atau kepakaran teknikal yang kita miliki dari semasa ke semasa,'' katanya yang kini sedang membangunkan platform biosensor untuk penyakit COVID-19 melalui geran UKM dan geran antarabangsa dari International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB).
Selain itu, beliau juga mengetuai dan sedang menjalankan penyelidikan melibatkan pengenalpastian sel B memori yang menghasilkan antibodi spesifik terhadap SARS-CoV-2 melalui sampel darah individu yang sudah sembuh daripada COVID-19.
Ini penting, bagi memastikan kelangsungan pembangunan vaksin di peringkat pembuatan berskala besar terutama dengan kerjasama institusi penyelidikan, kumpulan pakar perubatan dan industri farmaseutikal negara bagi mempercepatkan serta memantapkan lagi proses ujian klinikal terhadap vaksin berkenaan.
Malaysia perlu menjadikan India sebagai contoh bagi penghasilan vaksin sendiri dengan menggunakan sumber kepakaran tempatan.
"Walaupun India negara miskin tetapi mereka menggunakan kepakaran yang ada untuk menghasilkan vaksin terutamanya bagi mengurangkan kos pembelian vaksin dari negara lain yang mahal dan jumlah rakyatnya yang ramai," katanya.
Mengikut rekod, India menghasilkan 60 peratus daripada keseluruhan vaksin global dan menempatkan Serum Institute of India (SII), pengeluar vaksin terbesar dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 30 2021
Usaha Malaysia menghasilkan sendiri vaksin COVID-19 menjadi jalan terbaik yang sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada negara kuasa besar bagi mendapatkan bekalan. -Gambar hiasan
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah dera kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis
Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL).
AWANI Pagi: Kenali Melayu Cocos
Sebut sahaja Melayu Cocos mungkin ramai yang membayangkan Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos (Keeling), Australia, lokasi di mana sebahagian besar komuniti ini berada.
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Angka korban Taufan Helene melebihi 200 di Amerika Syarikat
Sekurang-kurangnya 204 orang disahkan maut di enam negeri akibat Taufan Helene sejak ia melanda Florida seminggu lalu.
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Pasukan pengaman PBB di Lubnan teruskan misi, bersiap sedia untuk pelbagai senario
Pasukan UNIFIL berasa bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan kepada mereka oleh Majlis Keselamatan.
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
Warga emas disaran ambil vaksin influenza, lindungi diri daripada jangkitan serius
Warga emas disaran mengambil vaksin influenza bagi melindungi diri daripada jangkitan lebih serius.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Pemvaksinan mpox di Republik Demokratik Congo bermula 2 Okt
Usaha pemvaksinan yang akan berlangsung hingga 11 Oktober menyusul berikutan penerimaan lebih 265,000 dos vaksin daripada rakan antarabangsa.
Malaysia bakal raih potensi pelaburan industri halal bernilai RM4 bilion dari China - Ahmad Zahid
Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
69 peratus kanak-kanak di Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Pencapaian ini dicapai dalam tempoh tujuh hari selepas melancarkan fasa pertama kempen pemvaksinan polio.
Lebih 160,000 kanak-kanak diberi vaksin polio di selatan Gaza - Agensi PBB
Fasa kedua kempen pemvaksinan polio bermula di Khan Younis pada Khamis, susulan kejayaan fasa pertama di kawasan tengah Gaza.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mpox: Singapura beri vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan, kontak rapat
Singapura akan memberikan vaksin JYNNEOS kepada petugas kesihatan dan kontak rapat kes mpox, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan pada Rabu.
160,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio - Kementerian Kesihatan Palestin
Vaksin diberikan kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.