KUALA LUMPUR: Kecaman dari pemimpin dan komuniti dunia bukan lagi 'peluru' berkesan untuk mematikan kekejaman Israel terhadap bumi Palestin, sebaliknya tindakan yang lebih tegas perlu dilaksanakan segera, demi menghentikan jenayah kemanusian rejim Zionis itu.
Pemimpin-pemimpin dunia perlu berani mengambil langkah yang lebih keras dengan memboikot secara menyeluruh dan menghentikan segala hubungan diplomatik dengan Zionis itu.
Pengarah Pusat Pengajian Palestin Hashim Sani Universiti Malaya (UM) Prof Mohd Nazari Ismail berkata pada saat masyarakat antarabangsa melepaskan geram terhadap Israel dengan melemparkan kecaman lisan, rejim Zionis itu sebaliknya terus menjarah bumi Palestin.
Beliau berkata Malaysia sebagai negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang lantang dan konsisten dengan pendirian menentang penjajahan Israel itu, boleh memainkan peranan mengetuai gerakan dalam mengajak negara lain untuk memberi tekanan terhadap rejim Zionis.
"Tindakan kecaman tidak cukup. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kena ajak masyarakat antarabangsa, putuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan memboikot secara total (menyeluruh).
"Malaysia perlu lebih lantang menyifatkan Israel sebagai negara yang melakukan jenayah aparteid dan genosid dan oleh itu perlu diboikot... tepat, kita wajar mengetuai gerakan memboikot Israel," katanya kepada Bernama.
Mohd Nazari berkata Malaysia sudah membuktikan bahawa ekonomi negara ini tetap berkembang tanpa ada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel, dan negara lain wajar mencontohi pendirian negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Sabtu, menggesa negara anggota secara konsisten mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta-merta, manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza disegerakan.
Selain itu Sidang Kemuncak Tergempar OIC dan Liga Arab turut meluluskan ketetapan menuntut Israel serta merta menamatkan keganasan ke atas Semenanjung Gaza, selain menggesa pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyelesaikan siasatan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan Israel di semua wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Mohd Nazari berkata usaha melaksanakan inisiatif Keamanan Arab untuk Solusi Dua-Negara bagi mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat mengikut Sempadan Pra-1967, dilihat tidak lagi 'berkesan' kerana Israel sudah jelas tidak berminat untuk melaksanakannya.
"Apa yang patut Malaysia buat ialah menyeru masyarakat antarabangsa memboikot Israel, kerana jenayah aparteid dan juga jenayah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan terhadap warga Palestin.
"Selagi masyarakat antarabangsa berbincang berkenaan solusi dua negara, Israel akan terus merampas wilayah Palestin dan membunuh rakyatnya, dan mengusir mereka keluar," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pengajian Jabatan Pengajian Antarabangsa Dan Strategik UM Prof Dr Khoo Ying Hooi berkata persidangan tergempar OIC itu juga sudah menjadi simbol kesatuan terhadap Palestin, namun pemimpin Arab dan Islam perlu mempunyai strategi yang mendatangkan solusi kepada krisis itu.
Beliau berkata langkah lebih drastik seperti sekatan ekonomi terhadap Israel boleh dilakukan, malah hasrat Malaysia untuk menggunakan pentas Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di San Fansisco, Amerika Syarikat, merupakan peluang besar Anwar untuk menyatakan pendirian tegas negara berhubung krisis di Palestin.
"Telah ada pemimpin tidak senang dengan tindakan Malaysia (suarakan isu Palestin) dalam hal ini (APEC 2023). Kita boleh jangkakan protes yang besar sedang berlaku (terhadap pendirian Malaysia), namun langkah seperti ini (suarakan pendirian) harus diteruskan komuniti antarabangsa, untuk memberikan tekanan tinggi terhadap kuasa-kuasa tertentu," katanya.
Senada dengan beliau, Felo Kanan Nusantara Academy for Strategic Research Prof Azmi Hassan berkata aduan kepada ICC boleh disifatkan langkah yang lebih ke hadapan, berbanding laungan gencatan senjata yang pernah dibuat sebelum ini.
"Aduan perlu dibuat kepada ICC seperti yang dilakukan terhadap Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum ini, sehingga ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Putin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Malaysia sudah membuktikan bahawa ekonomi negara ini tetap berkembang tanpa ada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel, dan negara lain wajar mencontohi pendirian negara. - Foto fail/REUTERS
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Liga Super: Penyokong Perak cadang boikot aksi bertemu JDT
Rata-rata penyokong The Bos Gaurus melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan pertukaran gelanggang ke Stadium Sultan Ibrahim.
Boikot Coca-Cola, Pepsi tingkat saingan minuman soda tempatan di negara Islam
Kedua-duanya menghadapi cabaran daripada minuman soda tempatan di negara-negara tersebut kerana boikot pengguna.
Isyarat tsunami kepada FAM
Pekan berkata, peminat sudah muak dengan segala drama dan masalah dalam FAM yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.
BJFood dijangka berdepan kemerosotan pendapatan susulan boikot, persaingan sengit - Penganalisis
Berjaya Food Bhd (BJFood) dijangka menyaksikan penguncupan pendapatan pada tahun kewangan 2025 berikutan pemulihan jualan yang lembap disebabkan boikot yang berpanjangan dan persaingan sengit daripada
Pestabola Merdeka tanpa 'chant' Ultras Malaya
Perjuangan skuad bola sepak negara dalam saingan Pestabola Merdeka 2024 berkemungkinan besar tanpa dibarakan 'chant' Ultras Malaya.
Ultras boikot Pestabola Merdeka
KEJOHANAN Pestabola Merdeka yang akan berlangsung pada 4 September ini mendapat tamparan apabila beberapa ultras negeri bertindak memboikot kejohanan edisi ke-43 itu.
X saman pengiklan, dakwa boikot sebabkan pendapatan menjunam
Nasib platform ini semakin tenat dengan pendapatan pengiklanan menjunam 40% dalam tempoh enam bulan pertama berbanding tahun sebelumnya.
Pengundi India tidak boikot, survei tular hanya perang psikologi - Kumaresan
ADUN Batu Uban itu berkata ia hanya perang psikologi yang cuba dimainkan pembangkang bagi menakutkan pengundi minoriti itu.
Petisyen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ raih lebih 8,000 sokongan
Kempen dilancarkan BDS Malaysia itu bertujuan mendesak kerajaan batalkan serta-merta rancangan menjual pegangan saham dalam MAHB kepada GIP.
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.